Bab 74

56 2 0
                                        

Fajar belum menjengah, namun langit Melaka sudah disimbah cahaya merah. Bukan cahaya mentari, tapi api amarah yang menyala dalam jiwa penjajah Inggeris. Khabar kematian Lord Arthur tersebar sekelip mata kerana telah dibunuh di atas ranjangnya sendiri, dalam kamar istana yang kononnya paling kebal kawalannya.

Di pelabuhan, loceng kecemasan dibunyikan tanpa henti. Tentera British berkuda dikerahkan menyisir setiap lorong kota, mengepung rumah-rumah orang Melayu, bahkan membakar beberapa rumah yang disyaki menyembunyikan pemberontak.

"Cari! Jangan tinggalkan satu pun batu tanpa dibalik!" jerit Kolonel Dyer, menggantikan Arthur sebagai komander sementara. Matanya merah dan bajunya masih berdarah . Ia bukanlah darah sendiri, tapi darah Arthur yang sempat disentuhnya saat sampai ke kamar itu dengan jeritan wanita inggeris yang bersama Arthur. Wanita itu dalam keadaan mabuk tidak menyedari siapakah yang menikam Arthur sewaktu ia di dalam kamar mandi.

Di istana lama Melaka yang kini runtuh dan dijadikan stor senjata, Tuah berdiri tegak memerhati dari celah lubang dinding yang sudah merekah. Matanya tajam, namun riak wajahnya kosong. Dia tahu saat ini akan tiba. Tapi dia tidak sangka ia secepat ini.

"Kita sudah kehabisan masa," kata Panglima Awang, muncul dari bawah tanah, Pakaiannya berlumuran lumpur. "Raden Putra kembali ke utara. Kita harus pecah ke beberapa kumpulan. Melaka akan dibanjiri darah jika kita bertahan di sini."

Tuah mengangguk perlahan. "Biarlah aku yang jadi umpan. Nama aku sudah tercemar. Biar aku seret mereka ke arahku... sementara kamu semua lenyap dalam gelap."

"Tapi Tuah...."

"Ini tanah aku. Aku yang menikam Jebat. Aku yang benarkan Arthur masuk. Aku yang mesti bersihkan semula kota ini."

Panglima Awang hanya diam, lalu memberi tabik hormat terakhir. Kata - kata Tuah seperti dalam penyesalan...

Di sebuah kampung kecil di pinggir hutan, Puteri Buih sedang mendodoi anaknya yang baru lahir, bayi berdarah bunian dan manusia. Matanya tiba-tiba bergenang. Seperti ada bisikan dari alam ghaib yang bergetar di jiwa.

"Mereka telah mula berperang..." bisiknya.

Bayinya tiba-tiba menangis kuat. Di luar, langit pagi bertukar gelap tetapi bukan kerana awan, tapi seolah-olah bumi tahu... malam ini, Melaka tidak akan pernah sama lagi.

Angin Laut Selat Melaka menghembus lembut pagi itu, namun kota ini tidak lagi aman. Ia bergetar dengan langkah sepatu tentera yang tidak pernah berhenti, dan jeritan perintah yang bergema di lorong-lorong sempit. Istana batu yang gah, tempat Arthur dibunuh, kini dijaga ketat oleh pengawal British dan Belanda. Mereka menggempur setiap kawasan tanpa belas kasihan, memburu bayangan yang menakutkan seluruh empayar iaitu Laksamana Hang Tuah.

Di atas tiang-tiang kayu, di dinding pelabuhan, di pintu gerbang kota dan perkampungan sekitar Melaka, terpapar lukisan wajahnya. Matanya tajam, Tanjak hitamnya ikonik, dan di bawah wajah itu tertulis:

" Buruan Empayar: Hang Tuah. Hidup atau Mati. Ganjaran 2000 syiling emas."

Orang British telah bergabung dengan orang Belanda dari Johor, menjadikan buruan ini sebagai operasi besar-besaran yang belum pernah terjadi dalam sejarah penjajahan di Tanah Melayu. Ratusan perisik dihantar ke pelabuhan-pelabuhan di seluruh Nusantara, dari Pattani ke Makassar, dari Aceh hingga ke kepulauan Riau.

