Bab 35

423 15 0
                                    

Kapal Belanda milik Alfonso terus belayar membelah lautan menuju ke Kota Belanda di Melaka. Alfonso dan para tenteranya tidak puas-puas memerhatikan ketakjuban makhluk alam yang berjaya menjadi tawanannya. Seekor Duyung yang mempunyai sisik emas. Benda paling berharga di dunia bagi Alfonso.

Puteri Buih meronta-ronta tanpa henti di dalam jaring. Dia tak ubah seperti ikan yang terperangkap di dalam pukat nelayan. Alfonso dan Francisco ketawa melihat Puteri Buih yang cuba melepaskan tali jaring yang memerangkap tubuhnya. Seisi kapal Belanda meraikan kejayaan mereka menangkap seekor Duyung dari Kepulauan Nusantara itu. Orang-orang Belanda saling bercerita apabila melihat keajaiban pada Puteri Buih. Gadis itu mula ketakutan apabila melihat semua mata yang tertumpu padanya begitu asing sekali.

"Naikkan jaring itu! Pindahkan ia ke geladak belakang!" Perintah Alfonso kepada Francisco.

"Baik Tuan!" Jawab Francisco akur dengan arahan Alfonso.

" Bawa orang tua ini ke kurungan bawah kapal!" Arah Alfonso lagi sambil memandang Datuk Bendahara Perak yang terikat kaki dan tangannya. Lelaki tua itu diikat dengan kedudukan lutut bertemu dagunya.

Francisco mengarahkan tenteranya mengheret Datuk Bendahara Perak ke kurungan bawah kapal. Lelaki tua itu dicampakkan masuk ke kurungan kayu yang dilapik rumput kering untuk makanan kuda. Terdapat ramai lagi orang-orang Melayu yang dikurung di bawah kurungan bawah kapal itu. Tidak kurang juga beberapa orang bangsa lain yang berbeza pekerjaan dan agama.

(Puteri Buih dalam kesejukan di geladak belakang kapal)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Puteri Buih dalam kesejukan di geladak belakang kapal)

Francisco dan kesemua tentera Belanda dengan segera menurunkan jaring ke geladak belakang kapal. Mereka tidak sabar untuk melihat duyung yang mereka tangkap dengan jarak dekat. Jaring yang melekat pada tubuh Puteri Buih dialihkan oleh Francisco. Dia terpana melihat kecantikan mata bundar milik Puteri Buih. Tubuh duyung itu kelihatan sungguh licin dan putih.

"Tolong....tolong lepaskan saya! Kenapa orang-orang Belanda ingin menangkap saya? apa salah saya?" Rayu Puteri Buih sebaik sahaja Francisco melepaskan jaring dari badannya.

"Kau sungguh bernilai! Kami tak akan lepaskan kau!" Jawab Francisco pendek sambil memegang dagu Puteri Buih.

"Tolonglah....saya seorang Puteri dari Kerajaan Melayu. Mengapa kalian melayan saya begini?" Rayu Puteri Buih lagi lalu menarik tangan Francisco. Dia cuba meyakinkan Francisco bahawa dia adalah seorang Puteri Raja. Tetapi apa yang Francisco peduli. Dia mengikut arahan Alfonso. Malah dia tidak peduli siapa pun yang menjadi tawanan mereka asalkan segala hajat dan niat mereka tercapai.

"Berikan rumput kering pada duyung itu. Jangan sampai dia terlepas!" Pesan Francisco kepada tenteranya sebelum dia meninggalkan geladak di belakang kapal itu.

Puteri Buih telahpun didudukkan benar- benar di tepi anjung pemegang kapal. Air matanya mula mengalir saat itu apabila teringatkan suaminya Raden Putra. Dia sangat berharap agar Raden Putra dapat datang untuk menyelamatkan dirinya daripada orang-orang Belanda itu.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now