Tun Bongsu melepaskan pelukannya daripada tubuh Jebat. Jebat tidak bernyawa lagi. Badannya kaku. Tangannya terkulai jatuh menyentuh lantai istana. Tuah merenung jauh ke luar jendela Istana. Pertempuran di antara tenteranya dan tentera Belanda Siam masih berlangsung. Tepian pantai menjadi medan pertarungan di antara hulubalang Melayu dan tentera Belanda Siam.
Beberapa buah kapal Belanda Siam berlabuh di Pulau Singgah. Ada juga beberapa buah kapal Belanda Siam yang sedang terbakar dibedil oleh kapal perang Tuah. Suasana di luar istana Pulau Singgah kacau bilau. Perairan pantai dibanjiri darah merah di sana sini. Tapi Tuah tidak peduli. Dia memandang kosong melihat semua yang berlaku dihadapannya.
Kasturi dan Lekir baru tiba dan mereka menyusup masuk ke dalam Istana Pulau Singgah. Mereka berdua melihat suasana yang sugguh sayu terjadi di antara Tun Bongsu dan Jebat. Bertambah mengejutkan lagi apabila mereka melihat mayat Puteri Lipur terkulai berbantalkan bantal singgahsana Tuanku. Kain kuning Diraja berlumuran darah. Kasturi dan Lekir menerpa ke arah mayat Puteri Lipur. Tuah tidak berganjak dari tiang seri istana. Dahinya tersandar disitu sehingga Kasturi dan Lekir tidak dapat melihat wajah Tuah.
"Ikrar kita si panji Sang Puteri, bersumpah setia taat melindungi,
Kecuaian Tuah, kematian Sang Puteri, rasa bersalah membunuh diri " Tuah bersuara dengan suara yang lirih. Kasturi dan Lekir mendongak melihat Tuah. Abang seguru mereka itu terduduk lalu tersandar di tiang seri." Ayuh Tuah!!!Kita pergi dari sini! Tentera Belanda Siam akan merempuh istana ini!" Desak Kasturi sambil memegang bahu Tuah.
" Kalian berdua pergilah..bawa sekali bangkai si Jebat Pendurhaka ini untuk dipersembahkan kepada Tuanku. Khabarkan kepada Tuanku, Raja Muda Istana Melaka tidak dapat datang mengadap kerana Jebat adalah sahabatku sejak dari kecil berkasih tiada bercerai denganku. Kerana hal dunia ini Tuankulah yang maklum" Pesan Tuah merenung Kasturi. Walau jiwanya berasa lemah tetapi dia harus meneruskan semangatnya demi ketaatannya kepada Tuanku Sultan Mahmud Shah dan Permaisuri.
"Lekir, aku mahu kau ke Pulau Besar untuk membawa Tun Bongsu bertemu Sayyid Ali. Kita harus menyembunyikan Tun Bongsu!" Tegas Tuah.
" Tapi kenapa tidak dihantar Tun Bongsu ke rumahnya? Tentu Bendahara Tun Perak akan mencari Tun Bongsu kelak selepas tahu kematian Megat Terawis!" Balas Lekir kurang senang dengan tindakan Tuah.
"Aku tahu apa yang bakal Sultan lakukan...jadi kau harus selamatkan Tun Bongsu. Ikut seperti yang aku katakan, bawa Tun Bongsu berjumpa Sayyid Ali di Pulau Besar" arah Tuah tegas. Lekir terpaksa menurut arahan Tuah.
"Lekir!" Panggil Tuah.
Lekir terhenti di ambang pintu istana. Dia menoleh memandang Tuah.
"Tukarkan nama Tun Bongsu kepada Wan Zaleha, Aku tak mahu sesiapa pun menyebut nama Tun Bongsu lagi mahupun bercerita tentang Tun Bongsu. Mulai hari ini Tun Bongsu telah mati!" Tegas Tuah. Tun Bongsu sungguh terkejut sambil mengusap dadanya. Airmatanya jatuh berjurai lagi.
"Maafkan kami, Tun Bongsu... Kami lakukan ini demi keselamatan Tun Bongsu dan anak yang dikandung itu.." Kata Lekir. Tun Bongsu mengangguk-angguk sambil menyusun sembah kepada Tuah yang juga bergelar Sultan Masyur Shah.
Lekir melangkah meninggalkan Tuah dan Kasturi. Dia membawa Tun Bongsu menyelinap disebalik belakang istana menuju ke arah tepian pantai tempat orang-orangnya berkawal. Kawasan itu agak terlindung dari Tentera Belanda Siam yang berlabuh di Pulau Singgah.
Tuah hanya memandang pemergian Kasturi yang dibantu oleh beberapa orang hulubalang yang mengusung mayat Jebat. Mereka akan ke kapal Tuah untuk bertemu Tuanku.
Tuah mengusung mayat Puteri Lipur sambil mendaki puncak sebuah gunung di belakang Istana Pulau Singgah. Dia berada dipuncak gunung itu. Terdapat batu besar di atas gunung itu. Tuah mula membaca sesuatu sebelum dia menanam jenazah Puteri Lipur yang masih berlumuran darah. Air matanya jatuh menitis sewaktu dia membaringkan kepala isterinya. Seutas rantai berbatu Jade hijau kelihatan dicelah leher Puteri Lipur. Pada mulanya Tuah ingin mengambil rantai itu..tetapi dia melupakan niatnya itu.
"Maafkan abang, Lipur. Abang semadikan Lipur disini kerana abang tidak sanggup berdepan dengan ayahanda dan bonda lagi...abang sungguh rasa bersalah.."Tangis Tuah memegang hujung pusara Puteri Lipur.
"Abang akan selalu berlayar di perairan ini, Lipur. Abang akan lihat puncak persemadian Lipur. Abang harap Lipur akan nantikan abang. Satu masa dan ketika nanti abang akan menyusul Lipur" Kata Tuah perlahan. Dia bangun dan menolak sebuah batu besar di hujung pusara Puteri Lipur. Gunung itu berada dihujung pulau Singgah. Jelas kelihatan dari lautan. Tuah berjalan meninggalkan pusara Permaisuri hatinya itu sebelum jasadnya hilang bersama kepulan asap yang tersebar dari tubuhnya. Asap itu cuma berhembus lembut ke udara sebelum menelan Tuah disebalik batu berhampiran pusara Puteri Lipur.
YOU ARE READING
Puteri Buih 2
FantasySebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...