Selat Melaka digemparkan dengan berita kedatangan empat Armada perang terbesar yang bersekutu dengan Kerajaan Johor-Riau. Mereka adalah kapal-kapal perang milik Kerajaan China yang berpusat di Teluk Makassar. Kapal perang mereka di kepalai oleh 5 orang Putera Zhang Daeng iaitu Daeng Pe Ra Ni, Daeng Me Nam Bun, Daeng Me Re Wah, Daeng Chen Lak dan Daeng Ke Ma Si.Di belakang Armada perang Zhang Daeng pula, mereka diiringi oleh Armada Perang Jepun yang di ketuai oleh Putera kepada Raja Iskandar Agung yang bernama Alex Xander. Mereka menyambut perutusan daripada Mekong dan bersetuju membantu Sultan Johor-Riau bagi mendapatkan kembali cucundanya yang diculik Belanda iaitu Puteri Buih. Hubungan baik Mekong dengan Kerajaan Jepun adalah kerana pedagangan. Kerajaan Jepun dibenarkan melalui Jalan Laut yang dikuasai Kerajaan Johor-Riau di sepanjang Laut China Selatan kerana Mekong tidak pernah mengenakan sebarang cukai. Disebabkan hubungan baik itu Jepun bersedia membantu Mekong. Tetapi Alex Xander juga menuntut hubungan ketenteraan dari empayar Jajahan Mekong untuk bantuan ketenteraan dari Kerajaan Johor-Riau. Alex Xander mahu pulang ke Barat dan menuntut hak waris DiRaja miliknya dari Kerajaan yang dijajah oleh ayahandanya, Raja Iskandar Agung. Selepas ayahandanya pulang dari Jepun, Alex Xander mendapat maklumat dari siasatan kerana misteri kehilangan ayahandanya melibatkan sekumpulan Tentera bersalib yang kembali memberontak dan kemudian ayahandanya telah hilang. Malah ada Khabar berita yang mengatakan baginda telah mangkat. Alex Xander bertekad akan belayar keluar dari Jepun untuk ke Barat mencari ayahandanya. Perutusan dari Mekong adalah peluang kepada Alex Xander. Mereka akan membantu Mekong untuk menyelamatkan Puteri Buih dari orang-orang Belanda. Kemudian Alex Xander merancang akan belayar ke Barat bersama tentera Mekong selepas dia membantu Mekong menyelamatkan cucunda Kerajaan Johor-Riau itu. Sebenarnya Mekong juga adalah saudara kepada ayahandanya sewaktu keluarga mereka mula- mula menjelajahi dunia dalam menyebarkan ajaran agama Islam.
Armada ke 3 di Selat Melaka pula adalah Armada perang Johor-Riau yang di ketuai oleh Datuk Laksamana Megat Seri Rama, Datuk Laksamana Tuah atau Sultan Mansyur Shah, Datuk Laksamana Bentara Kasturi dan Datuk Laksamana Bentara Lekir. Mereka telah bersedia dan berbesar hati menerima kehadiran seluruh Armada tentera dari Timur itu.
Armada Tentera Kerajaan Monggol pula berada di utara Selat Melaka. Jumlah bilangan anak kapal mereka tidaklah besar. Tetapi semua orang tahu bahawa pada abad itu, kekuatan seorang tentera Monggol bersamaan 100 orang tentera biasa.
Panglima Perang Monggol, Genghis Khan telah tiba bersama Maharaja Ong selepas mereka menerima perutusan dari Raden Putra. Putera Mahkota Kerajaan Monggol itu telah memberitahu mereka isterinya Puteri Buih telah ditangkap oleh orang-orang Belanda. Maharaja Ong pula mempunyai rencananya tersendiri selepas baginda mendapat tahu akan kehadiran Sultan Mahmud Shah di Selat Melaka. Baginda tersenyum sambil mengusap janggutnya. Perbalahan di antara dia dengan Sultan Mahmud Shah masih belum berakhir. Maharaja Ong tetap merasakan Sultan Mahmud Shah dan Sultan Mudzaffar Shah telah belot kepada Keluarga dalam pegangan agama mereka bertiga sebelum ini.
Malam itu cahaya pelita dari beribu-ribu kapal telah memenuhi Selat Melaka. Semua Ketua pemimpin setiap Armada Kapal telah berkumpul di atas Kapal 'Mendam Berahi'
"Aku tak suka pertemuan begini!!!Ia hanya membuang masa!" Rungut Maharaja Ong sambil menjeling tajam ke arah Sultan Mahmud Shah.
"Jika kau tak suka lebih baik kau berambus dari sini!" Bidas Zhang Daeng kasar. Maharaja Ong mencapai botol Arak yang dibawanya lalu dia meneguk di hadapan Laksamana Tuah. Wajahnya dipenuhi parut parut luka.
"Kalau bukan kerana Raden Putra, dah lama aku bunuh orang tua ni...."Bisik Kasturi ke telinga Tuah perlahan. Tuah sangat Tenang. Laksamana Melaka itu memegang bahu Kasturi memberi isyarat meminta adik segurunya itu bersabar.
![](https://img.wattpad.com/cover/220110051-288-k85776.jpg)
YOU ARE READING
Puteri Buih 2
FantastikSebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...