Perjalanan Hang Tuah bersama Arthur mengambil masa beberapa hari disebabkan tipu muslihat Hang Tuah untuk memerangkap Arthur dan beberapa orang tentera yang dibawanya. Hang Tuah sengaja membawa Arthur melalui jalan yang sama berulang-ulang kali dan memerhatikan tindak balas Arthur. Namun lelaki barat itu langsung tidak tahu bahawa mereka telah melalui jalan yang sama berulang-ulang kali.
Dalam masa yang sama Jamilah juga turut bersama mereka tanpa diketahui oleh Hang Tuah dan Arthur. Anak gadis Syekh Abdullah itu hanya tersenyum sambil duduk di atas sebatang pohon kayu yang tumbang sambil memerhatikan Hang Tuah. Kakinya dijuntaikan ke bawah lalu dihayunkannnya sambil bersantai menikmati kicauan burung yang bernyanyi sewaktu melihat Jamilah disitu. Sesekali Jamilah mengubah haluan Hang Tuah dan Arthur supaya mereka tidak sampai ke perkampungannya.
Arthur pula mulai merasa letih dan dahaga. Dia mengeluh kepenatan dan menyuruh tenteranya berhenti di bawah pohon berhampiran. Jamilah duduk di sebelah Arthur sambil tersenyum. Gadis itu memerhatikan Arthur yang memakai baju berwarna putih yang telah lusuh. Dipinggang Arthur tersisip sebilah pedang panjang seperti kepunyaan ayahnya. Jamilah menggenggam tangannya kemudian dengan perlahan lahan dia membuka tapak tangannya. Terdapat serbuk berwarna keemasan seperti serbuk kayu. Perlahan lahan Jamilah meniup serbuk itu kearah Arthur dan tentera yang berada disitu. Perlahan lahan mereka mulai menguap dan duduk bersandar di banir beberapa pohon disitu. Lama kelamaan mereka pun tertidur. Tanpa mereka sedari mereka telah dipukau oleh Jamilah.
Hang Tuah baru sahaja pulang dari mengambil air di anak sungai kecil berhampiran. Dia sungguh terkejut melihat Arthur bersama orang orangnya telah tertidur di banir pokok. Dia memandang kiri dan kanan. Tetapi tiada sesiapa disitu. Hang Tuah menghampiri Arthur dan memegang bahu Arthur untuk mengejutkan lelaki barat itu.
Tiba-tiba tangannya ditahan oleh seseorang. Jamilah tersenyum disebalik kerudungnya yang berwarna kuning. Hang Tuah sungguh terkejut melihat Jamilah tiba tiba berada di situ.
"Mengapa tuan hamba terkejut? Adakah wajah hamba ini seperti seekor jembalang?" Sapa Jamilah nakal. Hang Tuah terpana seketika melihat mata Jamilah yang bersinar-sinar merenung matanya.
"Oh Jamilah.,..Mengapa tuan hamba di sini?" Soal Hang Tuah teruja kerana dapat bertemu Jamilah kembali. Sudah sekian lama mereka terpisah, semenjak kejadian Datuk Bendahara Perak diburu Sultan Mahmud Shah satu masa dahulu.
"Sepatutnya hamba yang bertanya kepada tuan hamba, mengapa datang ke hutan berpuaka ini? Tidakkah tuan hamba takut jika tersesat lagi?"Jawab Jamilah pura pura tidak tahu akan kedatangan Hang Tuah.
"Oh ..ham..ham..hamba ingin bertemu dengan Syekh Abdullah. Ada hal mustahak dengan ayahanda tuan hamba" Kata Hang Tuah tergagap gagap. Jamilah tersenyum kerana dia tahu Hang Tuah sengaja membawa lelaki barat yang tertidur di banir pokok itu untuk bertemu ayahandanya.
"Ayahanda hamba ada dipondoknya. Ayuh kita ke sana"Ajak Jamilah kepada hang Tuah.
"Baiklah. Biar hamba kejutkan Arthur dahulu" balas Hang Tuah berjalan menuju ke arah Arthur yang sedang lena tidur sehingga berdengkur seperti harimau.
"Tak perlulah dikejutkan kawan tuan hamba itu. Biarlah mereka tidur. Nanti hamba yang akan menguruskan mereka. Ayuhlah kita berdua bertemu dengan ayahanda" bisik Jamilah perlahan lahan. Kemudian dia mulai berjalan mendahului Hang Tuah. Hang Tuah memerhatikan langkah kaki Jamilah yang tidak berkasut melalui Denai kecil dihadapan mereka. Kaki gadis itu dihiasi gelang kaki agok berwarna keemasan. Langkah yang diatur gadis itu cukup sempurna sekali. Tiada kekotoran melekat pada kakinya. Hang Tuah terdiam sejenak memikirkan keajaiban yang tersembunyi dalam diri Jamilah dan syekh Abdullah. Mereka duduk di dalam hutan yang jauh dari manusia dan masih lagi dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Rahasia apakah yang disembunyikan Jamilah dan syekh Abdullah? Malah wajah Jamilah tidak langsung dimamah usia. Dia masih lagi kelihatan seperti gadis gadis muda yang lain. Sedangkan Hang Tuah sudah mulai menampakkan kedutan diwajah dan uban yang mulai memenuhi kepalanya. Setelah sekian lama dia tidak bertemu Jamilah, sangkanya gadis itu telah pun berkahwin dan mempunyai anak serta semakin tua seperti wanita wanita lain. Tetapi sangkaannya melesat kerana Jamilah masih sama seperti dahulu. Tiada langsung yang berubah termasuk pakaian dan perhiasannya. Baju, selendang dan kerudungnya juga tidak lusuh dan tidak buruk. Masih yang sama dan kelihatan baru. Hang Tuah terhenti apabila mereka telahpun sampai dihadapan pondok Syekh Abdullah.
