Zhang Daeng dan Lima Puteranya berkumpul di atas kapal Phinisi. Mereka baru sahaja lepas meronda seluruh pelabuhan Goa. Lima orang lelaki sedang menaikkan beberapa buah peti ke atas kapal. Zhang Daeng baru sahaja membeli senjata di pelabuhan Goa.Zhang Daeng memerhatikan kelima-lima orang puteranya yang sedang berkumpul membuka peti-peti senjata tersebut. Ia adalah senjata dari negeri timur. Selain pedang terdapat juga lembing dan tombak yang biasa digunakan oleh hulubalang dalam Kerajaan Melayu Nusantara.
" Bagaimanakah buatan senjata itu? " Tanya Zhang Daeng merapati anakandanya Daeng Chen Lak.
"Sungguh halus buatannya, Ayahanda. Bahan yang digunakan bukan mudah untuk ditemui" Jawab Daeng Chen Lak.
" Pedagang itu dari Negeri Cermin. Jajahan Tuanku Sultan Mahmud Shah. Tentulah bahan yang digunakan bukan mudah untuk kita temui. Ada satu lagi tempat selain Negeri Cermin, ia adalah Kerajaan Langkasuka...."Beritahu Zhang Daeng.
"Kalau Ayahanda mahu, kita boleh singgah di sana apabila pulang dari belayar kelak" Cadang Daeng Chen Lak.
" Boleh sahaja. Apa salahnya jika kita singgah di sana" Balas Zhang Daeng bersetuju.
"Anakanda bercadang untuk mendapatkan senjata dengan banyak supaya mudah untuk kita gunakan nanti" Kata Daeng Chen Lak.
"Ayahanda bersetuju. Kita perlu mengatur rancangan untuk membantu Sultan Mahmud Shah. Orang-orang Belanda-Siam harus ditewaskan" Ujar Zhang Daeng dengan tegasnya.
"Wah! Banyak betul senjata yang Tuanku anak beranak kumpulkan" Sapa Tuah secara tiba-tiba. Laksamana Melaka itu baru sahaja tiba disitu dan berdiri di hadapan tangga kapal Phinisi.
"Eh Laksamana Tuah. Silakan duduk" Ajak Zhang Daeng terperanjat dengan kehadiran Tuah.
"Terima kasih, Tuanku" ucap Tuah sambil duduk di sebelah Maharaja Zhang Daeng dan kelima lima orang putera baginda.
"Perdagangan di Goa kembali pesat selepas kejatuhan Melaka..." Kata Tuah tersenyum kelat. Matanya tertancap ke arah pelabuhan Goa yang dipenuhi kapal-kapal dagang yang berlabuh. Sebenarnya ada maksud tersirat daripada kata-kata Tuah itu.
"Ya..memang itu yang Alfonso mahukan sebelum ini" Balas Zhang Daeng. Baginda sendiri pernah berkerjasama dengan Alfonso. Jadi tentulah segala yang dirancangkan oleh Alfonso diketahuinya.
"Jadi, adakah benar Tuanku telah mengetahui apa yang dirancangkan Alfonso?" Tuah bertanya. Dia cuma inginkan kepastian dari Maharaja China itu.
"Mungkin.."Jawab Zhang Daeng serba salah. Baginda takut jika Tuah mengetahui rahsia kerjasamanya dengan Alfonso sebelum ini. Sehingga baginda terpedaya dengan Alfonso. Kepulauan mereka telah diserang orang-orang Belanda. Sehingga Teluk Makassar telah jatuh ke tangan Belanda.
"Jika Tuanku tahu rancangan Alfonso, mengapa Teluk Makassar jatuh ke tangan Belanda?" Soal Tuah. Dia sengaja memancing jawapan dari Zhang Daeng.
"Mungkin kerana kecuaian kami Teluk Makassar telah diserang Belanda..."jawab Zhang Daeng acuh tidak acuh.
"Segala tipu helah Alfonso tidak lain hanyalah untuk menjatuhkan Empayar Islam Kesultanan Melayu Melaka di Kepulauan Nusantara ini! Dia takut Islam akan merebak sehingga ke Negeri Timur seluruhnya" Kata Tuah dengan yakin.
"Barat dan Timur tidak pernah bersatu... kepulauan Nusantara adalah titik perebutan mereka bagi menunjukkan kekuasaan masing- masing" Terang Zhang Daeng.
"Perebutan yang menjadikan Melaka sebagai tapak kekuasaan mereka. Jadi apa gunanya kami yang sememangnya berasal dari Melaka ini...adakah kami hanya perlu menyerah kalah?" Soal Tuah dengan geram.
" Beta telah berjanji dengan Sultan Mahmud Shah akan membantu baginda mendapatkan semula Melaka dan seluruh jajahan beliau...Kita akan lakukan bersama-sama asalkan Sultan Mahmud Shah dan seluruh anak kapalnya sedia membantu beta untuk mendapatkan jajahan beta semula di Teluk Makassar..."Jelas Zhang Daeng memegang bahu Tuah.
"Orang-orang Belanda telah meluaskan pengaruh mereka di Goa. Raja Mateus telah datang ke sini... " Beritahu Tuah sambil sambil memandang kapal-kapal Belanda yang memenuhi pelabuhan Goa.
"Goa adalah tempat pertemuan seluruh dunia... mustahil Raja Mateus dan orang-orang Belanda dapat menguasai Goa...tidak semudah itu.." Kata Zhang Daeng penuh keyakinan. Seluruh Goa di dalam kekuasaan kuat tiga empayar terbesar dunia, mustahil bagi orang-orang Belanda untuk merampasnya.
"Kalau begitu, mengapa mereka datang ke Goa? Alfonso yang kita sangkakan telah mati ada bersama mereka!" Balas Tuah merenung Zhang Daeng.
"Alfonso masih hidup? Bukankah kapal mereka telah tenggelam di Sungai Linggi? !!" Zhang Daeng sungguh terkejut. Dia tidak menyangka akan hal itu. Malah dia juga tidak menyedari kehadiran Alfonso di Gelanggang Kota Goa. Tetapi Tuah sendiri telah melihat Alfonso ada bersama Raja Mateus dan orang-orang Belanda di khemah mereka.
"Hamba sendiri telah melihat Alfonso bersama Raja Mateus. Mata hamba masih belum buta untuk mengenal wajah penjajah Melaka itu!" Tegas Tuah. Dia sungguh yakin dengan apa yang dilihatnya.
"'Cis, sungguh liat nyawa lelaki itu! Dia pasti akan lakukan sesuatu untuk mendapat apa yang dia mahu" marah Zhang Daeng.
"Apa yang Alfonso mahukan?" Tanya Tuah mengerutkan dahi.
"Puteri Buih!!!Di mana Puteri Buih. Dia pasti dalam bahaya" Jawab Zhang Daeng. Matanya bulat merenung Tuah.
"'Cis!!!! Puteri Buih bersendirian di atas Kapal Mendam Berahi!! Ayuh kita ke sana!" Ajak Tuah kelam kabut. Baru sahaja dia teringatkan anak saudaranya itu.
Zhang Daeng mengajak kelima-lima Puteranya mengikut Tuah. Mereka diikuti oleh pengikut Tuah dan pengikut Putera Daeng berlima itu.
Langkah Tuah semakin laju menuju kapal 'Mendam Berahi'. Kesibukan suasana di pelabuhan Goa ditambah lagi dengan keriuhan suara-suara pedagang menawarkan barang-barang dagangan mereka. Namun suara itu tenggelam bersama kepesatan ekonomi di pelabuhan Goa. Tuah dan Zhang Daeng semakin cemas.
Orang ramai yang berpusu-pusu di pasar dan tempat perdagangan menyebabkan langkah Tuah dan Zhang Daeng terhalang. Telinga Tuah menangkap bunyi hentakan kasut-kasut orang Belanda yang berbaris memasuki halaman khemah-khemah mereka. Tuah seperti mendengar jeritan perempuan, tetapi keriuhan para peniaga di pasar jualan mereka menghalang dirinya untuk mengamati suara itu. Beberapa orang Belanda seperti membawa sesuatu di sebalik para peniaga dan pembeli. Tuah cuba mengintai tetapi dia tidak dapat melihat dengan jelas.
Akhirnya Tuah telah tiba di kapal 'Mendam Berahi'.
"Tuah! 'Mendam Berahi' dicerobohi!!!!" Jerit Daeng Chen Lak yang telah memanjat Kapal 'Mendam Berahi' terlebih dahulu. Tuah dan Zhang Daeng saling berpandangan apabila mereka berdiri di tangga kapal. Dua mayat hulubalang Melayu telah terlentang di bawah tangga.
"Tuah!!!" Jerit Daeng Me Nam Bun.
"Puteri Buih!" Tuah berlari ke arah kamar Diraja. Beberapa orang hulubalang tergantung di sudut kapal. Banyak pengawal dan hulubalang yang mati ditembak dalam jarak yang dekat. Tuah melihat pintu kamar Puteri Buih telah terkopak. Barang-barang di dalamnya bersepah. Puteri Buih tiada di situ.
"Mereka telah menculik Puteri Buih!!!" Marah Tuah. Zhang Daeng dan anak-anaknya saling berpandangan. Mereka telah mengagak perkara itu akan berlaku setelah melihat Alfonso di Gelanggang Kota Goa sebelum itu.
"Pengawal!!!Cari Raden Putra dan Sultan Mahmud Shah di khemah istirehat mereka" Arah Tuah cemas. Orang-orang Tuah yang lainnya telah berpecah memeriksa seluruh kapal 'Mendam Berahi'.
"Laksamana! " Jerit salah seorang daripada mereka. Tuah menoleh ke arah bilik kemudi kapal. Ada satu mayat tergantung di situ. Masing-masing terkejut melihatnya!
YOU ARE READING
Puteri Buih 2
خيال (فانتازيا)Sebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...