Bab 77

52 2 0
                                        


        Subuh pertama selepas malam pertempuran itu menyaksikan langit Kota Melaka dibersihkan oleh hujan rahmat. Abu hitam berterbangan dari runtuhan A Famosa yang terbakar, namun di celah runtuhan itu... panji merah kuning Melaka berkibar tinggi, diikat pada sebatang tiang tembaga yang dijumpai dalam bilik bawah tanah istana lama. Teriakan "Daulat Tuanku!" bergema dari rakyat yang keluar dari rumah-rumah setelah sekian lama bersembunyi dalam ketakutan.

Di medan utama, Panglima Awang berdiri gagah, tombaknya ditancap ke bumi sebagai tanda kemenangan. Di sisi beliau, Raden Putra dan Sultan Mahmud Shah berdiri berpeluh namun tersenyum, kesemua mata mereka menyaksikan Kota Melaka kembali ke tangan bangsanya sendiri. Bendera British sudah diturunkan. Meriam-meriam penjajah telah dibungkam. Tiada lagi derapan tapak but tentera asing di jalanan kota.

Di benteng pelabuhan, Sultan Muzaffar Shah dari Langkasuka mendekat bersama pasukannya. Beliau menghulurkan tangan kepada Sultan Mahmud Shah. Kedua-dua pemerintah itu berpelukan di bawah panji Melaka. Rakyat bersorak, tidak hanya kerana kemenangan, tetapi kerana pembebasan Meaka yang selama ini diimpikan.

"Melaka telah bangkit!" jerit seorang pemuda dari atas bumbung bangunan lama.

Di halaman istana, ribuan rakyat mula berkumpul. Puteri Buih berdiri di tangga utama, memangku bayi waris Melaka. Di sisinya, Jamilah dalam persalinan putih berdiri sebagai pelindung setia. Naga Nagasari dan Saktimula sudah kembali ke puncak Gunung Ledang, kabus mula reda, dan harimau putih menghilang di belantara sebaik tugasnya selesai.

Tiba-tiba, Syaikh Zainal Abidin melangkah ke hadapan. Jubah putihnya basah, namun wajahnya bersinar. Dengan tenang, beliau menanggalkan serban dan jubah luarnya, mendedahkan sebilah keris emas di pinggang iaitu keris Taming Sari.

Ribuan mata terbeliak.

Panglima Awang tersentak, Raden Putra tertunduk penuh hormat. Sultan Mahmud Shah menahan nafas.

"Tuah..." bisik baginda perlahan.

Syaikh Zainal Abidin menunduk sedikit, lalu menjawab dengan suara dalam yang sudah lama dirindui oleh bumi ini.

"Ampun Tuanku... Patik pulang sebagai hamba, bukan wira. Nama Tuah itu telah lama ditimbus zaman. Kini patik hanyalah penuntut kebenaran... dan pelindung waris Melaka."

Rakyat terdiam, sebelum jeritan "Hidup Tuah!" meledak seperti guruh dari setiap penjuru kota.

Puteri Buih melangkah ke hadapan, memandang Tuah yang kini tidak berselindung. Tangannya yang memegang bayi diangkat tinggi, dan di tengah medan yang dikelilingi pejuang dan rakyat, beliau berseru:

"Inilah waris sebenar Melaka. Anak ini akan menjadi matahari baru kepada tanah bertuah ini. Dengan ini, beta isytiharkan kebangkitan semula Kesultanan Melaka, disaksikan oleh naga dan harimau, rakyat dan langit!"

Sorakan rakyat membanjiri kota. Panji Melaka dikibarkan di semua menara. Genderang dan serunai berbunyi ianya bukanlah lagu perang, tetapi lagu pembebasan.

Sultan Muzaffar Shah mengangkat tangan, lalu berseru:

"Langkasuka akan kekal sebagai sahabat Melaka. Kita bangkit bersama, atau tumbang bersama!"

Panglima Awang tersenyum puas. Air mata yang digenggam selama ini akhirnya mengalir. Beliau berlutut, mencium bumi Kota Melaka.

"Melaka... telah kita ambil semula, demi darah yang tumpah, demi maruah yang dirampas."

Namun di celah kegembiraan itu, Tuah memandang ke arah timur, ke arah laut luas yang masih diliputi kabus. Suaranya perlahan namun tajam:

"Kemenangan ini hanyalah permulaan. Dunia belum selesai menguji kita. Masih ada bayang penjajahan... yang belum menampakkan wajahnya."

Puteri Buih 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang