Melaka jatuh ke tangan Tentera Siam sepenuhnya apabila tentera Belanda terpaksa berundur ke Johor-Riau dan menyingkirkan Jambi dari sana. Tentera Monggol dan Tentera Siam telah menguasai hampir keseluruhan jajahan kecil Melaka. Nyawa Raja-Raja Melayu di dalam jajahan kecil Melaka terancam. Ada yang mati dibunuh dan ada juga yang terpaksa melarikan diri. Bukan semua para pembesar negeri yang taat setia kepada Raja Raja Melayu. Ada juga yang berpaling tadah demi menyelamatkan nyawa masing-masing. Sekelip mata Melaka diambil alih oleh kuasa asing lagi.
Belanda tidak akan mengalah dengan tentera Monggol dan Siam. Walaupun mereka telah berundur ke Johor-Riau, kekuasaan mereka masih lagi besar ekoran mereka telah memonopoli seluruh perdagangan di Pulau Ujung, Kepulauan Jawa dan Sumatera. Mereka juga tidak akan berdiam diri demi melepaskan Melaka ke tangan Kerajaan Monggol dan Siam.
"Ampun Tuanku, izinkan patik mengikut Tuanku" Pinta Badang yang baru selesai memindahkan beberapa buah peti berisi senjata ke Kapal Sultan Mudzaffar Shah bersama orang-orangnya.
"Beta izinkan jika itu keputusan mu. Tetapi peperangan kali ini adalah perang terbesar akan berlaku di Kepulauan Nusantara ini" Titah Tuanku Sultan Mudzaffar Shah. Badang terdiam seketika mendengar jawapan Sultan Berdaulat itu.
"Patik sedia berkhidmat kepada Tuanku, demi mempertahankan bumi Melaka! Melaka adalah milik kita" Badang berkata dengan penuh semangat.
"Peperangan kali ini adalah peperangan paling besar akan berlaku di bumi Melaka. Belanda terlampau berkehendakkan Melaka sehingga mereka tidak akan mengalah kepada Kerajaan Monggol dan Siam" Titah Sultan Mudzaffar Shah.
"Usahlah Tuanku bimbang, Beta dan Maharaja Zhang Daeng akan membantu untuk mendapatkan semula Melaka" Raja Arya memujuk Sultan Mudzaffar Shah. Putera Raja itu telah di perintahkan oleh ayahandanya untuk membantu Sultan Mudzaffar Shah.
"Saya dan kelima-lima orang Putera saya juga bersedia untuk membantu Sultan Mudzaffar Shah" Tambah Zhang Daeng sambil memandang kelima-lima orang puteranya yang sedang menunggu di atas Kapal Phinisi.
Maka Armada tentera Sultan Mudzaffar Shah pun bergerak keluar meninggalkan Sungai Batu dan berlayar menuju ke Selat Melaka. Selat Melaka telah di kepung oleh orang-orang Siam sewaktu kapal-kapal perang Sultan Mudzaffar Shah menyusup masuk ke perairan tersebut. Sementara anak-anak kapal perang yang lain telah mengepung seluruh Selat tersebut dengan jarak beberapa ratus rantai setiap sebuah kapal. Mereka telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang diketuai oleh Sultan Mudzaffar Shah, Maharaja Zhang Daeng dan Raja Arya. Sultan Mudzaffar Shah telah mengepung dari Utara Melaka, sementara Zhang Daeng dari arah Barat Melaka. Raja Arya telah menyusup masuk dahulu menuju ke Selatan Melaka sehingga menghampiri Kerajaan Johor-Riau. Seluruh tentera Siam tidak tahu mereka telah di kepung oleh orang-orang Sultan Mudzaffar Shah. Sedangkan tentera Siam masih sibuk dengan urusan pengambilalihan pelabuhan Melaka. Banyak aktiviti perdagangan yang terhalang sebelum itu kembali berfungsi. Sedangkan Melaka ditinggalkan Belanda dalam keadaan tergesa-gesa sehingga begitu banyak urusan sulit dan harta rampasan perang yang diambil alih oleh pihak Siam.
Tangisan anak anak kecil yang terpisah dengan ibubapanya sewaktu serangan dari pihak Siam masih belum reda, kini Melaka bakal bermandi darah lagi. Kali ini bukan suku kecil peperangan, tetapi ia adalah peperangan paling besar yang akan memberi kesan kepada Kerajaan Melaka dan Johor-Riau.
"Kita telah sampai di titik pertemuan terakhir kita" ucap Sultan Mudzaffar Shah sambil munda mandir di hadapan Zhang Daeng dan Raja Arya. Sementara itu Badang dan orang-orangnya telah bersedia di belakang Sultan Mudzaffar Shah.
"Kami akan berpecah seperti yang Tuanku perintahkan" kata Raja Arya memandang ke arah sebuah perahu besar. Raja Arya akan berpatah balik menaiki perahu dan baginda akan menyerang Melaka dari arah Johor-Riau. Begitu juga Zhang Daeng. Mereka akan mara merempuh Melaka dari arah Selat Melaka. Sedangkan Sultan Mudzaffar Shah akan mengepung Melaka dari arah Kerajaan Minangkabau.
"Tentera Siam tidak ramai di pelabuhan. Kita mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang kali ini!" Titah Sultan Mudzaffar Shah.
"Betul tu, tentera Monggol dan Siam telah diarahkan memerangi banyak jajahan kecil Melaka. Jadi bilangan tentera Siam di Pelabuhan sangatlah sedikit. Inilah peluang kita!" Balas Raja Arya.
"Siam belum cukup pengalaman untuk menguruskan pelabuhan" ejek Zhang Daeng tersenyum sinis.
"Kalau begitu apa kita tunggu lagi, ayuh ambil tempat masing masing. Kita akan menyerang Melaka sebaik sahaja malam menjelma!" Perintah Sultan Mudzaffar Shah.
Maka lampu-lampu kapal perang mereka dipadamkan dengan segera setelah matahari mula tenggelam di laut Barat. Kapal kapal mereka dibiarkan hanyut menghampiri perairan Selat Melaka. Semakin lama semakin hampir dengan Selat Melaka sehingga tiada satu pun kapal-kapal Kerajaan Monggol dan Siam sedar mereka telah dikepung oleh kapal-kapal perang Sultan Mudzaffar Shah.
Sementara itu Maharaja Ong mulai merasa tercabar dengan tindakan Jeneral Siam. Pada mulanya mereka bersekutu, tetapi sudah jelas Jeneral Siam tidak mahu menerima segala arahan baginda lagi.
"Sembah Maharaja!" Kegusaran hati dan kekusutan fikirkan Maharaja Ong dikejutkan dengan kehadiran tentera utusan baginda.
"Beta mahu utusan ini dihantarke kepada Genghis Khan!" Maharaja Ong menghulur segulung scroll kepada tentera utusannya.
"Baik Maharaja!" Tentera utusan itu membawa utusan itu meninggalkan Melaka dengan segera. Maharaja Ong semakin gelisah. Baginda sendiri mulai kesal dengan tindakan baginda bersengkokol dengan Siam. Sudah jelas perangai Jeneral Siam, mereka sanggup menyingkirkan Raja mereka demi kuasa. Itulah yang terjadi kepada Sultan Mahmud Shah yang pada asalanya adalah Maharaja Siam. Barulah Maharaja Ong tahu mengapa selama ini Sultan Mahmud Shah meninggalkan Siam sehingga Pattani diasak oleh tentera Siam untuk dikuasai. Mujurlah Pattani di lindungi oleh Kerajaan Langkasuka dibawah naungan Sultan Mudzaffar Shah. Maharaja Ong berasa kesal di dalam hati kerana pernah menyerang Langkasuka disebabkan permusuhan baginda dengan Sultan Mahmud Shah. Kini baginda sendiri telah terperangkap dengan orang-orang Siam yang lebih suka menggunakan kuasa tentera berbanding taat kepada Raja mereka.
Maharaja Ong pantas keluar dari bilik baginda menuju ke pelabuhan. Namun belum sempat baginda turun, Melaka di kejutkan dengan bunyi dentuman meriam bertubi tubi. Melaka bergegar lagi. Maharaja Ong mendongak ke atas bumbung tempat baginda berdiri. Goncangan kuat itu memecahkan kepingan bumbung tempat baginda berdiri. Kali ini meriam yang datang bukan lagi dari satu arah. Ia menyerang Melaka disemua sudut penjuru. Gegaran semakin kuat sehingga Maharaja Ong hampir terjatuh. Baginda turun ke tanah dengan berjalan laju. Sekali lagi gegaran itu membuat baginda hampir terjelepuk. Kelihatan tanah di pelabuhan mulai merekah. Bukit bukit di kiri kanan pelabuhan itu akan runtuh. Ia sesuatu yang dasyat sekali. Pelabuhan Melaka bakal tenggelam ke dasar laut!
"Maharaja, kita kene pergi sekarang!" Panglima yang menjaga Maharaja Ong menjerit. Maharaja Ong berlutut sambil merapatkan kedua tapak tangannya lalu meletakkan di dada. Begitu adalah cara baginda berdoa. Beberapa orang pembantu Maharaja berlari menarik Maharaja Ong ke dalam kereta kuda. Mereka akan keluar dari Melaka dengan segera. Kereta kuda itu menuju ke arah Kerajaan Minangkabau.
Maharaja Ong mengintai di balik jendela kereta kuda. Jelas sekali Armada perang yang datang kali ini sangat besar. Selat Melaka di kepung beribu-ribu anak kapal berwarna hitam dan baginda kenal sebuah kapal berwarna kuning. Kapal itu milik Sultan Mudzaffar Shah.
"Tanah Runtuh!Tanah Runtuh!" Jeritan rakyat tempatan kedengaran berlari ke sana sini. Anak-anak kecil tertinggal menangis tanpa ibu. Suasana sungguh kacau bilau. Pelabuhan Melaka tenggelam ke dasar laut!
YOU ARE READING
Puteri Buih 2
FantasiaSebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...