Bab 38

358 19 0
                                    

Baginda Sultan Mudzaffar Shah berdiri di sebelah Raden Putra. Semua pengikut mereka sedang mendayung perahu menghampiri sebuah kapal dagang yang berlabuh di Klang. Kapal dagang itu sedang mengisi bahan bekalan di pelabuhan Klang sebelum meneruskan perjalanan mereka.

"Saudara, bolehkah hamba ingin berjumpa dengan Nakhoda kapal ini?" Tanya Baginda Sultan Mudzaffar Shah kepada seorang awak awak kapal dagang yang berada di situ.

"Boleh, Tuan. Tapi siapakah Tuan hamba semua ini?" Jawab pemuda itu memerhatikan Baginda Sultan Mudzaffar Shah dari atas ke bawah. Kemudian matanya beralih kepada Raden Putra.

"Kami semua ini peniaga dan kami menumpang sebuah kapal dagang yang ingin ke Klang. Sebenarnya kami ingin ke Melaka untuk berniaga, tapi kapal yang kami tumpang itu cuma dapat membawa kami sehingga ke Klang sahaja" Bohong Raden Putra. Pemuda itu mengangguk-angguk tanda faham.

"Jadi apa hajat tuan hamba semua ingin berjumpa Nakhoda kapal ini?" Soal pemuda itu mengerutkan dahinya.

"Kami ingin menumpang kapal ini untuk ke Melaka jika kapal ini ingin ke sana" jawab Sultan Mudzaffar Shah tersenyum.

"Kalau begitu, Tuan Hamba semua tunggu sebentar..." Balas pemuda itu berjalan meninggalkan kesemua kumpulan Baginda Sultan Mudzaffar Shah dan Raden Putra.

Beberapa ketika menunggu, pemuda itu datang semula ke tempat tadi. Dia membawa seorang lelaki berbangsa Inggeris. Tubuhnya kurus dan tinggi. Rambutnya kuning keemasan. Lelaki itu adalah orang Eropah.

" Adakah kamu semua yang ingin menumpang kapal saya?" Soal lelaki Inggeris itu. Baginda Sultan Mudzaffar Shah dan Raden Putra sedang duduk di perahu bingkas bangun apabila disapa oleh lelaki Inggeris itu.

"Ya, ...ya...kamilah yang ingin menumpang kapal Tuan Hamba" Jawab Raden Putra.

"Baiklah. Saya pun ingin ke Melaka. Tapi banyakkah barang-barang niaga kalian?" Tanya lelaki Inggeris itu menjenguk ke dalam perahu yang di naiki Sultan Mudzaffar Shah dan Raden Putra.

"Oh tidak banyak, hanya beberapa peti sahaja" jawab Raden Putra tersenyum menjeling baginda Sultan Mudzaffar Shah.

"Kalau begitu naikkan ke kapal saya" Kata lelaki Inggeris itu. Dia memanggil orang-orangnya untuk mengangkat peti-peti yang dibawa Raden Putra dan Sultan Mudzaffar Shah.

Berapa tambangnya jika kami menumpang kapal Tuan Hamba?" Tanya Sultan Mudzaffar Shah.

"Oh tak perlulah bayar. Kami memang ingin ke Melaka" Kata lelaki Inggeris itu.

"Terima kasih kerana Tuan Hamba menumpangkan kami. Nama saya Ismail Adil dan ini Datuk saya Yusuf Adil" ucap Raden Putra seraya memperkenalkan dirinya.

"Sama-sama. Saya Rafael, orang utusan Belanda" Beritahu Rafael. Raden Putra dan Sultan Mudzaffar Shah sungguh terkejut. Rupanya mereka telah menumpang kapal milik pengikut Alfonso.

"Bawa barang-barang mereka naik ke kapal. Tunjukkan tempat berehat untuk mereka" arah Rafael kepada 2 orang awak awak kapalnya.

Setelah Rafael pergi, Sultan Mudzaffar Shah dan Raden Putra duduk berhampiran peti-peti yang mereka bawa, termasuk sembilan orang Panglima Langkasuka dan pahlawan Monggol yang mengikut mereka.

"Lelaki itu pengikut Alfonso" ujar Raden Putra.

"Ya, kita semua perlu berhati-hati" bisik Sultan Mudzaffar Shah.

"Kalau begitu apa rancangan kita semua, Tuanku?" Soal salah seorang panglima Sultan Mudzaffar Shah.

"Kita perlu berbaik-baik dengan mereka supaya kita semua dapat masuk ke Kota Belanda dan mencari di mana Puteri Buih serta Datuk Bendahara Perak dikurung"Jawab Raden Putra.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now