Bab 36

406 18 0
                                    

Alfonso masuk ke bilik Puteri Buih. Perempuan Sepanyol itu bingkas bangun daripada sisi pembaringan Puteri Buih apabila melihat Alfonso.

"Bagaimana keadaan duyung itu?" Soal Alfonso kepada perempuan Sepanyol itu.

"Dia telah sedar, Tuan Alfonso. Itu sebab saya minta Potesso panggil Tuan. Perempuan itu dalam keadaan baik sekali, Tuan" Jawab perempuan Sepanyol yang bernama Olendo itu.

"Tolong..tolong lepaskan saya. Saya tak mahu tinggal di sini.." Rayu Puteri Buih memegang tangan Olendo.

"Tidak!!!kami tak akan lepaskan kau!Olendo!! Potesso!!! bawa duyung ini ke Kolam Pancuran Kota"Arah Alfonso.

"Baik, Tuan!" Jawab Olendo dan Potesso serentak. Alfonso meninggalkan Puteri Buih bersama Olendo dan Potesso.

Kemudian Puteri Buih dibawa ke Kolam Pancuran Kota. Ia adalah sebuah taman larangan di dalam kota Belanda. Kebiasaannya Kolam Pancuran itu adalah tempat Alfonso menikmati minum teh bersama tetamu istimewanya. Tapi kali ini, Puteri Buih dibawa ke Kolam Pancuran itu.

"Makcik, tolonglah lepaskan saya. Tolonglah!" Rayu Puteri Buih teresak- esak. Olendo memegang tangan Puteri Buih.

"Dengar sini! Alfonso tak akan lepaskan kau. Jadi berhentilah daripada merayu dan meminta dilepaskan" Balas Olendo membetulkan rambut Puteri Buih.

"Tapi kenapa lelaki itu menangkap saya? Apa salah saya?Lagipun saya sudah berkahwin, saya tak akan mahu berkahwin dengan lelaki itu....!" Ujar Puteri Buih mengerutkan dahi. Dia masih tidak faham mengapa Alfonso menangkap dirinya. Olendo ketawa lucu mendengar kata-kata Puteri Buih.

"Hei, kau ingat Tuan Alfonso mahukan kau? Hahaha..." Tawa Olendo diikuti Potesso yang sedang mengusung sebuah kerusi.

"Dia akan jual engkau dengan harga tinggi! Lekas tanggalkan pakaian kau! Masuk ke Kolam Pancuran itu!!"Arah Olendo menolak Puteri Buih.

"Apa?!!!Saya tak akan tanggalkan pakaian saya!!!...kenapa saya perlu buat begitu?" Tanya Puteri Buih. Dia sungguh terkejut dengan arahan Olendo. Dalam keadaan cemas Puteri Buih berpeluk tubuh. Dia tidak dapat membayangkan jika tubuh badannya dipamerkan kepada Olendo dan Potesso tanpa seurat benang.

"Baik kau buat apa yang kami suruh sebelum Tuan Alfonso ke mari!" Ugut Olendo. Puteri Buih menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tak akan mahu berbuat begitu.

Ketika Olendo dan Potesso cuba memaksa Puteri Buih menanggalkan pakaiannya, Alfonso telah tiba di kolam pancuran itu bersama seorang lelaki muda. Lelaki itu adalah seorang pelukis yang diupah oleh Alfonso untuk melukis Potret Puteri Buih di atas Kolam Pancuran itu.

"Kenapa duyung ini tidak disiapkan lagi? Cepat tanggalkan bajunya!" Arah Alfonso membulatkan mata. Dia cukup marah apabila arahannya tidak dipatuhi.

"Tidak!!!Saya tak akan tanggalkan pakaian saya!" Jerit Puteri Buih meronta-ronta apabila Olendo dan Potesso cuba menarik kolar bajunya.

"Baiklah, jika kau tak mahu buat apa yang kami suruh, lelaki tua itu akan mati!" Ugut Alfonso memberi isyarat kepada tenteranya supaya mengeluarkan Datuk Bendahara Perak dari sebuah kurungan. Puteri Buih sungguh terkejut.

"Atuk!!!!!" Jerit Puteri Buih cuba ingin berlari ke arah Datuk Bendahara Perak. Tetapi dua orang tentera Belanda telah menahan dirinya. Alfonso bercekak pinggang. Puteri Buih dapat melihat dengan jelas seluruh wajah Datuk Bendahara Perak berlumuran darah. Lelaki tua itu dipukul dan disiksa. Dia kelihatan sungguh lemah kerana diikat.

"Jangan apa-apakan Datuk Bendahara Perak!!!Tolonglah..." Rayu Puteri Buih lagi. Dia terduduk di tepi Kolam Pancuran.

"Jika kau tak mahu aku siksa lelaki tua itu, ikut perintah aku!" Tegas Alfonso mengangkat keningnya.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now