Bab 5

1.3K 21 0
                                    

Rombongan Tuah dan Datuk Bendahara Perak telah tiba di hutan Belum. Mereka singgah di Kampung Temong iaitu rumah keluarga Datuk Bendahara Perak.

"Datuk, kita tidak boleh berlama-lama di sini. Saya bimbang orang-orang Sultan Mahmud Shah dapat mengesan kita" Pesan Tuah kepada Datuk Bendahara Perak sebelum mereka naik ke rumah.

"Baiklah, Tuah. Kita akan meneruskan perjalanan selepas saya bertemu dengan anak dan isteri saya" Jawab Datuk Bendahara Perak. Mereka berdua menaiki tangga rumah Datuk Bendahara Perak selepas membasuh kaki. Tun Kelangi tersenyum menyambut kepulangan suaminya. Dia tidak tahu kejadian yang menimpa keluarga mereka.

Sementara itu Puteri Buih membawa gajah-gajahnya mandi di pinggir rumah Datuk Bendahara Perak. Raden Putra turut membantu Puteri Buih memandikan gajahnya serta memberi makan beberapa batang tebu dan pucuk-pucuk kayu hutan.

"Tuanku, tidakkah Tuanku rindukan ayahanda Tuanku?" Soal Puteri Buih tiba-tiba.

"Tidak Puteri, beta telah biasa ditinggalkan oleh keluarga sejak kecil" Jawab Raden Putra bersahaja.

"Tuanku sungguh bertuah kan.. kerana Tuanku anak kepada seorang Raja.....Sedangka Puteri cuma rakyat biasa" Kata Puteri Buih sambil mengusap belalai anak gajah yang duduk di kaki ibunya.

"Siapa kata Puteri rakyat biasa? Beta tahu siapa Puteri!! Pilihan ayahanda Raja Ong Maha Perita Deria pasti tepat" Kata Raden Putra penuh yakin.

"Puteri tidak tahu kenapa kita perlu berkahwin. Puteri cuma mengikut atuk ke sini.." Jelas Puteri Buih menguis-nguis batang tebu di atas tanah.

"Sebenarnya...beta cuma anak angkat Raja Ong Maha Perita Deria. Baginda bukan ayah kandung beta" Cerita Raden Putra.

"Benarkah begitu? Jadi siapa ayah kandung Tuanku?" Soal Puteri Buih semakin berminat ingin tahu asal usul bakal suaminya itu.

" Ayahanda beta sebenarnya bergelar Sultan Abdullah. Beta ditinggalkan bersama Raja Ong Maha Perita Deria untuk menuntut ilmu di Kepulauan Nusantara ini" Beritahu Raden Putra.

"Jadi, di mana ayahanda Tuanku ketika ini?" Soal Puteri Buih.

"Beta pun tidak tahu ke mana ayahanda beta telah pergi. Tetapi sebelum beta dihantar berguru dengan Raja Ong Maha Perita Deria, beta tinggal di Phang. Ayahanda beta telah membuka sebuah kerajaan di Phang dan membina istana di sana" Cerita Raden Putra.

"Phang? Inilah kali pertama Puteri mendengar tempat bernama Phang. Adakah ia di Melaka?" Soal Puteri Buih.

"Tidak Puteri. Phang bukan di Melaka. Ia perlu berlayar sehingga ke Pulau Besar, baru kita akan dapat bertemu negeri Phang" kata Raden Putra tersenyum.

"Kalau begitu, bawalah Puteri ke Phang untuk bertemu ayahanda Tuanku" Pinta Puteri Buih.

"Sabarlah, beta pasti membawa Puteri ke Phang satu masa nanti" balas Raden Putra.

Datuk Bendahara berkemas barang dan pakaiannya untuk dibawa bersama. Dia terpaksa mengikut Tuah demi menyembunyikan diri dari Sultan Mahmud Shah.

"Tun Kelangi, bawalah anak-anak kita ke Klang. Abang terpaksa mengikut Tuah untuk menyembunyikan diri. Kalau Tun Kelangi tinggal di sini, ia sangat berbahaya jika Tuanku Sultan Mahmud Shah mengetahuinya" Kata Datuk Bendahara Perak sambil mengikat buntil kainnya.

"Tapi kenapa kita mesti melarikan diri dari Tuanku Sultan Mahmud Shah. Bukankah tugas abang sebagai Bendahara sewaktu di Melaka dahulu?" Soal Tun Kelangi tidak berpuas hati.

" Dengarlah kata abang..jangan diungkit kisah lama lagi. Bawa ke semua anak-anak kita" Tegas Datuk Bendahara Perak.

"Kalau begitu terpaksalah saya tinggalkan Kampung Temong ini...sudah lama kita tinggal disini.."Keluh Tun Kelangi perlahan.

