Bab 49

368 14 1
                                    


Sorakan orang ramai di sekeliling gelanggang Goa begitu gamat sekali. Ia diselangi dengan bunyi hentakan senjata setiap orang di pintu pagar gelanggang Goa.

Seladang bertanduk panjang itu berpusing-pusing keletihan dipermainkan lelaki di tengah gelanggang itu. Ia mula menguis-nguis kakinya sambil berpusing-pusing membuat putaran kecil. Tindak balas binatang itu sangat melucukan sehingga lelaki di tengah gelanggang menghampirinya dengan rapat. Binatang bernama Seladang itu cuma memandang kedatangan lelaki berbadan sasa dihadapannya dengan pandangan kosong. Ia sudah tidak berang lagi seperti di awal perlawanan. Lelaki itu mengibarkan kain berwarna merah yang dipegang. Seladang itu pun tunduk dan lelaki tersebut berpaut pada tanduk Seladang. Dengan pantas lelaki itu menunggang Seladang yang mula berlari mengelilingi gelanggang. Sesekali dinding gelanggang dirempuh dengan ganas oleh Seladang yang ditunggangi oleh lelaki itu. Dia cuba mengimbangi dirinya dari jatuh ke bawah gelanggang. Keterujaan orang ramai yang melihat aksi lelaki di tengah gelanggang itu disambut dengan jeritan tanpa henti-henti.

Akhirnya Seladang yang ganas tersebut menjadi jinak dan tunduk kepada lelaki yang menunggangnya. Kemenangan berpihak kepada mereka yang mempertaruhkan kekuatan lelaki ditengah gelanggang itu. Syiling pertaruhan menjadi berganda dan ia dibahagikan kepada mereka yang menang.

"Tahniah Jack! Kau menang lagi!" Ucap Monalisa memeluk Jack.

"Terima kasih, Monalisa!"Balas Jack memeluk perempuan berbangsa Sepanyol di hadapannya. Dia mengikat kembali kepala dengan kain merah yang digunakan untuk menjinakkan Seladang.

"Para petani itu sangat memerlukan Seladang yang kau jinakkan. Mereka sungguh berterima kasih kepada kau!" Beritahu Monalisa sambil memandang ke arah beberapa orang Petani yang sedang menambat beberapa ekor Seladang yang telah dijinakkan oleh Jack.

"Tak perlu berterima kasih pada aku. Kau sendiri tahu aku lakukan semua ini kerana ingin menebus kembali kapal ayahku!" Kata Jack memandang cermin. Dia merapikan penutup sebelah matanya. Walaupun sebelah matanya buta, ia tidak menghalang langsung dirinya untuk terus menjadi hebat di tengah gelanggang.

"Aku tahu kau tak sabar untuk pulang ke Melaka..."Bisik Monalisa.

"Ya, aku terlalu rindukan ayah dan anakku!" Balas Jack berjalan meninggalkan Monalisa. Dia keluar berjalan di pinggir gelanggang menuju pintu gerbang Kota Goa. Tanpa Jack sedari, empat pasang mata memerhatikan dirinya. Mereka bertembung di pintu gerbang Kota Goa. Sultan Mahmud Shah dan Sultan Mudzaffar Shah berdiri dihadapan Jack.

"Hei orang muda, hebat permainan mu!" Puji Sultan Mahmud Shah mengurut janggutnya. Jack menoleh. Dia sungguh terkejut apabila disapa suara yang cukup dikenali. Sultan Mahmud Shah menanggalkan topi yang dipakai baginda. Topi itu berbentuk tudung Saji.

"Ayahanda!!!!" Jerit Jack.

"Awang!" Balas Sultan Mahmud Shah. Dua beranak itu saling berpelukan. Sudah berpuluh-puluh tahun dua beranak itu terpisah. Sungguh tidak mereka menyangka akan bertemu di Goa.

"Ayahanda tidak menyangka akan bertemu denganmu lagi"Ujar Sultan Mahmud Shah seraya melepaskan pelukan daripada tubuh sasa Awang.

"Anakanda juga tidak menyangka anakanda dapat bertemu ayahanda kembali" Balas Awang sambil bersalaman dengan Sultan Mudzaffar Shah.

"Kalau begitu di mana Raja Puteri? Dan mana Kapal Black Mekong ayahanda?" Tanya Sultan Mahmud Shah tidak sabar. Matanya melilau mencari Kapal Black Mekong ke sekeliling pelabuhan Goa.

"Ampunkan anakanda ayahanda. Anakanda tak dapat menyelamatkan Raja Puteri sewaktu kami diserang tentera Siam. Raja Puteri telah terkorban dan Black Mekong telah dirampas oleh pihak Belanda-Siam. Kapal Black Mekong berada di Siam ketika ini" Cerita Awang.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now