Kelihatan seorang lelaki tua yang mempunyai janggut putih yang panjang dan bongkok memegang tongkat. Dia berdiri di beranda pondok. Lelaki tua itu kelihatan semakin uzur dan pergerakannya begitu berhati-hati. Hang Tuah dengan pantas mendapatkan Syekh Abdullah lalu memeluk lelaki tua itu. Telah lama mereka tidak bertemu. Syekh Abdullah sudah semakin uzur dan lemah. Hang Tuah memimpin syekh Abdullah ketika lelaki tua itu ingin duduk. Lalu kemudian Hang Tuah bersila disebelah Syekh Abdullah.
"Apa Khabar dirimu, nak? Sudah lama kau tak ke mari" tanya Syekh Abdullah kepada Hang Tuah. Wajah tuanya tenang dan matanya merenung tepat ke wajah Hang Tuah.
"Oh Khabar baik, tok. Saya sebenarnya baru pulang berlayar dari Denmark..." Jawab Hang Tuah lalu terhenti kerana memberi laluan kepada Jamilah yang membawa air minuman di dalam bejana emas. Jamilah duduk bersimpuh disebelah ayahandanya sambil memandang ke arah Hang Tuah.
"Ya, nak. Adakah kau ke mari membawa hajatmu?" Soal Syekh Abdullah pura pura tidak mengetahui niat Hang Tuah.
"Se..se..sebenarnya saya dan Baginda Sultan mempunyai masalah. Puteri Buih telah dibawa lari, tapi mujurlah kami telah menggunakan tipu muslihat untuk membawa Puteri Buih kembali ke sini. Cuma..." Hang Tuah yang rancak bercerita terhenti. Syekh Abdullah dan Jamilah tenang menanti Hang Tuah menyambung lagi ceritanya.
"Cuma orang yang bertanggungjawab membawa lari Puteri Buih itu telah menjual Puteri Buih kepada orang yang mengikut saya ke sini!" Hang Tuah berterus terang. Jamilah dan Syekh Abdullah saling berpandangan. Barulah Jamilah tahu, mereka yang disangka kawan Hang Tuah tadi adalah pihak yang membeli Puteri Buih dari orang yang menculik puteri itu.
"Jadi bagaimana kami dapat membantumu, nak?" Soal Syekh Abdullah. Hang Tuah memandang Jamilah.
"Saya telah menipu mereka tok kerana mereka ingin membuat kapal yang semisal Mendam Berahi. Jadi saya telah mengajak mereka berjumpa dengan Tok jika mereka ingin menempuh kapal yang semisal Mendam Berahi"Terang Hang Tuah.
"Astaghfirullahhalazim.........!!" Mengucap Syekh Abdullah mendengar kata kata Hang Tuah.
"Maafkan saya, Tok" Pinta Hang Tuah.
"Walau kau terpaksa melakukan dengan cara penipuan ini semata mata untuk menyelamatkan Puteri Buih, ia tetap salah Tuah. Niat tidak akan menghalalkan cara kerana kau menipu" Nasihat syekh Abdullah.
"Maafkan saya, Tok. Saya berharap Tok dapat menolong saya sementara Raden putra menyelamatkan Puteri Buih dari kapal orang orang asing ini Tok" rayu Tuah.
"Kalau begitu, jemputlah mereka ke pondok Tok di sini. Kita akan raikan kedatangan mereka. Jamilah pergilah buat persiapan untuk mereka semua sebagai tetamu kita" Perintah Syekh Abdullah kepada Jamilah.
"Baiklah ayahanda" jawab Jamilah bingkas bangun untuk berlalu pergi. Sewaktu di tangga pondok, Jamilah terdengar kata kata ayahandanya.
"Tuah, sementara Jamilah membuat persiapan untuk tetamu Tok, ada perkara antara kamu dan Jamilah yang Tok ingin kita bincangkan" Kata Syekh Abdullah tegas. Jamilah tersenyum simpul. Dia lekas-lekas berlalu dari situ.
Sementara Hang Tuah telah terperangkap dengan perasaan dan tanggungjawabnya terhadap Kesultanan Melaka.
![](https://img.wattpad.com/cover/220110051-288-k85776.jpg)
YOU ARE READING
Puteri Buih 2
FantasíaSebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...