Hari itu adalah titik terakhir yang bernoktah. Sultan Mahmud Shah tidak akan berpatah balik daripada keputusan baginda sebagai seorang pemimpin Raja-raja Melayu. Beberapa buah Kerajaan kecil dibawah naungan baginda telah menerima perutusan dari Kerajaan Johor-Riau dalam pengisytiharan perang di Selat Melaka terhadap Belanda. Amat mengecewakan sekali kepada baginda terdapat beberapa buah Kerajaan yang kecil dibawah naungan baginda telah belot dan tidak menyambut perutusan perang di Selat Melaka itu. Mereka tidak ikut serta malah ada yang berkhianat menyokong Belanda." Tidak ramai Raja Raja Kecil dibawah naungan Johor-Riau yang turut serta dalam perang ini. Ayahanda telah mengagaknya!" Titah Sultan Mahmud Shah sambil meletakkan sebuah alat untuk meneropong kapal kapal perang yang mulai mendekati perairan Selat Melaka.
" Benar ayahanda! Kerajaan Minangkabau dibawah jajahan Johor-Riau telah berpecah! Ada yang menyokong Belanda! Dan ada juga yang berdiam diri tanpa membalas perutusan ayahanda" Beritahu Tuah. Sultan Mahmud Shah mundar-mandir di hadapan bilik beradu baginda.
" Raja-raja Kecil dalam jajahan Johor-Riau telah belot! Cis!!!" Bentak Sultan Mahmud Shah. Dia sungguh murka!
" Usahlah ayahanda bimbang. Tentera Maharaja Zhang Daeng dan Maharaja Ong, berserta tentera Johor-Riau sudah cukup pada pandangan anakanda untuk kita menumpaskan Belanda" Balas Tuah cuba menenangkan Sultan Mahmud Shah.
"Tapi ayahanda kecewa dengan Raja-raja Kecil Melayu dan para pembesar mereka yang belot! Harapkan pegar, pegar makan padi!" Luah Sultan Mahmud Shah.
"Mereka yang belot pasti akan menyesal kerana mengkhianati tanah airnya!" Kata Tuah tegas.
"Jambi juga tak sudah ingin merampas Johor-Riau. Batu Sawar sudah menjadi tawanan mereka! Datuk Temenggung DiRaja terpaksa berundur ke Phang" Beritahu Sultan Mahmud Shah buntu. Baginda tiada pilihan lain lagi selain menyelamatkan cucundanya Puteri Buih. Sedangkan Jambi telah mengambil kesempatan menyerang Batu Sawar.
"Datuk Temenggung DiRaja serta keluarga baginda terpaksa menyelamatkan diri. Khabarnya Jambi telah menduduki dan merampas Istana Kota di Batu Sawar" Beritahu Tuah. Segalanya telah dijelaskan dalam surat yang diutuskan oleh Datuk Temenggung DiRaja kepadanya. Mujurlah Raja Ahmad telah dibawa ke Phang terlebih dahulu. Jika tidak tentu Raja Ahmad akan menjadi tawanan Raja Jambi.
Sedang Tuah dan Sultan Mahmud Shah berbual, Kasturi dan Lekir masuk mengadap. Mereka telah siap dengan pakaian kelengkapan perang yang di berikan Maharaja Zhang Daeng.
" Tuah, kita akan merapati Kota Belanda malam ini" Beritahu Kasturi. Sebuah Baju besi terikat rapi di badannya. Bentuk baju besi itu tak ubah seperti baju layang yang dipakai oleh orang-orang Melayu pada abad itu.
"Masing-masing telah diberi tugas. Hamba mahu kita menyerang mereka sebelum waktu subuh, semua kapal naikkan sauh malam ini juga!" Arah Tuah.
"Baik Tuah. Semua telah di atur seperti yang dirancang. Tapi...." Jawab Lekir.
"Tapi apa, Lekir?" Tuah mengerutkan dahinya.
"Tentera Monggol dibawah pimpinan Maharaja Ong dan Genghis Khan tidak bersetuju mereka hanya ditempatkan untuk menyekat kapal-kapal keluar dari pelabuhan Melaka! Mereka mempertikaikan tugas itu kerana mereka mahu ikut serta dalam menyerang Kota Belanda" Terang Lekir.
"Hamba mahu tentera Monggol bersedia dan berjaga di perairan sebagai langkah berjaga-jaga jika Alfonso cuba melarikan diri. Jika tentera Monggol naik ke daratan untuk menyerang Kota Belanda, siapa yang akan mengejar Alfonso jika dia melarikan diri?!" Kata Tuah tegas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Puteri Buih 2
FantasySebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...