Alfonso menadah tangan kepada Francisco. Panglima Perang Belanda itu meletakkan sepucuk pistol yang muncungnya sebesar 3 ibu jari manusia. Pelurunya sudah terisi menanti diletupkan."Di mana Duyung itu?" Soal Alfonso meletakkan senjata itu dikepala Datuk Bendahara Perak.
"Duyung?" Terpancul soalan itu serentak di bibir Tuah dan Raden Putra.
"Ya, Isteri Putera Mahkota ini!!!Di mana dia?" Soal Alfonso tegas. Suaranya sedikit dikeraskan.
"Hey ! Orang tua! Kau nak buat apa dengan Isteri aku hah!!?" Raden Putra mengangkat pedangnya untuk melibas Alfonso. Jeneral Belanda itu memetik picu pistolnya. Sebutir peluru tepat mengena lengan sasa pemuda itu. Pedangnya terlepas. Seisi penumpang Kapal Mendam Berahi terkejut dengan tembakan itu. Mereka berlari bertempiaran untuk menyembunyikan diri. Raden Putra cuba bangun. Berpuluh-puluh orang tentera Belanda mara dan mengepung Raden Putra. Tuah melompat dan mencapai tiang layar. Dia memberi isyarat kepada seluruh hulubalang dan pahlawan DiRaja keluar dari tempat persembunyian mereka.
"Serang!!!!!" Jerit Tuah. Seluruh hulubalang Melayu berlari menujah tentera Belanda dengan tombak. Beberapa das tembakan dilepaskan Alfonso, tetapi peluru itu tersasar sehingga pistol Alfonso telah kehabisan peluru. Beberapa buah anak kapal perang Tuah telah menghampiri Kapal 'Mendam Berahi'. Beratus-ratus pahlawan dan hulubalang Melayu melompat ke atas Kapal 'Mendam Berahi'.
Tentera Belanda dikeronyok oleh orang-orang Tuah. Raden Putra mengoyak kain kaki seluarnya lalu mengikat lengannya yang terasa berat untuk di angkat. Dia bersandar di balik tiang layar kapal. Tentera Belanda semakin ramai menghampiri Kapal 'Mendam Berahi'. Mereka berlawan dengan hulubalang Melayu. Tombak dan Pedang saling berlaga antara satu sama lain. Beberapa buah anak kapal Belanda mula menuju ke arah kapal 'Mendam Berahi'
Tuah berdiri di atas pemegang dek kapal. Dia mula menyedari kehadiran kapal-kapal Belanda. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Seketika angin mula bertiup laju ke arah kapal-kapal Belanda yang ingin menuju ke arah kapal 'Mendam Berahi'. Awan hitam menyelubungi kapal-kapal Belanda. Petir mula berdentum menggegar lautan. Tuah berdoa agar kapal Belanda yang menuju ke arah mereka akan terhalang.
Puteri Buih sungguh terkejut apabila kapal mereka cuba ditawan Alfonso. Dia mengintai di balik sebatang tiang yang berada di dek belakang kapal. Suaminya Raden Putra telah cedera kerana ditembak. Puteri Buih masuk semula ke bilik beradunya. Dia tercari-cari senjata memanah Raden Putra. Dengan pantas dia mencapai Busur dan anak panah milik Raden Putra. Dia berlari untuk memberikannya kepada Raden Putra.
Dalam kekecohan dan pergelutan di tengah-tengah kapal, Puteri Buih berlari mendapatkan Raden Putra. Tuan Puteri itu masih berbaju tidur nipis dan rambutnya tidak terurus. Segalanya berlaku dengan begitu pantas. Di tangannya tergenggam kukuh sebuah pedang panjang milik Syekh Abdullah. Dia berlari sambil mengusung Busur dan anak panah Raden Putra. Beberapa orang tentera Belanda mula menyerang Puteri Buih. Gadis itu melibas mereka dengan pedang. Bercerai tangan tentera Belanda itu. Pergelutan di atas Kapal itu berterusan tanpa henti sehingga matahari mula tegak di atas kepala.
Akhirnya Puteri Buih sampai kepada suaminya Raden Putra yang tersandar di tiang kapal layar. Tangannya sukar untuk diangkat kerana tembakan yang mengena lengannya.
"Abang, kita kene keluar dari sini..cepat bangun!" Ajak Puteri Buih cuba ingin memapah suaminya.
"Tidak, Puteri tolong abang. Keluarkan peluru ni" bantah Raden Putra menggenggam lengan Puteri Buih.
"Puteri tak tahu.." Jawab Puteri Buih memeriksa lengan Raden Putra yang berlumuran darah.
"Korek dengan belati ni" arah Raden Putra menghulur kepada Puteri Buih.
YOU ARE READING
Puteri Buih 2
FantasySebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...