"Tun Mutahir, bawalah ibumu ke Klang. Di sana nanti berikan surat ini kepada Sang Sapurba. Ayahanda mahu kau menggantikan tugas ayahanda di sana" Pesan Datuk Bendahara Perak kepada anaknya. Tun Mutahir mengangguk-angguk tanda faham sambil mencapai surat yang bergulung di tangan Datuk Bendahara Perak.

"Prabhu!Prabhu! Di mana Tuanku Raden Putra?" Panggil Datuk Bendahara Perak selepas menjejak kaki di halaman rumahnya.

"Kami di sini, atuk!" Jawab Puteri Buih muncul bersama Raden Putra. Mereka menarik tali tambatan gajah sambil berjalan mendekati Datuk Bendahara Perak.

"Jika semua sudah siap, mari kita bertolak dengan segera" Kata Tuah mencapai kuda tunggangannya. Jika dia bersendirian, dia tidak memerlukan kuda untuk bergerak. Dia boleh menggunakan ilmu kebatinannya untuk menghilangkan diri.

Puteri Buih mengikat tali tambatan gajah pada pinggangnya, kemudian dia menaiki kuda bersama Raden Putra. Mereka semua mengikut jalan daratan sambil menyusur di sepanjang pinggir sungai menuju ke arah negeri Langkasuka. Perjalanan mereka sangat jauh dan pasti mengambil masa beberapa minggu.

****

Tun Merah sedang menumbuk padi bersama Permaisuri Terung. Beberapa orang kampung turut berkumpul di halaman Istana Langkasuka. Istana Langkasuka di kelilingi tembok berbatu yang berukiran seperti Chandi Hindu Buddha. Beberapa orang pengawal berdiri di menara Istana Langkasuka. Hari itu pintu gerbang istana dibuka luas. Seluruh rakyat jelata berkumpul di halaman Istana dengan membawa guni-guni padi untuk di tumbuk menggunakan lesung kaki. Tun Merah berbual mesra bersama rakyat jelata sambil membantu mereka menumbuk padi bersama sama sambil bernyanyi-nyanyi riang.

Sedang Tun Merah leka berbual mesra dan bergurau senda dengan Permaisuri Terung, seorang Panglima DiRaja muncul mengadap kedua orang Permaisuri Sultan itu.

"Ampun Tuanku Permaisuri, patik Panglima Diraja membawa perkhabaran dari Kerajaan Gangga Negara" Kata Panglima Di Raja menjunjung sembah.

"Jika dari Kerajaan Gangga Negara, pasti perkhabaran untuk adinda Tun Merah" Kata Permaisuri Terung tersenyum manis.

"Benar Tuanku. Perkhabaran ini untuk Tuanku Permaisuri Tun Merah" Beritahu Panglima Diraja itu.

" Kalau begitu, saya berangkat ke Istana dahulu. Adinda Tun Merah, kakak naik ke Istana dahulu ya.." Kata Permaisuri Terung.

" Baiklah kakak. Nanti adinda menyusul" Kata Tun Merah tersenyum sambil ekor matanya menuruti langkah Permaisuri Terung.

" Apa perkhabaran ayahanda saya di Gangga Negara, Panglima?" Soal Tun Merah tidak sabar untuk mengetahui berita yang dibawa Panglima itu.

"Ampun Tuanku Permaisuri...Datuk Sya'aban...tidak ada di rumah.." Beritahu Panglima DiRaja itu serba salah.

"Ke mana pula ayahanda saya pergi?" Soal Tun Merah tidak sedap hati.

"Me.. me... mereka telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Shah, Tuanku Permaisuri" Jawab Panglima DiRaja.

"Apa????benarkah berita yang dibawa Panglima ini?!!!" Tun Merah mula cemas. Panglima Diraja tunduk menyusun sembah.

"Maafkan patik, Tuanku Permaisuri. Hukuman itu telah pun dijalankan.. dan seluruh keluarga Tuanku Permaisuri telah dijatuhi hukuman bunuh" Beritahu Panglima itu lagi.

"Ayahanda!!!....Tun Dalap!!!" Tun Merah meraung secara tiba tiba. Seluruh rakyat jelata yang berkumpul disitu terkejut. Suasana menjadi riuh rendah. Tun Merah jatuh terjelepuk tidak sedarkan diri.

"Pengawal!!!Apa yang terjadi disini?" Tuanku Sultan Mudzaffar Shah muncul di pintu masuk Istana. Dia terkejut melihat Tun Merah pengsan di sisi Panglima Negeri.

" Adinda! Adinda!" Jerit Tuanku menggoncang tubuh Tun Merah. Permaisurinya itu tidak sedarkan diri. Baginda merenung Panglima Negeri dengan renungan tajam. Ia seperti renungan harimau ingin membaham mangsanya!

Puteri Buih 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang