Jamilah bersalaman dan mencium tangan ayahnya, Syekh Abdullah. Orang tua itu membiarkan anaknya berlalu pergi.
" Prabhu! " Panggil Jamilah sewaktu dia tiba di pinggir rumah putih itu. Dia melalui pintu pagar di belakang rumah tersebut untuk cepat sampai. Nafasnya agak laju sewaktu dia berlari di atas jalan berpasir di tebing kolam.
"Prabhu!" Panggil Jamilah lagi lalu memberhentikan langkahnya. Kerudung kuningnya tersingkap ditiup angin. Tuah mengikut Jamilah dari belakang. Jamilah tidak sedar langsung Tuah telah melihat dirinya.
"Prabhu!" Wajah Jamilah semakin cemas kerana Puteri Buih tidak timbul-timbul dari Kolam Air Margajiwa itu. Tiada siapa berani mandi di situ termasuk dirinya sendiri. Beberapa tahun dahulu kolam itu telah ditemui oleh ayahnya dan beberapa orang kawan mereka dari Arab. Ia sebuah kolam dari alam ghaib yang disembunyikan daripada manusia biasa. Air Kolam Margajiwa dapat menyembuhkan pelbagai penyakit batin dan misteri. Malah ia juga air yang dapat membuat seseorang kekal muda dan kuat. Namun kolam itu sangat bahaya kerana ia tidak mempunyai punca. Beberapa orang anak murid yang berguru dengan ayahnya telah hilang di dalam kolam itu kerana mereka mandi di situ. Oleh itu ayahnya telah memagar kolam itu dari pandangan nyata. Namun Puteri Buih dapat menjumpai kolam itu. Bermakna ada sesuatu yang misteri tentang Puteri itu. Jamilah percayakan ayahnya. Puteri Buih itu pastilah Puteri yang mereka nantikan dan cari-cari selama ini.
"Prabhu! Keluar dari kolam tu!" Jerit Jamilah berlari di sekeliling kolam.
Tuah pula masih mengendap Jamilah di sebalik pokok di situ. Wajahnya sudah jelas di mata Tuah. Gadis berhidung mancung itu mempunyai rambut yang ikal dan lebat. Alis matanya lentik dan keningnya hitam pekat. Tuah berdiri disebalik pokok. Dia tidak menyangka ada sebuah istana indah di dalam hutan belantara. Dan dia tidak menyangka Syekh Abdullah mempunyai anak gadis yang cukup cantik.
" Kakak!" Puteri Buih timbul sambil tersenyum. Rambutnya kuncup dan basah lencun. Mata bundarnya merenung Jamilah dari dalam kolam air.
"Kolam ini sangat hebat dan berbau harum!" Kata Puteri Buih mendekati pelantar di tebing kolam itu. Ia sangat hampir dengan pokok tempat Tuah berlindung.
" Prabhu tak apa-apakah? Ayahanda kakak perintahkan kakak mencari Prabhu disini" Kata Jamilah menghulur tangan kepada Puteri Buih.
"Kenapa? Prabhu ada buat salahkah?" Soal Puteri Buih lekas-lekas menyambut tangan Jamilah. Alangkah terkejut Jamilah melihat ekor ikan Puteri Buih mengepak-ngepak di atas pelantar. Puteri Buih melunjurkan ekor ikannya sambil tersenyum.
"Mengapa kak? Pasti kakak terkejut melihat ekor Prabhu" bisik Puteri Buih tersenyum. Jamilah tergagap-gagap sambil memegang ekor ikan Puteri Buih di hadapannya itu.
"Prabhu duyung???" Soal Jamilah duduk melutut di sebelah Puteri Buih.
" Ya kak. Prabhu dilahirkan begini sejak kecil. Prabhu tak boleh hidup tanpa air" Jawab Puteri Buih tersenyum melihat gelagat Jamilah yang kegelian memegang sisik ekornya. Jamilah menyentuh sisik ekor ikan Puteri Buih berulang kali.
"Baru kakak tahu...Siapa ibu dan ayah Prabhu yang sebenarnya?" Soal Jamilah menghulur pakaian Puteri Buih. Payudara anak gadis sunti itu tersembul dan basah. Apabila Puteri Buih memakai bajunya jelas kelihatan sosok bayang payudaranya yang mekar dan segar tumbuh bersama badan gadis sunti itu. Dia semakin dewasa, getus hati Jamilah melihat Puteri Buih yang cuba menyembunyikan payudaranya daripada pandangan Jamilah.
"Prabhu, mari kita naik ke atas, Kakak nak tunjukkan sesuatu pada Prabhu" Ajak Jamilah menarik tangan Puteri Buih. Ekor ikan Puteri Buih semakin kering dan ia mula menampakkan sekujur kaki yang putih bersih. Puteri Buih bangun mengikut Jamilah dari belakang. Jamilah telah berjalan pantas mendahului Puteri Buih.
YOU ARE READING
Puteri Buih 2
FantasíaSebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...