Bab 31

465 21 0
                                    

           Tuah dan Sayyid Ali saling bersalaman. Rombongan kedatangan Sayyid Ali sangat meriah ke Tanah Abang. Dia turut membawa isterinya bersama.

       Permaisuri Kudu dan anak-anak mereka kelihatan sangat gembira kerana disambut meriah oleh orang-orang kampung di Tanah Abang. Malah Wan Zaleha juga turut serta dalam keluarga Sayyid Ali. Ada seorang anak kecil sedang didukung Wan Zaleha. Anak kecil itu kelihatan sungguh cerdik sambil melambai-lambai ke arah Tuah.

"Terima Kasih, Tuan Sayyid Ali" ucap Tuah selepas dia bersalaman dengan Sayyid Ali.

"Untuk apa Tuan Hamba ucapkan Terima Kasih? Apa yang saya lakukan?" Tanya Sayyid Ali kehairanan.

"Tuan Sayyid menjaga Wan Zaleha dan anaknya dengan baik sekali" Jawab Tuah. Sayyid Ali tersenyum.

" Itukan amanah yang diberikan kepada saya. Lihatlah anak lelaki Jebat, Wan Nadim...Dia sangat cerdik dan petah berkata-kata" Kata Sayyid Ali sambil menunjukkan Wan Nadim yang sedang bermain dengan anak perempuan Sayyid Ali.

"Alhamdulillah. Kalau begitu saya berharap sangat Wan Nadim dapat membantu Tuan Sayyid kelak di Pulau Besar" Kata Tuah tersenyum melihat telatah Wan Nadim dan anak perempuan Sayyid Ali.

" Saya dan keluarga tidak lagi berulang alik ke Pulau Besar. Tanah itu telah jatuh ke tangan Belanda-Siam. Para ulama dan cendiakawan kehilangan tempat dituju selepas kejatuhan Melaka....dan kini saya tidak dapat mempertahankan Pulau Besar lagi dari diambil alih oleh mereka"Cerita Sayyid Ali.

"Cis!!!sungguh tidak berhati perut bangsa asing itu! Merosakkan keamanan dan sumber rezeki di  Kepulauan Nusantara ini"Marah Tuah.

"Saya sudah tidak ada apa-apa lagi di sini.... Oleh itu kami sekeluarga telah mengambil keputusan untuk Pulang ke tempat asal saya. Inderapura juga akan diambil alih semula oleh Putera Mahkota Raja Abdullah. Khabarnya Raja Abdullah telah menemui kembali anak lelaki baginda" Cerita Sayyid Ali.

"Siapa anak lelaki Raja Abdullah? Setahu saya Inderapura adalah sebahagian dari Phang. Mengapa Raja Abdullah ingin mengambil alih Inderapura sedangkan sebelum ini Tuan Sayyid yang memajukan tanah jajahan itu sehingga menjadi kota yang gah dan indah" Kata Tuah menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Dahulu keluarga Diraja Phang berantakan disebabkan Raja Abdullah berbalah dengan Tok guru yang mengajarkan ilmu kesaktian kepada Putera baginda. Khabarnya Putera baginda dihantar menuntut ilmu mempertahankan diri di sebuah gunung untuk mendapatkan ilmu Sakti. Jadi Raja Abdullah menghantar Puteranya ke sana sejak kecil lagi. Tetapi ada perbalahan yang berlaku kerana Putera baginda tidak dididik dalam agama Islam...malah menganuti agama Hindhu-Buddha. Maka disebabkan itu Raja Abdullah sangat murka kepada tok guru yang diamanahkan mengajar ilmu kesaktian kepada puteranya. Baginda telah pergi mencari Puteranya, tapi khabarnya Putera baginda telah disembunyikan oleh Tok guru itu. Mereka menggunakan ilmu sihir dan ghaib sehingga Raja Abdullah tidak dapat menemui anaknya lagi"Cerita Sayyid Ali.

"Habis tu mengapa Tuan Sayyid ingin pulang ke tempat asal. Bukankah Putera Raja Abdullah akan kembali? Tuan Sayyid  tentu boleh bekerjasama dengan mereka"Pujuk Tuah sambil memandang tepat ke wajah Sayyid Ali yang agak muram.

"Tidak Tuah...Keadaan perdagangan di sini sudah tidak sama seperti dahulu. Melaka juga sudah jatuh ke tangan Belanda-Siam.. perdagangan saya sudah tidak berapa baik. Banyak orang-orang saya yang pulang semula ke tempat asal kami di Tanah Arab. Begitu juga saya...kami sekeluarga terpaksa memutuskan semua ini demi kebaikan. Dengan sedikit harta yang kami kumpulkan sebelum ini, dapat juga saya bawa keluarga kami pulang ke sana" Jelas Sayyid Ali sayu.

"Kalau begitu apa akan terjadi dengan perdagangan Tuan Sayyid?Bagaimana dengan perusahaan kapal Tuan Sayyid?" Soal Tuah bertalu. Dia tidak berpuas hati dengan keputusan Sayyid Ali. Malah seluruh Armada tentera Kerajaan Melaka sudah lama bergantung harap kepada perusahaan pembuatan kapal yang diterajui Sayyid Ali. Jika Sayyid Ali pulang ke Tanah Arab tiada siapa lagi akan membantu mereka? Seluruh  saki baki tentera Kerajaan Melaka di lautan akan kehilangan tempat untuk berlabuh. Tempat untuk mereka berkumpul sambil membetulkan kapal mereka.

"Maafkan saya Tuah! Saya tak dapat lagi membantu kalian di sini. Tetapi saya ada sesuatu untuk Tuan Hamba" kata Sayyid Ali memegang bahu Tuah.

"Apakah Tuan Sayyid?" Tuah sedikit teruja. Sayyid Ali bangun dari duduknya sambil berjalan ke hujung serambi. Dari situ mereka dapat melihat pelabuhan dengan jelas.

"Itu untukmu..." Kata Sayyid Ali menunjukkan ke sebuah kapal besar di pelabuhan.

"Untuk saya??Bukankah itu kapal yang Tuan Sayyid naiki tadi? Jika itu untuk saya bagaimana Tuan Sayyid ingin pulang ke Tanah Arab" Tuah mengerutkan dahi.

"Oh...itu bukan kapal yang saya naiki tadi. Cuba Tuan Hamba lihat betul-betul kapalnya" terang Sayyid Ali tersenyum.

"Kapal itu kelihatan sama bentuknya seperti kapal Cinta Berahi milik saya dan Puteri Lipur..."Kata Tuah perlahan. Dia begitu keliru kerana Kapal Cinta Berahi miliknya satu ketika dahulu lebih kecil. Sedangkan Kapal yang ditunjukkan oleh Sayyid Ali itu agak besar sekali.

"Benar Tuah, itu memang Kapal Tuan Hamba. Saya telah membaik pulih dan mengubah sedikit bentuk dan peralatannya. Tuan Hamba telah lupa sebelum Tuan Hamba pergi dahulu, Tuan Hamba telah meninggalkan seluruh Kapal Perang Tentera Melaka kepada saya....jadi semua kapal itu telah saya ubah suai serba sedikit termasuk kapal Cinta Berahi milik Tuan Hamba ini" Jelas Sayyid Ali.

"Benarkah Tuan Sayyid??Kapalnya sungguh cantik dan besar daripada sebelum ini" Kata Tuah sedikit teruja.

"Benar Tuah. Saya memulangkan kembali Kapal ini kepada Tuan Hamba" Terang Sayyid Ali memegang bahu Tuah.

"Sayangnya Puteri Lipur telah tiada, Tuan Sayyid. Apalah gunanya Cinta Berahi saya kepadanya lagi. Kapal itu memberi banyak kenangan kepada kami berdua.."Tutur Tuah sayu. Wajahnya kelihatan muram dan dia merenung jauh ke arah Kapal pemberian Sayyid Ali itu.

"Sudahlah Tuah. Setiap yang pergi tak akan kembali lagi. Tuan Hamba terimalah kapal itu untuk perjuangan Tuan Hamba di Tanah Abang ini. Saya sentiasa menyokong Tuan Hamba walau saya telah pulang ke Tanah Arab" Kata Sayyid Ali.

"Kalau untuk perjuangan Bumi Melayu ini, saya sudi menerimanya. Terima Kasih Tuan Sayyid" Ucap Tuah.

"Mungkin nama Kapal Cinta Berahi itu patut Tuan Hamba tukarkan kerana ia membuat Tuan Hamba bersedih hati..."Nasihat Sayyid Ali.

"Apalah lagi nama yang patut saya fikirkan....saya bukanlah Laksamana Melaka lagi...saya telah menjadi pemendam rasa selepas kehilangan Puteri Lipur"Keluh Tuah.

"Mungkin Kapal itu sesuai dinamakan Kapal 'Mendam Berahi' sempena menyatakan perasaan Tuan Hamba kepada Puteri Lipur" Cadang Sayyid Ali sambil tersenyum penuh makna. Tuah terdiam mendengar nama 'Mendam Berahi'. Tetapi jauh di sudut hati, dia begitu tersiksa merindui Puteri Lipur yang telah tiada. Sungguh pun dia mula menyukai Jamilah anak kepada Syekh Abdullah... Tetapi mereka telah terpisah kerana tugas dan taat setianya kepada Sultan.

'Mendam Berahi' getus hati Tuah sambil membayangkan sebuah tulisan jawi yang terukir disudut kapal itu.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now