Namun Tuah tidak lagi Tuah yang dikenali. Lelaki itu kini menjelma sebagai Zainal Abidin, seorang penulis dan penyair yang mengembara dari satu pelosok kota ke satu pondok madrasah. Tanjaknya diganti kopiah lusuh, persalinan kebesarannya kini pakaian rakyat biasa. Di matanya masih terpantul nyala perjuangan, tetapi bibirnya kini hanya mengalunkan hikayat dan puisi yang menyelindungkan api di sebalik kata.

Sementara itu, jauh di utara, di balik hutan tebal dan awan berkepul, terdapat satu tempat yang tidak terjangkau oleh mata penjajah iaitu Gunung Jerai. Di sinilah Raden Putra, Panglima Awang, Sultan Mahmud, dan orang-orang istana Melaka bersembunyi. Mereka dibawa ke puncak gunung itu oleh Jamilah, wanita sakti yang menyatukan darah manusia dan alam ghaib.

Di puncak itu, kabus tidak pernah reda. Burung tidak berbunyi, angin seolah-olah tunduk kepada kehadiran para pewaris sebenar tanah ini.

"Tuanku," kata Jamilah perlahan kepada Sultan Mahmud Shah, "Di sini, beta akan lindungi tuanku dan waris puteri Buih dari sebarang pengkhianatan. Tetapi Melaka kini tanpa tiang utama."

Sultan hanya mengangguk, wajahnya muram. Raden Putra yang duduk berteleku di sisi gua, masih belum melupakan tikaman yang diberikannya kepada Arthur. Ia adalah kelegaan, tetapi juga permulaan ribut.

"Kita tidak boleh duduk di sini terlalu lama," kata Panglima Awang. "Tuah menanggung beban kita di bawah sana. Kita tidak tahu berapa lama dia boleh bertahan."

Di Melaka, Tuah tidak pernah tidur lebih dari dua jam. Setiap malam dia menulis, melakar lembaran-lembaran ilmu di atas kulit kayu dan kertas usang yang diperolehnya daripada pedagang Arab dan Gujarat. Ilmu falak, rahsia pelayaran mengikut bintang, jenis-jenis binatang laut dan gunung, sejarah empayar-empayar dunia, semua dihimpunkan dalam tulisan tangan yang indah dan teratur.

Dia menyembunyikan lembaran-lembaran itu dalam rumah-rumah pendita dan madrasah, bahkan di bawah lantai pondok nelayan, untuk diwariskan kepada anak-anak tanah ini iaitu generasi yang bakal membebaskan mereka kelak.

Namun hidup sebagai Zainal Abidin tidak semudah menyamar.

Pada suatu malam, dia hampir tertangkap.

Tuah dan beberapa pahlawan lama Melaka yang dahulu pernah memimpin benteng kota bersama beliau telah cuba menaiki kapal kafilah pedagang ke Tanah Jawa. Mereka menyamar sebagai pengembara biasa, membawa hasil dagangan, tetapi mata-mata Belanda telah mencium gerakan itu.

"Kau fikir kami tak kenal wajah legenda?" bentak salah seorang askar Belanda sambil menarik pedangnya.

Tuah segera menundukkan kepala, dan dalam kelam malam, melepaskan tembakan kecil dengan senjata curi dari senjata api musuh. Ia bukan untuk membunuh tetapi cukup untuk mencipta kekeliruan. Dalam hiruk-pikuk yang tercetus, Tuah melompat ke dalam air dan berenang sejauh mungkin, sementara yang lain melarikan diri ke kawasan paya bakau.

Setelah itu, Tuah tidak pernah muncul di khalayak sebagai Hang Tuah lagi. Dia menghilang seperti bayang-bayang dan hanya lembaran-lembarannya yang muncul sebagai bukti kewujudannya.

Di Gunung Jerai, Jamilah tiba-tiba berdiri di hadapan unggun api. Matanya berubah putih, suaranya berubah dalam.

"Melaka tidak akan kembali dengan senjata semata-mata. Ia akan dibangkitkan dengan ilmu."

Raden Putra memandang ke langit. "Maksudmu, Tuah akan menyalakan api bukan dengan besi, tapi dengan kalam?"

"Ya. Api yang tak boleh dipadam."

Sementara itu di persisir sebuah pantai Zainal Abidin berjalan pada subuh hari. Di tangannya satu naskhah kecil bertajuk "Tak kan Melayu Hilang di dunia". Dia tinggalkan naskhah itu di pintu madrasah kecil.

Seorang budak lelaki membacanya.

Dan satu benih kebangkitan pun mula tumbuh.

Puteri Buih 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang