Athur berdiri di atas kapal perangnya sambil meneropong ke arah Kapal Mendam Berahi. Dia menanti orang suruhannya kembali membawa berita dari Kapal Besar yang telah menarik minatnya. Ukiran dan senibina kapal itu sungguh istimewa. Lebih-lebih lagi saiznya yang sungguh besar.
"Katakan kepada Athur, jika inginkan Kapal Mendam Berahi dia harus bersemuka dengan kami terlebih dahulu" Tuah memberi arahan kepada orang suruhan Athur. Lelaki itu merenung Tuah sambil mulutnya mengunyah sesuatu. Sesekali dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar sambil berjalan di atas kapal Mendam Berahi.
"Athur akan membayar dengan harga tinggi untuk kapal ini. Lebih baik kalian semua bersetuju sahaja dengan tawarannya" Balas orang suruhan Athur seolah-olah cuba memaksa.
"Pergilah! Dan....Bawa Athur ke mari!" Sapa satu suara dari belakang mereka. Semua yang berada di situ sungguh terkejut. Mereka semua menoleh ke arah suara itu. Termasuk orang suruhan Athur.
"Jack Sparrow!" Terpacul nama itu Dari bibir orang suruhan Athur. Tuah Dan Raden Putra sungguh terkejut apabila melihat Panglima Awang berdiri tegak di belakang mereka. Lelaki berbadan sasa itu memakai pakaian serba hitam sementara di tangannya terdapat sebilah pisau belati yang tajam.
"Aku mahu berjumpa dengan Athur" tegas Panglima Awang.
"Ba..baik Kapten Jack" Balas orang suruhan Athur tergagap-gagap. Panglima Awang tersenyum sinis.
Setelah orang suruhan Athur pergi meninggalkan mereka, Tuah mendekati Panglima Awang yang sedang bermain dengan pisau belatinya.
"Bagaimana Tuanku boleh berada di sini? " Tuah bertanya dengan perasaan terkejut melihat kehadiran Putera Sulung Sultan Mahmud Shah itu."Tak perlu memanggil saya dengan panggilan 'Tuanku'. Cukuplah dengan panggilan Panglima" Jawab Panglima Awang tersenyum. "Saya naik ke sini tanpa pengetahuan ayahanda Dan kamu semua sewaktu Dari Goa lagi. Di manakah Puteri Buih?...." Kata Panglima Awang lagi. Dia mulai terbayang wajah puteri kecilnya bersama permaisurinya Raja Puteri Pattani. Perasaan tidak sabar untuk bertemu Puteri Buih mulai membara di dalam dadanya.
"Maksud Tuanku...."
"Bukankah saya tidak mahu kalian memanggil saya dengan panggilan Tuanku!Saya Ingin berjumpa Puteri Buih" Bantah Panglima Awang memotong kata-kata Tuah.
"Maafkan kami Panglima,.adakah maksud Panglima Ingin bertemu anakanda Panglima, Puteri Buih?"Soal Tuah resah.
"Adakah soalan dijawab dengan soalan wahai Laksamana Melaka? Saya Ingin Tuan Laksamana membawa saya ke bilik Tuan Puteri" arah Panglima Awang.
"Tapi Puteri Buih tidak ada di sini" balas Raden Putra lalu bingkas bangun. Tuah menarik Tangan Raden Putra sambil menggeleng kepala seolah olah memberi isyarat kepada Raden Putra supaya tidak memberitahu hal sebenar kepada Panglima Awang.
"Jika begitu di mana Puteri Buih?" Soal Panglima Awang tegas.
Tuah Dan Raden Putra bersama para pengikut mereka terdiam. Panglima Awang berasa hairan dengan kebisuan diantara orang-orang di hadapannya itu.
"Sebenarnya Puteri Buih telah di culik!" Jerit satu suara yang tegas dan kuat sekali. Sultan Mahmud Shah berdiri di anjung kapal Mendam Berahi. Baginda menuruni tangga di hadapan kamar DiRaja.
"Ayahanda..." Panglima Awang terpana dengan penjelasan Sultan Mahmud Shah.
"Siapakah yang menculik Puteri Buih?" Soal Panglima Awang . Tuah Dan Raden Putra tertunduk buat seketika. Sukar untuk mereka menjelaskan kepada Panglima Awang.
"Mengapa kalian diam? Adakah seluruh pahlawan Nusantara telah menjadi pengecut!!!" Tengking Panglima Awang. Dia hilang sabar dengan apa yang terjadi. Sungguh dia tidak menyangka Puteri Buih yang diamanahkan kepada ayahandanya iaitu Sultan Mahmud Shah telah di culik!
"Itulah sebabnya kami ke mari..."Jawab Sultan Mahmud Shah tenang. Tangannya perlahan lahan mengusap alur tangga kapal Mendam berahi itu. Alur tangga itu diperbuat Dari emas. Kemewahan kapal itu tidak sedikitpun memberi kebanggan kepada baginda melainkan rasa sedih yang sentiasa terpahat di hati semenjak tanah jajahannya menjadi rebutan bangsa asing. Malah baginda turus bermuram durjana kerana terpaksa berjauhan dengan anak Dan isterinya selama ini.
"Jadi apa tujuan ayahanda bertemu Mateus?" Soal Panglima Awang. Dia teringat pertemuan mereka di Goa sebelum ini.
"Mereka telah menculik Puteri Buih..." Jawab Sultan Mahmud Shah perlahan.
"Kenapa ayahanda tidak memberitahu hal sebenar kepada anakanda!!!"Tanpa disedara Panglima Awang telah meninggikan suara kepada ayahandanya. Kemarahannya sudah tidak terkawal lagi.
"Sila tinggalkan Beta dan Putera Awang Pattani.." pinta Sultan Mahmud Shah kepada Laksamana Tuah , Raden Putra Dan pengikutnya. Baginda tidak mahu pertengkaran mereka dua beranak ikut didengari orang lain. Semua yang berada di situ akur dengan titah perintah Tuanku Sultan Mahmud Shah.
"Anakanda telah lupa adab sopan ketika bertutur dengan ayahanda...mungkin terlalu lama anakanda menjadi bajak laut.," Tegur Sultan Mahmud Shah dengan perlahan. Suaranya terselit perasaan yang berbaur kesedihan bercampur dengan kekecewaan terhadap tindakan Panglima Awang.
"Mengapa ayahanda tidak boleh berkata Hal yang sebenar???? Mengapa perlu menyembunyikan Hal yang terjadi terhadap Puteri Buih. Ayahanda telah merahsiakan daripada pengetahuan anakanda.." Marah Panglima Awang.
"Ampunkan ayahanda...segala yang berlaku adalah dari kesilapan ayahanda. Tanah jajahan kita menjadi rebutan...mereka mengambil kesempatan dengan melarikan Puteri Buih" pinta Sultan Mahmud Shah.
"Anakanda tidak akan berdiam diri jika perkara ini melibatkan Mateus!!!" Marah Panglima Awang merenung ke arah laut yang luas.
"Sebetulnya Mateus telah membuka bidaan .... Puteri Buih telah dijual" Terang Sultan Mahmud Shah. Panglima Awang sungguh terkejut. Puterinya menjadi barang dagangan!!!!
"Siapa yang membeli Puteri Buih?" Tanya Panglima Awang tegas. Sememangnya dia marahkan kejadian yang menimpa Puteri Buih...tetapi tidaklah dia Marah kepada ayahandanya Sultan Mahmud Shah.
"Athur...lelaki berkulit putih itu" Jawab Sultan Mahmud Shah sambil merenung ke arah kapal Athur. Panglima Awang terdiam. Dia menarik nafasnya yang tersekat di dada. Athur adalah pedagang bangsawan yang terkaya di barat. Siapa tidak mengenalinya pada ketika itu. Sungguh Panglima Awang menjadi buntu. Sepatutnya mereka menyelamatkan Puteri Buih sebelum Mateus membuka bidaan.
"Adakah kita mampu untuk berperang dengan mereka?" Tanya Panglima Awang perlahan. Dia terduduk di tangga kapal. Sultan Mahmud Shah memegang bahu Panglima Awang lembut.
"Ayahanda sudah semakin tua ...jika segala harta serta krkayaan ayahanda perlu diserahkan kepada mereka....demi menebus kembali Puteri Buih ayahanda sanggup lakukan" Titah Sultan Mahmud Shah. Panglima Awang terdiam. Dia mulai terbayang segala jajahan takluk ayahandanya yang berada di kepulauan Nusantara. Adakah segalanya perlu di gadai kepada Dunia Barat demi menebus kembali seorang anak cucu keturunan mereka yang telah diculik bangsa asing...
Panglima Awang menggenggam Tangan ayahandanya lalu bangun memeluk lelaki Tua yang masih sasa itu. Walau seluruh tenaga lelaki Tua itu mulai kendur dimamah usia. Tetapi bukan Salah dirinya sehingga anak cucunya diculik bangsa asing. Tentulah ia Salah bangsa asing yang tamakkan kuasa Dan harta demi meluaskan empayar kekuasaan mereka. Demi menguasai ekonomi Dunia. Segalanya disebabkan Sultan Mahmud Shah atau Mekong pemilik gunung emas yang menjadi bualan seluruh pelayar Dunia...
YOU ARE READING
Puteri Buih 2
FantasySebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...