Bab 79

59 2 0
                                        

        Kabut pagi menyelubungi kaki Gunung Ledang, bagaikan tabir sakti yang melindungi rahsia ribuan tahun. Hutan menghijau tenang, namun angin yang bertiup membawa bisikan halus seolah-olah menyambut kedatangan mereka yang telah ditakdirkan.

      Puteri Buih berdiri di hadapan lereng itu, matanya terpejam, merasakan gema suara Tok Ma dalam kalbu. Di sisinya, Hang Tuah memegang tongkat sakti warisan Datuk Laksamana, manakala Raden Putra menggenggam erat keris pusaka berdarah.

"Kita mula dari sini,"ujar Puteri Buih perlahan. "Tok Ma berkata,bulan di tangan kanan, matahari di balik bukit bermakna pintu masuk bukan di permukaan. Ia pasti tempat yang membelakangkan matahari tenggelam. Ya ianya di air terjun tempat beta bermain semasa kecil"

"Ia hanya akan terbuka apabila darah keturunan Langkasuka menyentuh batu bersurat lama." Bisik Sultan Muzaffar Shah tiba tiba. Baginda permah melihat Batu itu sewaktu menjejaki puteri Buih semasa puteri itu masih kecil. Tapi untuk masuk ke dalam mereka memerlukan perenang yang hebat. Siapakah perenang itu?

   Dengan tiba tiba Puteri Buih terjun ke dasar sungai dan kembali dengan membawa sebiji Batu bersurat.

   Sayyid Ali meneliti ukiran batu yang tertanam di dasar air terjun. Dengan bantuan Jamilah, mereka membersihkan permukaan batu, lalu terbaca tulisan kuno di atas Batu itu.

     "Darah warisan Raja Perang, nyalakan nyala suci di pintu perbendaharaan agung."

Raden Putra mencucuk jari ke mata keris dan menyapu titisan darah ke ukiran itu. Tiba-tiba, air terjun bergegar dan batu besar terbelah, menampakkan laluan bawah tanah yang berpintukan ukiran naga dan harimau.

"Masuklah. Kita hanya ada satu peluang," bisik Puteri Buih.

Mereka menuruni tangga berliku, disinari cahaya suluh dan obor. Di dalam, dinding batu dihiasi emas pudar dan lukisan zaman purba ia adalah gambaran naga langit, raja-raja Melayu berserban tinggi, dan satu binaan raksasa berbentuk piramid berdinding batu emas, terletak di tengah ruang besar bawah tanah.

"Ini... bukan sekadar gua," kata Sayyid Ali kagum. "Ini kuil ilmu dan kekayaan. Dibina ribuan tahun sebelum Melaka."

    Di tengah dewan, mereka menemui tujuh patung besar raja terdahulu, dan di hadapan patung paling agung terdapat sebuah peti berlapis emas, disegel dengan mantera kuno.

    Puteri Buih menghampiri, dan suara ghaib bergema,

"Wahai waris Langkasuka... apakah kau datang untuk mengaut, atau untuk mengangkat bangsa?"

       Puteri Buih meletakkan tangan di dada dan menjawab, "Aku datang untuk mengangkat. Agar Melaka tidak lagi menjadi jajahan."

    Mantera pun terlerai. Peti terbuka. Di dalamnya  emas jongkong, batu permata, sebutir geliga bercahaya, dan manuskrip kuno bertulis Perjanjian Warisan Alam Melayu.

     Hang Tuah bersujud syukur. Raden Putra menitiskan air mata. Jamilah menggenggam kuat tangan Puteri Buih.

     Namun sebelum sempat mereka keluar, tiba-tiba lantai bergoncang. Suara letupan dan derapan kaki kedengaran dari luar.

"Musuh!" jerit Panglima Awang yang menjaga di atas.

     Orang Besar Paduka Tua telah menjejak mereka! Belanda dan Siam yang bersatu telah mengepung kaki Gunung Ledang, bersama bala tentera Johor. Perang bakal meletus di puncak paling suci bangsa Melayu.

        Kabut yang tadinya lembut kini berubah menjadi asap tebal. Langit di puncak Gunung Ledang menjadi kelam, seolah-olah turut bersedih atas ancaman terhadap khazanah bangsa yang baru ditemui. Jeritan burung-burung hutan kedengaran bertempiaran, tanda alam turut merasai gelombang kedatangan bala tentera.

"Lindungi manuskrip itu!" arah Hang Tuah kepada Sayyid Ali sambil mencabut Taming Sari yang berkilat menyala dengan aura magis.

        Di luar gua, Panglima Awang dan beberapa pendekar Langkasuka sudah bersiap siaga di kedudukan tinggi, memanah dari celah celah batu. Panah api mula membelah udara. Askar Belanda dengan senapang dan meriam, diketuai oleh Jeneral Wouter van Rijn, mara bersama tentera Belanda dan Siam.

