Bab 4

1.4K 23 0
                                    

    Rumah Datuk Syaaban kelihatan lengang. Perkampungan menjadi hening dan suram. Pintu-pintu rumah ditutup rapat. Ketakutan  rakyat jelata menyelubungi setiap wajah mereka. Perkampungan seperti dilanggar Garuda.

     Seluruh keluarga Datuk Sya'aban di Gangga Negara telah dibawa oleh hulubalang Istana ke tapak hukuman bunuh. Mereka hanya menurut perintah Sultan Mahmud Shah. Datuk Syaaban yang telah lemah kerana sakit turut diikat dan dibawa sekali. Tun Dalap menangis teresak-esak kerana melihat kesakitan yang ditanggung oleh ayahandanya. Anak-anak lelaki Datuk Syaaban diikat dan di baringkan di atas tanah. Hulubalang DiRaja berbaris rapat mengelilingi tapak hukuman bunuh yang telah dipersiapkan.  Hukuman bunuh itu akhirnya dijalankan atas titah perintah Tuanku.

     " Ampun Tuanku, seluruh keluarga Isteri Jebat telah dihukum bunuh atas titah perintah Tuanku. Kami telah menyelesaikan tugas kami, tuanku" Beritahu Datuk Maharaja DiRaja. Dialah yang menggantikan tugas Datuk Bendahara Perak.

     "Benarkah seluruh keluarga si pendurhaka itu telah dihukum bunuh?" Soal Tuanku Sultan Mahmud Shah kerana masih sangsi dengan tugas para pembesarnya.

     "Ampun Tuanku, setelah diusul periksa ada seorang lagi anak perempuan keluarga Isteri Jebat. Tetapi dia tidak tinggal di Ganggu Negara" Beritahu Datuk Maharaja DiRaja.

    "Siapakah anak perempuan mereka itu?" Soal Tuanku Sultan Mahmud Shah seperti tidak berpuas hati.

    "Ampun Tuanku. Anak perempuan mereka yang seorang itu bernama Tun Merah. Dia telah berkahwin dengan lelaki dari Langkasuka, Ampun Tuanku" Beritahu Datuk Maharaja DiRaja.

     "Jika seorang anak perempuan mereka tidak dibunuh, maka apa guna beta memberi titah perintah kepada para pembesar semua!" Tuanku bangun dari singgahsananya. Baginda begitu sedih dengan kematian Puteri Lipur, Puteri kesayangannya. Selagi seluruh keluarga Jebat tidak dihukum bunuh dari atas tanah jajahannya, baginda tidak akan berpuas hati.

    "Ampun Tuanku, Tun Merah berada di Langkasuka.....jadi apa harus kita lakukan?" Jelas Datuk Maharaja DiRaja.

     "Adakah itu yang patut beta fikirkan sedangkan semua para pembesar tahu apa yang harus dilakukan!" Titah Tuanku Sultan Mahmud Shah merenung kesemua para pembesarnya.

     "Ampun Tuanku, Langkasuka dibawah pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menangkap rakyat baginda. Rakyat baginda adalah orang-orang darat yang sangat mahir bermain senjata" Terang Datuk Maharaja DiRaja.

    "Kalau begitu hantarkan titah pesanan beta kepada Sultan Mudzaffar Shah. Baginda adik beta, tentu sahaja titah perintah beta dipersetujui" Kata Tuanku Sultan Mahmud Shah.

     "Ampun Tuanku, Patik menjunjung titah perintah tuanku" Kata Datuk Maharaja DiRaja sambil berjalan mengundur ke belakang. Dia terpaksa menyiapkan kelengkapan kapal untuk belayar ke Langkasuka  atas perintah Tuanku.
 
        Perangai Sultan Mahmud Shah sangat berubah selepas peristiwa Jebat menjadi pendurhaka. Baginda tidak suka bertolak ansur lagi dengan para pembesar dan rakyat. Sengala titah perintah baginda harus dituruti. Jika tidak baginda akan murka dan terus membunuh orang dihadapannya. Malah sikap bagnda yang kasar dan perengus semakin menjadi-jadi. Baginda jarang turun mencemar duli ke tanah daratan untuk bersama rakyat. Malah baginda semakin digeruni dan ditakuti oleh semua orang.

     "Sudahlah kanda...sampai bila kanda ingin berdendam. Kanda seorang Sultan. Jika kanda bersikap begini semua orang akan takutkan kanda...tetapi mereka tidak akan hormat kepada kanda" Nasihat permaisuri Ratna Gumilah Sari. Sultan Mahmud Shah mundar mandir di bilik peraduannya sambil menggenggam hulu keris di pinggangnya.

    "Dinda tak faham apa yang kanda rasa. Puteri kesayangan kita telah dibunuh!, cucu tunggal kanda hilang! Cuba dinda beritahu, bagaimana kanda boleh tak marah....bagaimana kanda boleh tak berbuat apa-apa..Hamba rakyat tidak tahu apa yang kanda alami dan rasakan...kanda difitnah bersengkokol bersama Belanda Siam sedangkan yang sebenar nya kanda diugut.....bagaimana kanda menghadapi semua itu sebelum ini..tiada siapa yang tahu" Balas Tuanku memandang ke arah permaisurinya.

    "Tapi apa yang kanda lakukan sekarang sangat kejam!!!Kanda bunuh keluarga yang tidak bersalah..." Jelas permaisuri Ratna Gumilah Sari.

     "Dinda tidak boleh katakan begitu kepada kanda. Sekarang kanda seorang Sultan  yang menguasai perairan Selat Melaka....kanda berkuasa untuk lakukan apa saja kepada hamba rakyat yang mendurhaka. Dinda jangan masuk campur urusan kanda!" Bentak Tuanku meninggalkan Permaisuri Ratna Gumilah Sari. Air mata perempuannya tumpah ke pipi. Dia tahu kenapa perangai Tuanku Sultan Mahmud Shah berubah..tetapi dia tidak mampu menahan segala tindakan Tuanku.

****

Sedangkan di Istana Langkasuka, Tun Merah tidak tahu langsung apa yang terjadi kepada keluarganya. Dia sangat bahagia bersama Sultan Mudzaffar Shah dan isteri pertama baginda. Malah dia telah diterima dengan baik oleh permaisuri Terung.

     "Kanda tak puas lagi bersama dinda...sudah berbulan kanda menabur benih tapi tiada hasilnya!" Kata Tuanku Sultan Mudzaffar Shah mengusap dahi dan rambut isterinya.

    "Itu bukan salah dinda...kanda yang menanam benih tak bertunas!" Balas Tun Merah manja. Dia merenung mata suaminya yang semakin galak dan ghairah untuk memulakan aksi pelayaran.

    "Ooo...dinda mengusik kanda ya. Kononnya benih tak bertunas,,,dinda tak tahu tanah gersang pun akan banjir dilimpahi air kalau kanda yang membajaknya..."Balas Tuanku terus merangkul Tun Merah sambil mencium tengkuk isterinya. Mereka bergurau senda usik mengusik di atas katil. Tun Merah ketawa manja sambil meronta-ronta kegelian. Lama kelamaan hilai tawa itu bertukar menjadi suara desahan nikmat dan kemanisan suami isteri.

    Tuanku mencapai kain basahannya setelah keletihan berhempas pulas bersama isterinya. Baginda tidak mengira yang ke berapa ratus kali dia menabur benih ke dalam rahim isterinya, tetapi Tun Merah masih tidak mengandung. Dia tidak sabar untuk mendapat anak bersama Tun Merah.

     " Abang marahkan Dinda...?" Soal Tun Merah selepas membersihkan kesan perbuatannya dan suami.

    "Marah?..Kenapa kanda mesti marah..kanda sangat sayangkan dinda" Jawab Tuanku tersenyum kepuasan.

    " Sudah penat kanda berhempas pulas untuk kita mendapat zuriat..tapi dinda tidak juga ada tanda  untuk mendapat zuriat. Itu sebab dinda telah meminta panglima negeri ke Gangga Negara untuk bertemu ayahanda dinda" Kata Tun Merah.

     " Dinda menghantar panglima negeri bertemu ayahanda dinda..untuk apa? Apakah kaitan kita tidak mendapat zuriat dengan ayahanda dinda?" Soal Tuanku Sultan Mudzaffar Shah mengerutkan dahinya.

    "Kalau kanda nak tahu, ayahanda dinda pandai mengubat orang. Itu sebab dinda meminta ayahanda dinda  untuk membuat ubat supaya dinda dan kanda boleh mendapat zuriat" Terang Tun Merah.

    "Kenapa dinda tidak memberitahu kanda yang ayahanda dinda pandai mengubat? Lebih elok kita sahaja belayar pulang ke Gangga Negara" Kata Sultan Mudzaffar Shah.

    "Tak mengapalah, kanda. Dinda Sudah menghantar Panglima negeri ke sana" Terang Tun Merah tersenyum.

    "Sementara kanda dan dinda menunggu ubat dari ayahanda dinda...apa kata kanda ubatkan dinda dahulu" Kata Tuanku mempamerkan kenakalannya.

     "Dinda tak mahulah...Sudah berapa kali kanda mengubat dinda...dinda nak mandi" Balas Tun Merah berkemban menuju kolam mandi mereka. Dengan pantas Tuanku menarik tangan Tun Merah.

    "Marilah dinda...di kolam mandi pun boleh kanda ubatkan" Pujuk Tuanku. Tun Merah membalas renungan mata suaminya.

    "Hmm..mari kanda dinda pun tiba- tiba menjadi tak tertahan rasanya.."Tawa Tun Merah berlari ke pelantar kolam mandi mereka. Dua pasangan sejoli itu mengulangi lagi perbuatan mereka. Keindahan dan kemanisan itu dimiliki oleh mereka berdua.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now