Syekh Abdullah memegang lembaran bergulung yang diserahkan seorang tentera yang menunggang kuda di halaman pondok mengaji beliau. Beberapa ketika kemudian terdengar derap kaki kuda itu berlari meninggalkan Syekh Abdullah.
Lelaki tua lebih separuh abad itu membaca isi lembaran surat bergulung yang diserahkan kepadanya. Ternyata cop mohor di hujung lembaran itu milik Sultan Mudzaffar Shah.
"Utusan daripada siapa, ayahanda?" Soal Jamilah menghampiri Syekh Abdullah.
"Utusan dari Langkasuka..." Jawab Syekh Abdullah lalu duduk di atas anak tangga.
"Tentu daripada Tuanku Sultan Mudzaffar Shah. Ada apa baginda mengirimkan utusan kepada ayahanda?"Tanya Jamilah kehairanan.
"Ada ular raksasa telah mengamuk di Pulau Helang" Jawab Syekh Abdullah tenang.
"Adakah ayahanda mahu ke Langkasuka untuk berlawan dengan ular raksasa itu? Saya risaukan keadaan ayahanda... ayahanda bukanlah muda lagi untuk bermain senjata seperti di Parsi dahulu..." Nasihat Jamilah kepada ayahandanya.
"Tuanku meminta pertolongan kita..."Balas Syekh Abdullah.
"Saya tahu, ayah begitu sayangkan anak murid ayah tu (Sultan Mudzaffar Shah)...Tapi lebih baik ayah menghantar orang lain ke Langkasuka untuk membunuh Ular raksasa yang mengamuk itu" Kata Jamilah dengan tegas. Dia begitu sayangkan ayahandanya. Dia tidak mahu terjadi apa-apa kepada Syekh Abdullah.
"Siapa lagi yang ayahanda boleh harapkan....Tentera Sultan Iskandar Shah telah dipanggil kembali ke Parsi... ayahanda masih di sini kerana ditugaskan mencari pewaris baginda..."
"Bukankah Muhyiddin ada...siapa lagi kalau bukan dia yang lebih layak untuk ke Langkasuka!" Tegas Jamilah.
"Muhyiddin seorang Putera Mahkota....ayah tak mahu libatkan baginda dengan Kerajaan Langkasuka.."Jawab Syekh Abdullah memberi alasan.
"Ayahanda tentu tahu dari mana asal usul dua ekor ular raksasa itu.." Kata Jamilah seakan menguji ayahandanya.
"Kisah lama jika diungkit tentulah meracun jiwa..." Kata Syekh Abdullah terbayang akan wajah Maharaja Ong Maha Perita Deria.
"Jika ayah mencampuri urusan Raja Sakti, bermakna ayah mengundang porak peranda di bumi Langkasuka.." Kata Jamilah memberi amaran kepada Syekh Abdullah.
Tanpa disedari oleh Jamilah dan Syekh Abdullah.... Puteri Buih telah mendengar perbualan mereka dua beranak. Puteri Buih berasa dirinya sangat bersalah dengan apa yang telah berlaku. Baginda Puteri mulai memahami Kerajaan Langkasuka berada di dalam kesusahan. Ia disebabkan kedegilannya terhadap kehendak Raden Putra.
Larian Puteri Buih tergendala sewaktu bertembung dengan Tuah dan pengikutnya. Tuah dan para pengikutnya terkejut melihat Puteri Buih. Gadis itu merampas sebilah pedang yang tergantung di sisi ladam seekor kuda. Dengan tidak semena-mena gadis itu memanjat kuda tersebut lalu menunggangnya.
"Puteri!!!!!" Jerit Tuah berlari ke arah Puteri Buih dan kuda yang ditunggang gadis itu. Hampir kuda putih itu melanggar Tuah.
"Kejar dia!!!!" Jerit Tuah kepada salah seorang pengikutnya. Para pengikut Tuah terkocoh-kocoh melepaskan tali tambatan kuda mereka. Suasana menjadi kelam kabut. Tuah turut menunggang seekor kuda berwarna hitam. Dia mengejar anak saudaranya itu. Jika ilmu kesaktiannya boleh diguna pakai di Pattani Raya itu, tentu mudah dia mengejar Puteri Buih. Tetapi tiada ilmu kebatinan dapat digunakan di kawasan Syekh Abdullah tersebut.
Pokok-pokok renek yang tumbuh melata di hutan Pattani Raya itu bergoncang kuat dan bergegar. Larian Kuda yang berwarna Putih itu begitu pantas. Puteri Buih tahu bapa saudaranya berada di belakang. Pengikut Tuah yang mengejar Puteri Buih telah jauh ketinggalan. Gadis itu memacu kuat tali kekangan kudanya. Dia akan melepasi sempadan Pattani Raya untuk memasuki Langkasuka. Puteri Buih berjaya menuruni Gunung yang menemukannya dengan sebuah Kuala Sungai yang berada dibawah jajahan Kerajaan Langkasuka. Nafasnnya tercungap-cungap sewaktu dia turun dari kuda untuk minum air di Kuala Sungai itu.
YOU ARE READING
Puteri Buih 2
FantasySebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...