Bab 57

317 13 0
                                    

      Perahu besar yang membawa rombongan DiRaja Phang menyusuri Sungai sehingga ke Perkampungan yang berhampiran gunung-ganang dan bukit-bukau.Sehingga tanpa mereka sedari perahu yang dinaiki telah jauh menuruti arus sungai membawa mereka jauh dari pinggir pantai tempat peperangan meletus.

     Mereka telah tiba di daerah pinggir-pinggir sungai berhampiran pergunungan dan hutan-hutan Belantara yang kebanyakannya adalah Kerajaan dari Jajahan kecil Melaka.

          "Ampun Tuanku, kita telahpun tiba di Sungai Pelang" Beritahu Tun Seri Nara Bija DiRaja.

         "Adakah para pengawal telah meneliti tempat ini, Datuk Bendahara? Apa ia selamat untuk kita bersembunyi disini buat sementara waktu?" Soal Sultan Abdullah. Baginda memandang ke sekeliling sungai yang dipenuhi hutan Belantara yang masih tebal.

       "Ampun Tuanku. Seluruh pengawal dan hulubalang Istana telah berpecah untuk melihat-lihat kawasan ini, Tuanku. Semuanya dalam keadaan selamat dari pihak musuh" Jawab Datuk Bendahara Tun Seri Nara Bija Diraja.

       "Jika begitu, ayuhlah kita ke daratan" Titah Tuanku Sultan Abdullah. Raja Ahmad bingkas bangun dan memaut tangan Sultan Abdullah. Baginda membawa Putera kecil itu bersama-sama diri baginda menaiki daratan di Sungai Pelang.

        Di pinggiran Sungai Pelang masih di litupi hutan belantara yang tebal. Kedengaran suara haiwan-haiwan liar  memecah hening suasana. Hulubalang Istana sedang sibuk mempersiapkan beberapa buah  pondok kecil sementara untuk Baginda Sultan dan kaum kerabatnya beristirehat.

        "Pokok apakah ini, Datuk Bendahara?" Soal Sultan Abdullah sambil mendongak ke atas untuk melihat sepohon pokok besar yang tumbuh di situ. Terdapat beratus-ratus lagi pohon besar begitu yang tumbuh di sekitar sungai tersebut.

      "Ampun Tuanku. Nama pokok yang Tuanku tanyakan ini adalah pokok Mahang" Jawab Datuk Bendahara Tun Seri Nara Bija Diraja.

       "Pokok Mahang inilah yang disebutkan dalam surat-surat yang ditulis para cendiakawan dari Pattani itu...."Kata Tuanku agak perlahan sambil baginda teringat akan kisah pohon Mahang dalam Kerajaan baginda.

       "Tuanku, ada api di sana!" Beritahu Raja Ahmad sambil menggoncang tangan Sultan Abdullah. Baginda Sultan Abdullah pun terpandang akan nyalaan api yang ditunjukkan Raja Ahmad. Ia berada di lereng sebuah gunung yang di litupi pokok-pokok hutan disekelilingnya.

       "Apakah ada orang tinggal di lereng gunung itu, Datuk Bendahara?" Soal Sultan Abdullah sambil memandang tepat kearah nyalaan api di lereng gunung tersebut.

        "Ampun Tuanku. Di atas Gunung tersebut seterusnya sehingga ke utara dan selatan adalah Tanah Jajahan dibawah naungan Sultan Mahmud Shah, Tuanku" Beritahu Datuk Bendahara Tun Seri Nara Bija DiRaja.

     "Gunung Ophir....atau pergunungan emas..." Beritahu Permaisuri Ratna Gumilah Sari perlahan. Sultan Abdullah dan Bendahara Tun Seri Nara Bija DiRaja saling berpandangan apabila mendengar Permaisuri Sultan Mahmud Shah sendiri bersuara. Maka terbongkarlah segalanya yang masih menjadi rahsia Bumi Melaka menjadi rebutan bangsa asing.

        "Apa maksud kata-katamu Wahai permaisuri Sultan Melaka?" Soal Sultan Abdullah merenung tepat ke wajah permaisuri Ratna Gumilah Sari yang dilitupi kerudung halus pada wajahnya.

         "Pergunungan Ophir adalah sebuah tempat rahsia milik kami sekeluarga..." Jawab Permaisuri Ratna Gumilah Sari. 

         "Apakah rahsia nya sehingga beta sendiri tidak tahu, sedangkan Sultan Mahmud Shah dan beta bukanlah orang lain!" Tempelak Sultan berjalan mundar mandir dihadapan permaisuri Ratna Gumilah Sari.

        "Rahsianya sejak Tuanku belum memeluk islam lagi...sejak Tuanku masih bergelar Maharaja Dewa Suro...begitu juga dengan Suami patik yang bergelar Maharaja Siam satu ketika dahulu" cerita Permaisuri Ratna Gumilah Sari.

         "Ya, itu benar. Beta sememangnya bergelar Maharaja Dewa Suro. Tapi apakah kaitan nya Gunung di atas sana dan Sultan Mahmud Shah, saudara beta?" Soal Sultan Abdullah. Baginda masih tidak faham apa yang dimaksudkan Permaisuri Ratna Gumilah Sari. 

        "Disanalah datangnya ufti bunga emas dari Melaka kepada Tuanku! Patik telah memecahkan rahsia yang selama ini patik simpan" Terang Permaisuri Ratna Gumilah Sari. Sultan Abdullah terdiam. Jadi benarlah bunga emas yang dikirimkan Kerajaan Melaka kepada baginda telah dibuat sendiri oleh Sultan Mahmud Shah. Selama ini baginda menyangka bunga emas itu ditempah dari Timur. Sultan Abdullah tersenyum. Sungguh bijak Sultan Mahmud Shah merahsiakan hartanya.

      "Mengapa Permaisuri memecahkan rahsia harta Sultan Melaka kepada beta? Tak takutkah kalian kepada beta? Manakah tahu beta berpaling tadah kepada kalian..." Titah Sultan Abdullah. Baginda sekadar menguji Permaisuri Ratna Gumilah Sari.

       "Ampun Tuanku. Janganlah Tuanku berkata demikian rupa. Kasihanilah kami yang telah di amanahkan oleh Datuk Temenggung DiRaja atas titah perintah Sultan Mahmud Shah untuk menumpang disini bersama Tuanku demi keselamatan kami anak beranak" Pinta Permaisuri Ratna Gumilah Sari dengan lembut. Sultan Abdullah tersenyum lalu terasa sambil mendukung Raja Ahmad.

        "Janganlah kalian bimbang. Beta hanya menguji Tuanku Permaisuri Ratna Gumilah Sari. Sebenarnya beta telah tahu berkenaan Gunung Ophir itu..tetapi beta tidak pernah tahu di sana tempatnya....sangat dekat dengan negeri Beta. Rupanya Sultan Mahmud Shah "becucuk tanam" dalam negeri Beta" Tawa Sultan Abdullah sambil memandang Datuk Bendahara Tun Seri Nara Bija DiRaja. Baginda sendiri tidak menyangka ufti bunga emas yang dikirimkan kepada baginda datangnya dari dalam negeri baginda sendiri.

     "Ampun Tuanku, segala tempat istirehat telah siap Tuanku. Elok benar kita beredar dari sini" Kata Datuk Bendahara Tun Seri Nara Bija DiRaja.

      "Baiklah Datuk. Ayuh kita ke sana" Sultan Abdullah berjalan menuju pondok yang telah siap dibina oleh para hulubalang Istana. Seketika para dayang datang membawa hidangan untuk kaum kerabat DiRaja yang berada di pondok masing-masing. Mereka melepaskan lelah dan penat kerana menaiki perahu sehari semalam kerana melarikan diri dari serangan musuh. Perut juga telah berkeroncong, maka dengan itu seluruh rombongan itu makan dan minum bersama-sama.

     Sambil mengunyah makanan, Sultan Abdullah masih menyimpan rasa ingin tahu yang kuat terhadap nyalaan api di kaki pergunungan Ophir. Sebelum itu baginda hanya mendengar ura-ura dari seluruh Kerajaan Nusantara bahawa Sultan Melaka adalah Sultan paling Kaya didunia. Sehingga dimana kapal berlabuh, disana kisah kekayaan Sultan Melaka disebutkan. Kisah kemunculan duit emas yang datang dari Timur ke barat menjadikan ia satu kerajaan misteri yang dicari-cari para pelayar dunia. Sultan Abdullah menyimpan rasa ingin tahu tentang kekayaan saudaranya sendiri Sultan Mahmud Shah. Entah kenapa perasaan ingin tahu itu melonjak-lonjak. Baginda bukanlah mempunyai niat jahat, sebaliknya baginda khuatir jika orang-orang Siam akan tiba di situ dan segala rahsia akan terbongkar. Sultan Abdullah adalah wakil Kerajaan Melaka ke Siam dan sebagai pembawa Ufti bunga emas ke Siam, jadi baginda sungguh tahu akan sikap dan tipu helah orang-orang Siam terhadap banyak Kerajaan di Kepulauan Nusantara. Sultan Abdullah bimbang pergunungan itu akan ditemui pelayar atau bangsa asing.

      "Datuk Bendahara, bolehkah beta bertanya?" Soal Sultan Abdullah sambil membasuh tangannya.

      "Ampun Tuanku. Dipersilakan Tuanku" Jawab Datuk Bendahara Tun Seri Nara Bija DiRaja.

     "Apakah yang Datuk Bendahara akan lakukan jika Datuk Bendahara tidak mahu orang ramai menemui dan mengetahui tentang tempat yang ingin disembunyikan?" Tanya Sultan Abdullah sambil mengupas sebiji pisang dan diberikan kepada Raja Ahmad. Baginda mengusap rambut Raja Ahmad perlahan-lahan. Semua yang berada disitu terpinga-pinga akan soalan Sultan Abdullah. Hanya Permaisuri Ratna Gumilah Sari tersenyum sambil memandang Sultan Abdullah.

       

      

     

      

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now