Bab 76

66 4 0
                                        

Langit pagi di Sungai Batu disinari cahaya kemilau keemasan. Kabus yang menyelubungi sungai seolah-olah mengundur, memberi laluan kepada rombongan yang meninggalkan perkampungan suci itu. Di barisan hadapan, Panglima Awang berdiri megah, walaupun bahunya berat dengan usia dan beban negara. Di sisinya, Raden Putra dan Jamilah memegang erat bayi Puteri Buih iaitu waris Melaka yang kini menjadi harapan terakhir.

Di belakang mereka, Puteri Buih diam membisu. Namun jiwanya bergelora. Pandangan matanya tajam menembusi kabus pagi, seakan dapat membaca petanda masa hadapan. Langkah demi langkah mereka menuju ke pangkalan rahsia di tepi Teluk Yan, tempat di mana bala tentera dari Langkasuka bakal berlabuh.

Malam itu, angin timur berubah arah. Kabus semakin menebal. Para pendekar mendirikan khemah sementara di bawah pohon besar, Puteri Buih pulak telah bermimpi. Dalam mimpinya, dua ekor naga terbang dari dasar laut .

Nagasari yang bersisik perak dan Saktimula yang bermata emas. Kedua-duanya mengelilingi langit Gunung Jerai, lalu mengaum ke arah barat... ke arah Kota Melaka.

Puteri Buih terjaga. Peluh dingin membasahi dahinya. Dia memandang bayi di sisinya. Cahaya lembut keluar dari dahi anak itu. Jamilah tersedar dan terkejut melihat sinaran itu, namun Puteri Buih memegang tangannya dan berbisik,

"Dia telah dipanggil... naga itu tahu darah siapa yang mengalir dalam anak ini."

"Sudah tentu Nagasari tahu kerana ia yang menyambut kelahiran bayi mu" kata Jamilah tersenyum.

Jamilah menggenggam tangan Puteri Buih, puteri itu masih terpinga-pinga.

"Bonda Jamilah... tadi... saya nampak cahaya dari dahi anakanda. Apakah itu kuasa kaum bunian?"

Jamilah mengangguk perlahan, lalu memandang ke arah bayi yang kini tenang dalam pelukan ibumya.

"Kuasa itu lebih daripada sekadar cahaya. Anak ini... dia membawa warisan purba. Dalam darahnya mengalir sihir kuno dari sebelah ibumu, kuasa untuk mengubah bentuk segala makhluk, sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan."

Puteri Buih terdiam.

"Mengubah bentuk?" dia mengulang, hampir berbisik.

"Ya," jawab Jamilah perlahan. "Jika dia ketakutan, atau terancam... tubuh kecil itu akan memanggil perlindungan alam. Ada yang telah kami lihat... seekor ular bertukar menjadi batu. Seekor kuda perang penjajah, menjadi belalang dan melompat ke dalam api. Kuasa itu bukan mainan. Dan ia akan semakin kuat bila dia semakin dewasa."

Puteri Buih memandang bayi itu dengan rasa kagum dan gerun yang bersatu.

"Maka benar kata bapa saya... waris ini bukan sekadar pewaris takhta... tetapi penjaga imbangan dunia."

Puteri Buih menoleh ke arah Jamilah, suaranya semakin tegas.

"Sebab itu dia mesti dijaga. Jika jatuh ke tangan yang salah, seluruh alam akan terbalik. Kuasanya mampu menyelamatkan... atau menghancurkan."

Jamilah menggenggam bayi itu lebih erat, dan bersumpah dalam hati Dan kepada Puteri Buih dia akan menjadi perisai kepada waris Melaka, walau nyawanya menjadi taruhan. Ya harimau putih penjaga leluhur keturunanmu..,bisik Jamilah sambil mengusap dahi bayi Puteri Buih.

Di balik tembok batu yang dibina semula oleh penjajah British, situasi semakin genting. Tentera-tentera upahan dari India, China, dan Eropah berkeliaran tanpa arah. Kematian Arthur menyebabkan perebutan kuasa meletus. Sementara itu, Syaikh Zainal Abidin terus berdakwah dalam diam dan dia bukan sekadar penyair, tetapi pengatur gerakan bawah tanah. Belia Melayu yang selama ini terbiar, kini kembali berlatih tetapi bukan dengan senjata, namun dengan niat.

Di sebuah masjid lama yang hampir roboh, Syaikh Zainal Abidin berdiri di hadapan pemuda-pemuda tempatan.

"Kita tidak akan menang kerana kita ramai, Tapi kerana kita benar.
Dan kebenaran itu wahai saudara-saudaraku, Telah dijanjikan tidak akan padam."

Di Laut Selat Melaka Dan di Atas Kapal Perang Utama Langkasuka

Kapal perang Langkasuka, "Sri Bintang Timur", kini berlayar perlahan di tengah laut bergelora. Di geladak atas, satu majlis tertutup sedang berlangsung. Di bawah cahaya suluh minyak dan layar runcing yang berkibar tinggi, enam tokoh utama berdiri mengelilingi peta lama Kota Melaka yang terbentang di atas meja kayu jati.

Sultan Mahmud Shah, meskipun tubuhnya uzur, bersandar dengan gagah. Di sisinya, Raden Putra, Panglima Awang, dan Tengku Munir. Manakala dari pihak Langkasuka, Sultan Muzaffar Shah dan panglima utamanya Tengku Saifuddin hadir lengkap dengan jubah perang dan ikat kepala bersulam benang perak.

Sultan Muzaffar Shah membuka bicara, suaranya dalam dan tegas,

"Kita takkan menyerang Kota Melaka seperti mana musuh menyerang kita. Kita bukan penjajah. Kita mahu rakyat bangun bersama, bukan tunduk kepada pedang."

Tengku Saifuddin menambah sambil menunjuk ke peta,

"Pelabuhan barat dijaga rapi oleh tentera British, tapi ada lorong air dari muara Sungai Duyong. Kita boleh masuk waktu malam, dengan kapal kecil."

Panglima Awang bersuara rendah tetapi mantap,

"Orang dalam sudah sedia. Syaikh Zainal Abidin akan nyalakan api dari menara Masjid Kampung Hulu pada malam serangan. Itu isyarat kita."

Raden Putra meletakkan satu batu kecil di atas peta, mewakili posisi naga,

"Dan naga akan turun dari Gunung Ledang. Bila langit terbuka dan naga muncul, tentera penjajah akan panik. Saat itu, kita pecah masuk dari tiga arah iaitu pelabuhan, pasar lama, dan jalan ke istana."

Sultan Mahmud Shah bersuara perlahan, hampir seperti doa,

"Beta telah tua... tetapi beta ingin lihat Melaka bebas sebelum nyawa berakhir. Rakyat perlu melihat bendera Melaka berkibar di atas Kota A Famosa semula."

Tengku Munir bangkit berdiri tegak, tangannya dikepal,

"Biar darah kami jadi harga kebangkitan itu, Tuanku."

Sultan Muzaffar Shah menutup peta, lalu menatap kesemua yang hadir.

"Malam ketujuh bulan penuh, kita bergerak. Langkasuka tidak akan berpaling. Dan Melaka... akan bangkit dengan maruahnya."

Dari atas langit, bulan hampir penuh. Ombak mula menderu perlahan ke arah barat, seakan alam turut merestui rancangan itu.

Di Gunung Ledang, seekor harimau putih muncul di lereng hutan. Matanya bersinar, dan bulunya berkilau di bawah sinar bulan. Ia adalah Jamilah, yang telah diwarisi roh pelindung dari keturunan Syekh Abdullah. Dia telah menjelma dalam wujud asalnya sebagai pelindung bunian dan penjaga waris Melaka.

Sementara di puncak gunung, dua naga iaitu Nagasari dan Saktimula turut menunggu panggilan terakhir. Mereka hanya akan bergerak apabila waris sah Melaka menuntut takhta.

Beberapa hari kemudian, rombongan dari Langkasuka yang diketuai Tengku Saifuddin tiba bersama ratusan tentera dan kapal layar bersenjata. Di Sungai Muar, mereka berkumpul dengan saki baki pendekar dari Pahang, Johor, dan Sungai Batu.

Puteri Buih berdiri di atas batu tinggi di tebing sungai. Di tangan kanannya tergenggam keris pusaka lama iaitu keris ibunda yang dahulu pernah disembunyikan oleh bunian. Di sisinya, Panglima Awang mengangkat panji Melaka yang telah lama tidak berkibar.

Mereka tidak menyerang terus. Sebaliknya, gerakan rahsia bermula dengan sabotaj, racun, serangan hendap, dan risikan. Syaikh Zainal Abidin mengatur dari dalam kota, dan akhirnya malam yang ditunggu tiba.

Pada malamyang ditungu- tunggu itu bulan penuh, dua naga akhirnya muncul dari langit. Kota Melaka bergoncang. Tentera British bergegas ke pelabuhan, namun kapal-kapal mereka telah terbakar. Ia dibakar dari dalam oleh para pemberontak yang diketuai anak-anak muda Melayu.

Harimau putih mengaum dari atas Bukit St. Paul.

Raden Putra menunggang Nagasari. Puteri Buih dan Jamilah menunggang Saktimula bersama bayi waris. Dari udara, mereka melihat panji Melaka berkibar semula di benteng kota.

Syaikh Zainal Abidin membuka serban dan berdiri di tengah medan.

"Tuah... kembali."

Pertempuran di kota Melaka berlaku lagi ........

Puteri Buih 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang