Tiga buah kapal yang melalui Sungai Linggi menjunam laju membelah Sungai Linggi yang deras dan berwarna hitam . Kapal Alfonso berada di hadapan sekali serta diikuti Kapal 'Mendam Berahi', kemudian Kapal Phinisi.
Tuah yang duduk bersila di atas lantai kapal bingkas bangun dan berdiri. Dia baru selesai berkomunikasi dengan beberapa ekor Helang yang mengelilingi Kapal 'Mendam Berahi'. Dengan tangkas Tuah memanjat sebuah tiang layar sambil meneropong ke arah Muara Sungai Linggi. Tuah tidak dapat melihat Muara Sungai Linggi, sebaliknya di hadapannya cuma terlihat tiupan angin yang semakin laju. Tuah memanjat lagi sebuah tiang layar dengan lebih tinggi. Matanya terbeliak melihat apa yang berada di hadapan mereka.
"Kasturi, beri arahan kepada anak-anak kapal kita supaya menukar arah dayungan. Air Sungai ini berada di kaki bukit, kita akan menjunam ke dalam pusar air di pinggir bukit itu!" Beritahu Tuah tegas. Kasturi dan Lekir yang berada di situ sungguh terkejut.
"Lekir, selamatkan kesemua orang-orang perempuan serta anak-anak kecil di dalam kapal ini. Bawa mereka naik ke bahagian atas dan ikatkan tali di setiap pinggang mereka...jangan sampai ada yang terkeluar dan jatuh dari kapal" Arah Tuah mencampakkan tali kepada Lekir.
"Baik Tuah. Ayuh Kasturi kita pergi!" Ajak Lekir. Kasturi dan Lekir meninggalkan Tuah.
Tuah berjalan laju menuju bilik Kemudi. Sultan Mahmud Shah telah berada di dalam bilik kemudi. Baginda dan Nakhoda Kapal menoleh ke arah pintu apabila mendengar derap kaki seseorang. Tuah menolak daun pintu bilik kemudi.
"Kita akan masuk ke Pusar Air. Cuba lihat di sana!" Beritahu Nakhoda Kapal dengan cemas. Dia menundingkan jari telunjuknya ke hujung sungai yang sedang mereka lalui. Jelas kelihatan pusar air sedang tenganga menyedut apa sahaja yang melaluinya.
"Ayahanda akan mengemudi kapal ini. Anakanda pergilah selamatkanlah seisi kapal agar semua penumpang tidak tercampak jatuh dari Kapal" Titah Tuanku secara tiba-tiba. Baginda tahu akan kesilapan yang telah dilakukan. Sememangnya baginda yang memaksa Nakhoda Kapal itu melalui Sungai Linggi.
"Usahlah ayahanda bimbangkan akan keselamatan penumpang dan anak kapal. Semuanya Anakanda telah serahkan kepada Laksamana Kasturi dan Lekir. Anakanda tidak bimbang jika kita melalui Sungai yang menuruni bukit di hadapan kita ini...tetapi anakanda bimbang kita akan terperangkap ke dalam pusar air hitam itu, ayahanda"Jelas Tuah. Sultan Mahmud Shah terdiam seketika.
"Ayahanda akan mengemudi kapal ini semampu ayahanda" Putus Sultan Mahmud Shah memegang bahu Tuah. Sultan Mahmud Shah memang terkenal dengan kecekapan baginda mengemudi kapal. Malah baginda adalah Putera Sultan Muhammad Shah yang sering dibawa belayar ke Rom dan China berbanding Sultan Mudzaffar Shah. Segala ilmu laut dan pelayaran telah diturunkan kepada baginda sejak kecil lagi.
"Kalau begitu anakanda akan naikkan lagi kain layar agar kapal ini lebih perlahan apabila menuruni Sungai yang cerun itu" kata Tuah lalu keluar dari bilik kemudi.
Dayungan kapal telah di hentikan. Kain layar dinaikkan kesemuanya. Mendam Berahi belayar dengan perlahan menghampiri kaki bukit Sungai Linggi. Tuah meneropong Kapal Alfonso dihadapan mereka. Kelihatan kapal Alfonso telah menjunam memasuki Sungai yang cerun di kaki bukit Sungai Linggi itu. Kapal mereka terhuyung hayang kerana dipukul arus sungai yang deras. Tiang layar mereka bergoncang tidak tentu arah. Tuah meneropong beberapa kali sambil memberi isyarat kepada orang-orangnya supaya bersedia.
Akhirnya 'Mendam Berahi' turut menjunam ke dalam Sungai yang cerun itu. Air sungai menelan kapal 'Mendam Berahi' buat seketika. Kemudian tiang layar ditarik sekuatnya oleh orang-orang Tuah sehingga kapal 'Mendam Berahi' itu terapung semula.

ANDA SEDANG MEMBACA
Puteri Buih 2
FantasySebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...