"Tuanku! Mereka punya meriam besar! Kita tidak mampu bertahan lama!" jerit Panglima Awang.

          Sultan Mahmud Shah melangkah keluar dari pintu batu, mengangkat tangan tinggi sambil melaungkan, "Demi bumi ini, beta rela mati di puncaknya!" Seruan baginda membakar semangat tentera Melayu. Dari celah hutan, tentera Langkasuka yang bersembunyi muncul serentak bagaikan bayang-bayang silam yang bangkit.

      Puteri Buih meletakkan geliga yang ditemui ke dalam lekuk di dinding gua. Tiba-tiba, bunyi gemuruh bergema dan seekor naga putih menjelma dari langit yang mendung, bersama Harimau Putih jelmaan Jamilah yang kini melepaskan kekuatan penuhnya.

     Naga itu, Nagasari, melingkar di udara dan menghembus api biru ke arah meriam Belanda. Jamilah menerkam khemah utama musuh, melumpuhkan barisan depan pasukan Orang Besar Paduka Tua yang mengkhianat.

     Raden Putra menunggang Nagasari ke langit. Dari atas, dia melaungkan, "Bangkitlah, waris bumi ini! Jangan biar darah pahlawan menjadi sia-sia!"

      Gelombang demi gelombang musuh mula gugur, namun tentera musuh tidak henti datang. Puteri Buih, yang masih berada dalam kuil bawah tanah, membuka bahagian lantai kedua peti lama. Di situ tersimpan satu bendera hitam bersulam emas. Ia adalah  bendera lama Langkasuka, berukir simbol naga, harimau dan keris bersilang.

        Dia membawa keluar bendera itu dan mengangkatnya tinggi, lalu berkata, "Dengan ini, beta isytiharkan kebangkitan kembali Perjanjian Warisan Alam Melayu!"

      Bendera itu bersinar, dan satu ledakan cahaya menyebar ke seluruh Gunung Ledang. Setiap anak watan yang berada di gunung itu terasa kekuatan roh nenek moyang mereka menyatu dalam jiwa. Bahkan bumi bergetar serta menyekat laluan tentera musuh dari mendaki lebih tinggi.

      Namun, musuh tidak mudah menyerah. Orang Besar Paduka Tua sendiri muncul, mengenakan baju besi Belanda dan menyertai musuh Siam di barisan depan.

"Langkasuka tidak akan hidup kembali selagi aku masih bernafas!" jeritnya.

       Hang Tuah melangkah ke hadapan, bersemuka dengan pengkhianat itu. Mereka saling beradu mata. "Engkau tidak layak memegang nama Paduka Tua. Engkau jual warisan bangsa untuk kuasa yang tidak kekal!"

Mereka mula bertarung, perlawanan keris bertemu keris  di hadapan pintu rahsia yang terbuka luas, sementara di sekeliling, naga dan harimau putih mempertahankan tempat suci bangsa itu daripada dihancurkan dan dicerohi oleh para tentera Orang Besar Paduka Tua serta tentera Belanda Siam.

     Beberapa orang tentera Belanda cuba menyerbu masuk ke hadapan pintu masuk  kuil piramid tempat penyimpanan harta Kerajaan Melaka tetapi apabila terpandang Nagasari dan harimau putih mereka lari bertempiaran. Gelonbang Sakti Nagasari tidak dapat ditembusi mana-mana manusia. Seketika seluruh tentera Belanda Siam Dan Orang Besar Paduka Tua hilang jejak jalan masuk ke piramid Gunung Ledang tersebut. Mereka Mula terpinga pinga seperti mencari sesuatu tepi keadaan menjadi lengang. Seluruh kawasan menjadi senyap sunyi. Dengan tidak disangka kesemua pihak musuh Mula berundur. Puteri Buih berasa lega Dan memeluk Jamilah yang telah bertukar menjadi manusia semula.

     "Jangan terlalu cepat berasa gembira, mereka belum berputus asa..." Kata Hang Tuah tiba tiba. Matanya merenung ke arah selat Melaka. Beribu ribu kapal perang Belanda membanjiri laut selat Melaka. Mereka semua terkejut dan berasa sangat kecewa Dan hampir putus asa.

      "Impian untuk Melaka kembali kepada kita begitu kelam..." Titah Sultan Mahmud Shah keletihan.

    Kesemua mereka sailing berpandangan tanpa menjawab sepatah pun titah dari Sultan Mahmud Shah. Masing Masing mula duduk di tepi pintu masuk ke piramid Gunung Ledang itu. Ada keputusan dan pengorbanan yang terpaksa mereka lakukan.

Puteri Buih 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang