Sultan Mudzaffar Shah telah sedarkan diri. Perlahan-lahan baginda membuka mata. Kesakitan yang amat sangat telah beransur hilang. Kedua orang permaisurinya sangat bersyukur kerana Sultan Mudzaffar Shah telah sembuh dari terkena bisa ular naga. Jamilah telah memberi minum Sultan Mudzaffar Shah semangkuk air embun yang di dalamnya terendam dua biji geliga ular naga. Selepas meminum air itu, tangan baginda kembali pulih dan kesakitan yang dialami baginda telah hilang.
Berita baik itu disambut gembira oleh semua pembesar dan pengikut Kerajaan Langkasuka. Malah seluruh orang-orang Sultan Mudzaffar Shah tidak sabar untuk pulang semula ke Langkasuka. Mereka semua merindui kampung halaman masing-masing. Malangnya mereka tidak tahu, Langkasuka telah jatuh ke tangan Maharaja Ong Maha Perita Deria.
"Mengapa Tuan Guru tidak membenarkan beta pulang?" Soal Sultan Mudzaffar Shah.
"Ampun Tuanku. Keadaan Tuanku belum begitu sembuh lagi. Seeloknya Tuanku tinggallah di Gunung Jerai ini untuk beberapa purnama lagi" Jawab Syekh Abdullah.
"Oh ..Beta rindukan hamba rakyat beta...bagaimana keadaan mereka agaknya" kata Tuanku cuba duduk bersandar di katil beradu baginda.
Syekh Abdullah terdiam mendengar jawapan baginda. Di sudut khemah itu, Puteri Buih hanya memandang keadaan Tuanku yang semakin pulih. Dia berjalan menuju ke tempat Datuk Bendahara Perak dan Tuah berada.
"Pakcik, apakah khabar berita dari Langkasuka?" Soal Puteri Buih setibanya dia di hadapan Tuah. Lelaki yang bertubuh sasa itu tidak berbaju. Dia baru lepas berlatih silat di atas sebuah pokok kayu yang tumbang di Gunung Jerai itu.
"Orang-orang Datuk Bendahara Perak di Klang telah mengirimkan berita kurang enak...Mereka baru tiba di Gunung Jerai semalam. Kata mereka keadaannya dari Melaka hingga ke Klang, termasuk Gangga Negara telah di tawan Kompeni Belanda. Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Johor-Riau. Baginda telah mendapat perlindungan dari Sayyid Ali" Beritahu Tuah sambil duduk di hadapan Datuk Bendahara Perak.
"Apa?!! Belanda telah kembali menawan Melaka dan Klang? Bukankah tentera mereka sedikit sahaja? Bagaimanakah tiba tiba sahaja mereka menjadi kuat dan mengambil alih semula Melaka?"Puteri Buih berasa hairan. Belum pun habis kisah tentera Monggol di Langkasuka, kini dia mendengar kisah tentang Melaka pula.
"Kompeni Belanda telah bergabung dengan beberapa buah negara besar termasuk British. Sebelum ini mereka cuma bergabung dengan Siam, tetapi kali ini, mereka telah bergabung dengan kuasa lain. Kekuatan mereka bertambah lagi. Peperangan di Langkasuka memberi peluang kepada mereka untuk kembali menguasai jalan Laut dan perairan di Selat Melaka" Terang Tuah.
"Kasihan Melaka...sering sahaja menjadi rebutan...bilakah ia akan kembali kepada pemerintahan kita??....seperti waktu dahulu..."Keluh Puteri Buih. Dia duduk di atas kayu yang tumbang dan menguis-mguis rumput dengan kakinya.
"Mereka semua bergabung dan datang ke sini dengan ramai sekali. Mereka pasti ada helahnya!!......Siapa tak tahu, Kompeni Belanda melakukannya demi kuasa dan keuntungan...!jika tidak masakan mereka sanggup bergabung dengan orang-orang inggeris" Kata Datuk Bendahara Perak sambil membasuh mukanya di sebatang anak sungai di situ.
"Apakah yang mereka cari?" Soal Puteri Buih. Gadis itu telah terjun ke dalam air dan berenang berpusing-pusing dihadapan Datuk Bendahara Perak.
"Khazanah di Kepulauan kita ini..." Jawab Datuk Bendahara Perak sambil saling berpandangan dengan Tuah. Entah mengapa, hatinya kurang enak sejak mengetahui Kompeni Belanda telah kembali ke Melaka. Apatah lagi mereka telah bergabung dengan kuasa besar dari Barat. Mereka pasti punya helah untuk meraih keuntungan di Kepulauan Nusantara,
Tuah dan Datuk Bendahara Perak berjalan beriringan sambil berbual. Mereka menuju ke arah khemah Tuanku Sultan Mudzaffar Shah dan Syekh Abdullah. Puteri Buih masih leka mandi dan berenang di dalam air.
Saat Tuah dan Datuk Bendahara Perak tiba di sebuah denai untuk keluar dari jalan anak sungai itu, mereka berpampasan dengan Jamilah. Wajah perempuan itu sedikit cemas.
"Mengapa Jamilah? Mukamu resah sahaja?" Soal Datuk Bendahara Perak.
"Di manakah Puteri Buih?" Tanya Jamilah pula tidak mahu menjawab soalan daripada Datuk Bendahara Perak.
"Puteri Buih....?! Dia ada di bawah sana tu...Mengapakah kau mencari Puteri Buih?" Soal Datuk Bendahara Perak memandang Jamilah. Di tangan gadis itu ada sebuah lembaran bergulung. Tuah turut tertanya-tanya apabila melihat lembaran bergulung di tangan Jamilah.
"Anak murid ayahanda menemui ini di pelabuhan sewaktu mereka menukar hikayat di sana..." Kata Jamilah menghulurkan lembaran bergulung itu kepada Datuk Bendahara Perak.
Tuah turut sama melihat Datuk Bendahara Perak membuka lembaran itu. Ia adalah sebuah lukisan seorang gadis dengan badannya separuh ikan. Bersama gadis itu dua ekor ular yang sangat besar di tepi sebuah tasik. Terdapat tulisan di atas dan bawah lukisan itu.
"Apakah maksudnya ini, Jamilah?" Soal Datuk Bendahara Perak membaca isi tulisan itu. Walaupun ia tidak ditulis dalam bahasa Jawi tetapi Datuk Bendahara Perak juga tahu membaca tulisan begitu. Ia adalah tulisan orang-orang Rome.
"Adakah gadis di dalam lukisan itu Puteri Buih?" Soal Tuah membelek lukisan tersebut. Jamilah mengangguk-angguk lemah.
"Rupanya ini helah mereka ke mari....!!!!cisss!! langkah mayatku dahulu jika mereka ingin membuat huru hara dengan anak saudara ku" Marah Tuah tiba-tiba.
"Inilah rupanya alamat yang membuat hati saya kurang enak... Kedatangan Kompeni Belanda bersama orang Inggeris itu kerana mereka memberi tawaran yang lumayan kepada mereka yang dapat menangkap Puteri Buih!" Kata Datuk Bendahara Perak menjelaskan sedikit sebanyak isi butir lembaran yang dibawa Jamilah.
"Bagaimana Tuan Hamba? Puteri Buih dalam bahaya... ayahanda mahu Tuan Hamba berbuat sesuatu sebelum mereka menemui Puteri Buih" Kata Jamilah merenung penuh harapan kepada Tuah.
"Kalau begitu kita harus bertemu Tuanku Sultan Mudzaffar Shah terlebih dahulu untuk membincangkan hal ini" Putus Tuah.
"Benar Tuah..ayuh kita ke sana" Balas Datuk Bendahara Perak melangkah pergi meninggalkan Jamilah di situ. Jamilah mempercepatkan langkahnya ke anak sungai di bawah denai hutan itu. Dia harus memberitahu Puteri Buih akan hal itu. Nyawa gadis itu dalam bahaya. Jika orang-orang luar itu menemui Puteri Buih, dia pasti akan ditangkap. Lukisan yang diedarkan di pelabuhan itu telah cukup membuat Puteri Buih dalam bahaya. Walaupun tidak ramai yang tahu Puteri Buih boleh berubah bentuk kepada ikan duyung...hakikatnya Kompeni Belanda yang datang bersama-sama orang Inggeris itu telah tahu rahsia Puteri Buih.
Sewaktu Jamilah tiba di tempat Puteri Buih mandi, gadis itu kelihatan riang melihat kedatangan Jamilah. Dia melambai-lambai ke arah Jamilah sambil tersenyum......Namun Jamilah membawa khabar yang tidak baik untuk Puteri Buih...

ANDA SEDANG MEMBACA
Puteri Buih 2
FantasySebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...