Bab 37

374 16 0
                                    

Perutusan daripada Tuah telah sampai ke tangan Sultan Mahmud Shah di Johor-Riau. Baginda sungguh terkejut dengan isi kandungan perutusan itu. Cucundanya Puteri Buih telah di tangkap oleh orang-orang Belanda!!

"'Cis!!! Orang-orang Belanda telah menangkap cucu beta!!" Marah Sultan Mahmud Shah sambil mundar mandir di hadapan Datuk Temenggung DiRaja.

"Ampun Tuanku, pada pandangan patik, mungkin orang-orang Belanda punya helah, maka mereka menangkap Puteri Buih" Kata Datuk Temenggung DiRaja.

"Beta tidak pasti Datuk. Tapi orang-orang Belanda tidak sudah-sudah menganggu seluruh keluarga beta! Mungkin kerana kekuasaan beta di Johor-Riau ini! Itulah helah mereka!"Titah Sultan Mahmud Shah memandang jauh ke Selat Tebrau.

"Ampun Tuanku, orang-orang Belanda telah menguasai Pulau Besar. Tetapi apalah gunanya mereka menguasai Pulau Besar, sedangkan jalan Laut di Selat Tebrau masih di bawah kekuasaan Tuanku..patik rasa sebab itulah mereka menangkap Puteri Buih" jelas Datuk Temenggung DiRaja.

"Kalau begitu hantar perutusan beta ke China dan Jepun! Selama mereka berdagang ke sini, beta tak pernah mengenakan cukai kerana mereka bersaudara dengan beta...malah beta selalu menghantar emas kepada mereka sebelum ini. Hubungan kekeluargaan beta dengan Maharaja China, Zhong Daeng tak akan terputus. Kini tibalah masanya mereka membantu beta..!" Titah Sultan Mahmud Shah mundar mandir di hadapan Datuk Temenggung DiRaja.

"Menjunjung titah, Tuanku. Patik akan segera menghantar perutusan kepada Maharaja Zhong Daeng" kata Datuk Temenggung DiRaja sambil tunduk kepada baginda Sultan.

"Dan...beta mahu Datuk Laksamana Megat Seri Rama mempersiapkan bala tentera Kerajaan Johor-Riau untuk menyerang Kota Belanda" Arah Sultan Mahmud Shah. Impian Sultan Mahmud Shah untuk berehat kerana baginda semakin tua tidak tercapai. Baginda sangat risaukan seluruh keluarga baginda termasuk Hamba Rakyat di bawah tanah jajahan baginda. Sedangkan waris baginda masih muda lagi. Sultan Mahmud Shah memandang Raja Ahmad yang duduk bersila di sebelah singgahsananya. Raja Ahmad masih terlalu muda dan belum cukup ilmu di dada untuk mentadbir sebuah empayar tanah jajahan baginda.

"Ampun Tuanku, Laksamana Megat Seri Rama belum pulang dari Jambi. Peperangan di Jambi masih belum berakhirnya...." Beritahu Datuk Temenggung DiRaja.

"Jika begitu, terpaksalah tentera kita berundur dari Jambi. Keselamatan nyawa cucunda beta lebih penting lagi. Perintahkan Megat Seri Rama pulang ke Johor-Riau dengan segera!" Titah Sultan Mahmud Shah.

"Menjunjung titah, Tuanku" Datuk Temenggung DiRaja tunduk memberi sembah hormat kepada Sultan Mahmud Shah.

"Hantarkan surat balasan beta kepada anakanda Beta, Laksamana Tuah....kita akan memerangi Belanda kali ini sehingga ke titisan darah terakhir. Beritahu Tuah agar dia bersedia kerana beta telah menghantar utusan ke China dan Jepun untuk memerangi Belanda secara besar-besaran. Kali ini perang terbesar akan meletus untuk pertama kalinya! Beta tak akan berundur lagi!" Titah Sultan Mahmud Shah.

"Menjunjung titah Tuanku" Jawab Datuk Temenggung DiRaja. Sultan Mahmud Shah bangun dari singgahsananya lalu memandang Raja Ahmad dan Puteri Onang Sari.

"Beta perintahkan Tun Pikrama dan seluruh keluarga Datuk Bendahara Perak membawa anakanda beta berdua ke Phang buat sementara waktu. Raja Ahmad dan Puteri Onang Sari perlu berada di tempat selamat ketika seluruh Istana akan keluar berperang kelak"Titah Tuanku lagi. Tun Pikrama berdiri dan kemudian dia tunduk memberi sembah hormat kepada Tuanku.

"Sebelum beta dan seluruh istana pergi belayar...beta mohon ampun dan maaf kepada seluruh para pembesar dan hamba rakyat beta di atas kelancangan beta ketika memerintah...tetapi kekerasan beta kerana Kesultanan Kerajaan beta...tidak ada hamba manusia yang dapat berdiam diri jika hak dan keluarganya diganggu!" Titah baginda lalu turun dari singgahsananya. Balairong seri menjadi senyap sepi memandang Sultan Mahmud Shah berlalu pergi. Entahkan ya entahkan tidak mereka akan berjumpa lagi selepas itu. Peperangan kali ini kelihatan sungguh besar kerana Sultan Mahmud Shah telah menghantar perutusan ke China dan Jepun. Malah ia melibatkan 2 kuasa besar yang bergabung dengan Kerajaan Johor-Riau.

Sedangkan di pihak Tuah dan Raden Putra, mereka juga tidak akan berdiam diri melainkan untuk menyelamatkan Puteri Buih yang telah ditangkap oleh Alfonso dan tentera Belanda.

"Ayahanda saya telah membalas perutusan kita. Kerajaan Monggol telah bersedia untuk membantu kita menyerang Belanda-Siam!" Beritahu Raden Putra menggulung surat balasan dari Maharaja Ong. Tujuh orang pahlawan Monggol yang menghantar surat balasan perutusan dari Maharaja Ong itu telah membawa beratus buah anak kapal perang bersama mereka.

"Baguslah begitu. Baginda Sultan Mahmud Shah juga telah bersetuju untuk membantu kita menyerang Kota Belanda. Tapi kita perlu memilih hari dan masa yang tepat untuk menyerang mereka" kata Tuah berpeluk tubuh merenung lautan yang luas. Perjalanan mereka ke Langkasuka terpaksa ditangguhkan. 'Mendam Berahi' melabuhkan sauhnya di Pulau Sembilan. Mereka masih menanti khabar berita tentang Puteri Buih. Namun semenjak mereka berlabuh di Pulau Sembilan, tiada kapal Belanda yang keluar dari Perairan Selat Melaka. Bermakna Puteri Buih dan Datuk Bendahara Perak masih dalam tawanan Kota Belanda di Melaka.

"Saya akan menyelinap masuk ke Kota Belanda. Kita tidak boleh menunggu sahaja di sini" Putus Raden Putra.

"Betul kata cucunda Raden Putra. Beta perkenankan permintaan cucunda untuk menyelinap masuk ke Kota Belanda" Sampuk baginda Sultan Mudzaffar Shah tiba-tiba.

"Kalau begitu kita akan berpecah dua. Satu kumpulan akan menunggu di Kapal 'Mendam Berahi'. Manakala satu kumpulan lagi akan masuk ke Kota Belanda" Putus Tuah.

"Beta akan bersama Raden Putra. Anakanda Tuah, Kasturi dan Lekir haruslah bersedia di sini menanti kedatangan Sultan Mahmud Shah dari Johor-Riau" Titah Baginda Sultan Mudzaffar Shah.

"Kalau begitu kata Ayahanda, anakanda menurut sahaja" Jawab Tuah memberi sembah hormat.

"Kalau kita ingin memasuki Melaka, kita tidak boleh menghampiri mereka dengan 'Mendam Berahi'. Tentulah Tentera Belanda akan perasan nanti. Jadi kita akan belayar menghampiri Klang, kemudian dari sana kita akan menumpang para pedagang dari Barat yang akan singgah di pelabuhan Melaka. Kita akan menyamar sebagai peniaga dan mengikut pedagang itu" Rancang Tuanku Sultan Mudzaffar Shah.

"Kalau begitu kata Tuanku, sungguh molek rancangannya. Apa kata Tuanku Raden Putra?" Tanya Kasturi sambil tersenyum memandang Raden Putra.

"Betul kata Nenda tu. Saya menurut sahaja rancangan Nenda" Jawab Raden Putra.

"Kalau begitu, beta akan membawa 6 orang Panglima beta bersama. Cucunda bersedialah, kita akan belayar malam ini menghampiri Klang" Putus Baginda Sultan Mudzaffar Shah.

"Baiklah Nenda. Saya akan membawa 3 orang pahlawan Monggol bersama. Selebihnya saya tinggalkan mereka di sini untuk mentadbir anak kapal perang Monggol" Kata Raden Putra. Sultan Mudzaffar Shah mengangguk-angguk lalu meninggalkan mereka. Baginda dan Tuah berjalan beriringan menuju ke bilik kemudi untuk memerintahkan Nakhoda belayar pada malam itu.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now