Bab 13

655 22 0
                                    

     Sultan Mahmud Shah sungguh murka apabila mendapat tahu Datuk Bendahara Perak tiada di Klang. Baginda menaruh harapan dapat bertemu dengan cucundanya. Namun Puteri Buih juga tiada di situ.

        "Ke manakah Datuk Bendahara Perak pergi? Di manakah cucu beta?" Soal Tuanku bertalu-talu.

        "Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Sungguhpun Datuk Bendahara Perak tiada di sini, tetapi isterinya Tun Kelangi ada di rumah mereka" Beritahu Datuk Panglima.

      "Kalau begitu panggilkan Tun Kelangi mengadap beta!" Perintah Tuanku.

      "Menjunjung titah, Tuanku" Jawab Datuk Panglima lalu baginda beredar meninggalkan Balairung Seri di Istana hinggap Alam Shah itu.

     "Ke mana Datuk ingin membawa bonda kami? Kami tidak akan sekali-kali mengizinkannya" Kata Tun Mutahir berdiri di anak tangga. Semua pengawal istana telah di halang dari menjejak  kaki ke rumah mereka.

     "Ke tepi anak muda! Ini perintah Sultan. Menghalang bererti membantah. Membantah itu bermaksud durhaka!" Kata Datuk Panglima memberikan amaran.

      "Maafkan anak saya Datuk. Dia masih mentah...tidak mengapalah, saya akan ikut Datuk bertemu Tuanku" Kata Tun Kelangi menyarungkan kain batik lalu menutup kepalanya.

       "Tapi...ayahanda sudah berpesan..." Tun Mutahir terhenti daripada terus berkata. Dia menoleh ke arah ibunya. Tun Kelangi memegang bahu anaknya lembut.

        "Biar ibu mengikut mereka..." Kata Tun Kelangi menuruni anak tangga dan mengikut Datuk Panglima.

     Tun Kelangi sedikit berpeluh kerana berjalan kaki mengikut Datuk Panglima. Isteri Datuk Bendahara Perak itu berumur lebih dari separuh abad. Dia sedikit tercungap-cungap keletihan kerana berjalan kaki. Tentulah faktor usianya menganggu tenaga dan kesihatan.

     " Ke mana Datuk Bendahara Perak telah pergi??!!Berani sungguh dia membawa cucu beta bersamanya!!!!"Tengking Tuanku sewaktu Tun Kelangi datang mengadap baginda.

      "Ampun, Tuanku. Patik tidak tahu ke mana suami patik membawa cucu Tuanku. Tetapi setahu patik mereka menuju ke Siam selepas bertemu kami di Kg Temong" Terang Tun Kelangi.

     "Siam?!!!!Mengapa Datuk Bendahara Perak berani ingkar titah perintah beta!!!???Sejak dahulu lagi beta mahu dia kembalikan semula Puteri Buih!!" Jerkah Sultan Mahmud Shah geram. Baginda mundar-mandir di hadapan para pembesarnya. Sementara Tun Kelangi terduduk tunduk di hadapan Tuanku.

     "Beta tidak faham, mengapa Datuk Bendahara Perak pergi begitu sahaja...beta kehilangan Bendahara kerananya!!!!Jawatan Datuk Bendahara Perak masih kosong tidak berganti....!!!!Beta tiada penasihat!!!Malah cucu beta telah dibawa lari!!" Kata Tuanku  lagi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Baginda langsung tidak dapat jawapam daripada mulut Tun Kelangi mengapa Datuk Bendahara Perak membawa lari cucunya dan meninggalkan jawatan Bendahara Melaka begitu sahaja.

        "Ampun Tuanku, patik tidak tahu mengapa suami patik berbuat begitu"Kata Tun Kelangi perlahan. Badannya terasa sungguh lemah.

       "Datuk Laksamana!!!persiapkan semua bala tentera kita untuk mencari Datuk Bendahara Perak di Siam!!!"Arah Tuanku.

         "Ampun Tuanku, kita tidak boleh memasuki tanah jajahan daratan di Hulu negeri sesuka hati...ia dibawah kekuasaan Kerajaan Gangga Negara" Beritahu Datuk Laksamana.

       " Beta tahu itu!!!Tiada siapa lagi menguasai Kerajaan Gangga Negara selepas kematian Datuk Sya'aban. Ayuh......!!!! Turuti titah perintah beta!" Desak Sultan Mahmud Shah.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now