Bab 7

991 27 2
                                    

     Perjalanan yang jauh itu telah membawa Tuah dan Datuk Bendahara Perak bersama pengikut mereka ke Pattani. Mereka menyusuri perkampungan yang dibina di lereng bukit dan tepian sungai. Terdapat pondok-pondok kecil di sekitar perkampungan itu. Ia adalah kawasan penulisan kitab-kitab ilmiah. Beberapa orang berkumpul sambil menyalin lembaran mukasurat yang ditulis oleh para cendiakawan, alim ulama dan para Syekh.

     Tuah menuju ke sebuah pondok di hujung perkampungan. Ia berada di tepi sebuah air terjun yang sungguh indah.

     "Kita tambat kuda dan gajah di sini. Para pengawal boleh berkawal di bawah ini. Yang lain ikut saya ke atas" Perintah Tuah sambil mengikat tali tambatan kudanya. Ke semua pengawal mengikut  perintah Tuah. Mereka berkawal di bawah lereng bukit itu.

      " Atuk, kita di mana ni?" Soal Puteri Buih berjalan beriringan bersama Raden Putra.

      "Kita di Pattani" Jawab Tuah sambil memandang Datuk Bendahara Perak.

      "Pattani??? Prabhu seperti pernah mendengar nama Pattani" Balas Puteri Buih. Dia teringat kisahnya dan ibubapanya sewaktu kecil.

     " Saudara mara Datuk Bendahara Perak tentu ramai tinggal di sini" Kata Tuah tersenyum simpul melihat riak wajah Datuk Bendahara Perak. Lelaki tua itu sedang mencari seseorang.

      " Sudah lama saya tidak bertemu mereka. Sejak peperangan diantara Melaka dan Siam, beberapa tahun lepas..." Ujar Datuk Bendahara Perak. Tuah mengangguk-angguk lalu berhenti di hadapan sebuah pondok kayu beratap daun rumbia.

     "Assalammualaikum..! " Laung Tuah dari sebuah tangga pondok tersebut.

       "Waalaikumsalam.." Muncul seorang lelaki berjanggut putih di muka pintu. Tangannya memegang tasbih. Matanya tertancap ke arah Datuk Bendahara Perak.

      "Siapakah kalian semua. Mahu cari siapa?" Soal lelaki tua berjanggut putih itu. Kata-katanya sedikit pelat dalam berbahasa Melayu.

      "Kami semua ingin bertemu Syekh Abdullah...." Jawab Tuah. Dia mendongak kemudian ekor matanya mengikuti pergerakan lelaki tua itu. Perlahan-lahan Syekh Abdullah menuruni tangga kayu.

    "Ya, nyong namanya Abdullah. Ada apa kalian mencari nyong?" Soal Syekh Abdullah terpinga-pinga kerana dia tidak mengenali kesemua orang yang datang ke rumahnya itu.

     "Maafkan kami Tuan Syekh...saya Zainal Abiddin, kami datang ke Pattani untuk meminta pertolongan Tuan Syekh. Kami dalam kesusahan." Jelas Tuah.

      " Kalian dalam kesusahan?..." Shekh Abdullah memandang satu persatu wajah tetamu yang datang ke rumahnya.

           "Kalau begitu, jemputlah masuk" Ajak Shekh Abdullah lalu menaiki tangga pondoknya itu. Tuah dan Datuk Bendahara Perak mengikut dari belakang.

      Tuah dan Datuk Bendahara Perak duduk di dalam bulatan. Puteri Buih dan Raden Putra bergandingan duduk disebelah Datuk Bendahara Perak. Syekh Abdullah diam seketika sambil menggerakkan tasbihnya. Matanya adakala terpejam dan adakala celik. Tuah saling berpandangan dengan Datuk Bendahara Perak.

    "Bersabarlah. Semuanya perkara yang menimpa Datuk Bendahara Perak itu adalah ujian. Kesusahan itu akan ditelan masa. Senjata dalam diri manusia sudah dimiliki kita sejak lahir. Senjata yang perlu kita gunakan sewaktu dalam kesusahan...." Jelas Syekh Abdullah.

     "Kami perlu berlindung di sini dari orang-orang yang akan mencari kami. Bolehkah Tuan Syekh membantu?" Soal Tuah.

     "Perkampungan ini sedia sahaja menerima sesiapa yang ingin tinggal di sini. Nyong tidak menghalang..." Jawab Syekh Abdullah.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now