Kawalan ke atas Perairan Barat telah dikuasai oleh Tentera Sultan Mahmud Shah sepenuhnya. Kebanyakan pulau-pulau di sebelah Perairan Barat menjadi kawasan yang dikuasai baginda selepas Belanda-Siam memindahkan pusat pentadbiran mereka ke Acheh dan Siam.
Walaupun Pusat Perdagangan Pulau Sembilan dan juga Istana Melaka masih milik Belanda-Siam, mereka terpaksa melepasi kawalan perairan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. Kapal-kapal Belanda-Siam akan diperiksa oleh tentera Sultan Mahmud Shah sebelum melepasi perairan Pulau Singgah dan Pulau Kesatu. Kedua-dua buah Pulau itu telah dijadikan tempat tinggal kepada Keluarga tentera Sultan Mahmud Shah dan nakhoda-nakhoda kapal baginda. Malah kebanyakan pulau-pulau di sebelah Barat menjadi tempat penyimpanan bekalan makanan dan keperluan para tentera baginda. Ia juga sebagai pusat pentadbiran Armada Tentera Laut baginda.
"Klang telah dirampas kembali oleh Datuk Bendahara Perak!!!Kita tak ada pilihan selain melalui laluan Pulau Kesatu untuk ke Selat Melaka!!!" Rungut Jeneral Siam sambil berjalan di pelabuhan Pulau Sembilan. Kapalnya baru tiba di Selat Melaka.
"Dengan alasan itu orang orang Siam menaikkan harga barang dagangan...." Balas Jeneral Belanda sambil berdiri tegak merenung orang-orang Siam menurunkan peti-peti kayu daripada kapal dagangan mereka.
"Kami tiada pilihan lain...jalan Laut yang dikuasai Sultan Mahmud Shah itu sahaja laluan yang ada!" Jelas Jeneral Siam.
"Sebelum ini kita hampir berjaya membuat tipu daya kepada orang-orang di kepulauan ini...mereka semua bodoh!!!!Tapi kau dan orang-orang kau yang merosakkannya" Kata Jeneral Belanda tidak berpuas hati.
"Ya itu memang salah kami kerana tidak membunuh terus Puteri mereka, dan cucunya...serta Datuk Bendahara Perak itu...tapi sekurang-kurangnya harta mereka berjaya kita bawa lari!!! " Balas Jeneral Siam mengusap janggutnya.
"Ya itu benar, tapi kita tidak dapat menguasai jalan laut mereka!!!! Sultan Mahmud Shah mengenakan cukai untuk melalui jalan laut mereka!" Rungut Jeneral Belanda.
"Kita pernah cuba mengalahkan Sultan Mahmud Shah sewaktu di Pulau Singgah, kita hampir menang!!tetapi kemudiannya....mereka dibantu oleh Tentera Merong Mahawangsa....kita sendiri telah tahu kekuatan kerajaan Langkasuka bagaimana.....mereka sukar dikalahkan...kami terpaksa berundur ke Siam semula" Cerita Jeneral Siam sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Kita mesti merancang cara halus...jika kita gunakan peperangan kita pasti kalah...malah jalan laut yang dikuasai Sultan Mahmud Shah telah membuatkan kita terlalu sukar untuk membawa lebih banyak kapal perang ke perairan Selat Melaka!" Kata Jeneral Belanda.
"Kita tiada pilihan lain selain membayar cukai kepada Sultan Mahmud Shah. Mereka akan bertambah kaya sedangkan pelabuhan Melaka akan mengalami kejatuhan....banyak pedagang telah lari ke Pulau Ujung dan Pulau Besar. Mereka dikecualikan membayar cukai jika berdagang di tempat Sayyid Ali!" Terang Jeneral Siam.
"Sampai bila kita akan bertahan jika keadaan begini berlarutan???" Jeneral Belanda mundar mandir di jendela pusat pentadbiran Melaka.
"Jika kita tinggalkan Melaka, kita akan rugi...kerana kota yang dibina Portugis ini sudah cukup kuat untuk melindungi kita dari serangan luar...tembok yang dibina orang-orang Portugis cukup kukuh...ia mampu menjadi kubu daripada serangan pihak luar!" Terang Jeneral Siam.
"Itu benar, tapi cukai yang dikenakan Sultan Mahmud Shah menyusahkan kita!" Bentak Jeneral Belanda.
"Kita perlu merancang sesuatu agar kita tidak dikenakan cukai oleh Sultan Mahmud Shah" Kata Jeneral Siam sambil berfikir.
Sementelah itu kisahnya di perairan Pulau Kesatu Sultan Mahmud Shah semakin tegas menguasai perairan Barat Laut dan Selat Melaka.
"Kenapa kapal-kapal kami ditahan? Apa salah kami?" Jordan menyoal. Dia disuruh melutut di atas geladak kapal.
YOU ARE READING
Puteri Buih 2
FantasySebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...