Bab 42

331 14 0
                                    


Puteri Buih telah dirantai pada kaki dan tangannya. Beberapa orang tentera Belanda mengiringi dia berjalan. Alfonso berada di hadapan sekali sambil melangkah pantas. Sesekali dia menoleh ke arah Puteri Buih. Gadis itu berjalan lambat kerana rantai besi yang berat membelenggu kakinya. Dia terpaksa gagahkan diri untuk terus berjalan.

"Bawa Duyung ini ke jalan bawah Kota. Aku akan tunggu kalian di Kapal. Kita terpaksa berundur, mereka menyerang hendap kita!" Arah Alfonso sambil dia menghentak tongkatnya.

"Tuan, rantai besi ini terlalu berat, bagaimana kami ingin membawa Duyung ini menaiki perahu?" Soal salah seorang tentera Belanda itu.

"Kalau begitu tanggalkan rantai besi tu, bodoh!!!!" Marah Alfonso menekan tongkatnya di atas rantai besi yang membelenggu Puteri Buih. Kemudian dia menghisap cerutnya. Cerut yang dibakar itu bercampur ganja. Alfonso menghembus nikmat sambil melangkah meninggalkan Puteri Buih dan Tentera Belanda disitu.

Puteri Buih telah dibawa melalui jalan bawah tanah. Ia adalah sebuah laluan pembentungan untuk membuang sisa najis ke Laut. Tapi laluan itu sangat luas sehingga boleh dilalui oleh manusia. Tempatnya agak lembab dan gelap. Tikus-tikus liar bertempiaran berlari apabila melihat segerombolan Tentera Belanda melalui lorong itu sambil menarik rantai besi yang dibelenggu pada Puteri Buih.

Sesekali Tentera Belanda di belakang Puteri Buih menolak tubuh gadis itu dengan kasar agar dia cepat berjalan. Serpihan kecil batu-bata dari Kota Belanda menimpa ke wajah mereka. Bedilan peluru dari Laut masih belum berhenti. Tentera Belanda turut membalas tembakan ke arah Kapal 'Mendam Berahi'

Kota Belanda kucar kacir. Pedagang, peniaga dan rakyat jelata bertempiaran lari menyelamatkan diri. Tentera Belanda diserang bertubi-tubi oleh Armada perang Bersekutu Sultan Mahmud Shah. Ada yang tidak sempat naik ke kapal Belanda kerana kapal mereka di tembak oleh Tentera Monggol.

Zhang Daeng dan lima orang Puteranya menyerbu naik ke daratan selepas tembok Kota Belanda runtuh. Tersergam bangunan Kota Belanda bersama Jam Besar yang berwarna merah. Tentera Belanda dikeronyok oleh Tentera Zhang Daeng. Kepala mereka di pancung, perut mereka terburai dan kaki mereka dipanah.

"Cepat-cepat!!! Cari Puteri Buih!!!!" Arah Zhang Daeng kepada lima orang Puteranya.

"Baik ayahanda. Kami akan mencari di bangunan itu" Jawab Daeng Pe Ra Ni berlari bersama empat orang saudaranya.

Zhang Daeng terus membunuh Tentera Belanda yang begitu ramai. Mereka seperti semut yang menghurung gula. Begitu banyak tentera Belanda yang dikerahkan oleh Alfonso untuk mempertahankan Kota mereka.

"Kita perlukan tentera lagi!! Beritahu kepada Tuah!" Kata Zhang Daeng kepada panglimanya. Seorang lelaki berlari mendapatkan kuda dan dia menuju ke pelabuhan. Di pelabuhan dia menyampaikan pesan Maharaja Zhang Daeng kepada seorang pahlawan Teluk Makassar yang sedang berlawan dengan Tentera Belanda. Pahlawan itu mengarahkan salah seorang dari mereka menuju ke Kapal 'Mendam Berahi'. Akhirnya pesanan itu sampai ke telinga Tuah.

"Kita akan bawa 'Mendam Berahi' rapat ke pelabuhan. Kemudian kita akan turun menyerang mereka!" Arah Tuah kepada Nakhoda kapal. Kasturi berlari dan melompat menaiki Kapal 'Mendam Berahi' apabila dia melihat Tuah menaikkan Sauh.

"Tuah, Ke mana 'Mendam Berahi' hendak dibawa?" Soal Kasturi cemas.

" Hamba akan membawa ia rapat ke Pelabuhan Melaka. Kita akan naik ke daratan!" Jawab Tuah sambil melepaskan bedilan peluru ke arah Kota Belanda. Dentuman itu bergegar menggoncang Tanah Melaka.

"Tapi bukankah kita perlu bersedia di sini? Bagaimana jika mereka membawa lari Puteri Buih?" Kasturi mengingatkan Tuah akan rancangan mereka.

"Zhang Daeng meminta bantuan kita!! Tentera Belanda terlalu ramai!!" Tegas Tuah tidak mempedulikan kata-kata Kasturi.

"Tuah, lebih baik kau jangan turun, biar aku dan Lekir sahaja naik ke daratan. Kau bersedia dengan Mendam Berahi...Aku bimbang Alfonso terlepas lagi!" Kata Kasturi memegang bahu Tuah. Mata mereka bertentangan. Tuah terdiam seketika.

"Baiklah!" Jawab Tuah beralah.

Dari kejauhan tentera Zhang Daeng dikepung oleh Tentera Belanda. Mereka begitu ramai. Alex Xander dan orang-orangnya menuruni bukit cina. Mereka menaiki kuda yang di rampas dari pedagang di pelabuhan. Rakyat jelata telah berkumpul di belakang Bukit Cina. Alex Xander membawa tentera pemanahnya sambil menaiki kuda.

"Zhang Daeng dikepung. Beta mahu seluruh pasukan memanah bertindak sekarang!!!" Arah Alex Xander memacu kudanya diikuti oleh tentera baginda.

Tanpa disedari oleh Tentera Belanda, mereka telah dipanah dari belakang oleh Tentera Alex Xander. Zhang Daeng mencapai tangan Alex Xander menaiki kuda. Mereka meninggalkan seluruh tentera Alex Xander.Mereka meninggalkan Tentera Zhang Daeng berlawan dengan Tentera Belanda. Alex Xender menambat kudanya di pinggir sebuah kolam air. Kawasan itu agak terlindung dari bedilan meriam dari Laut. Mungkin ia di lereng bukit.

"Tembakan meriam tidak akan sampai ke sini!" Kata Alex Xander memeriksa kawasan itu. Mereka menemui pintu untuk menaiki tangga menuju ke tingkat atas bangunan. Tiada tentera Belanda yang berkawal di situ. Zhang Daeng berasa hairan.

Zhang Daeng dan Alex Xander menemui bilik di tingkat atas bangunan itu. Ia berkunci.

"Kita tak dapat membukanya. Bilik ini berkunci" kata Zhang Daeng cuba menolak pintu bilik itu.

"Aku akan merempuhnya!" Kata Alex Xander sambil menolak Zhang Daeng Ke tepi.

"Tak mungkin kau dapat menumbangkan pintu ini..badan kau kecil dari aku!" Ejek Zhang Daeng berrsandar di dinding tangga.

"Belum cuba belum tahu!" Balas Alex Xander mengemaskan baju besinya. Dia mengetatkan baju besi dibahagian punggung nya. Zhang Daeng menjeling punggung Alex Xander.

"Sejak bila punggungmu ada besi?" Soal Zhang Daeng mengangkat kening. Alex Xander tersenyum sinis lalu berlari dari koridor bangunan itu untuk menghentam pintu bilik yang berkunci itu. Tetapi sayangnya dia terpelanting ke belakang lalu terduduk. Pintu buatan bangsa Belanda itu sangatlah kukuh dan tebal. Zhang Daeng menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Alex Xander.

"Sakit ke?" Soal Zhang Daeng mengusap misai dan janggutnya. Alex Xander bangun perlahan-lahan dengan rasa kecewa. Dia tidak dapat merempuh pintu bilik itu.

"Bagaimana kita nak buka pintu ni?" Soal Alex Xander masih cuba menolak pintu bilik itu.

"Ke tepi " arah Zhang Daeng mengeluarkan pencungkil gigi besinya. Sebuah besi halus yang melengkung di hujung itu di masukkan ke dalam lubang kunci bilik tersebut. Alex Xander hanya memerhatikan tindakan Zhang Daeng. Seketika pintu itu mudah di buka. Zhang Daeng menendang pintu bilik.

"Mereka mengurung Puteri itu di sini!!!!!" Jerit Alex Xander mencapai baju Puteri Buih yang terlonggok di atas katil. Zhang Daeng memeriksa bilik itu. Ada pintu di belakang sebuah pemanas bilik. Dia memeriksa pintu itu. Ada tangga ke bawah tanah di situ.

" Alex Xander, mereka telah membawa Puteri itu ke jalan bawah Kota ini! Ayuh kita turun ke bawah cepat!!" Ajak Zhang Daeng.

Alex Xander menarik bahu Zhang Daeng dengan kasar sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Itu adalah tindakan tidak bijak. Alex Xander menjenguk ke luar jendela melihat arah jalan bawah tanah itu.

" Mereka menuju ke arah Laut!! Di sana!!!" Alex Xander menundingkan jari telunjuknya. Zhang Daeng melompat keluar dari jendela bangunan itu. Mereka meniti di atas bumbung Kota Belanda itu menuju ke tempat pembentungan bangunan itu. Ia adalah sempadan Kerajaan Minangkabau!!!!!!

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now