Bab 25

464 18 3
                                    

         Puteri Buih sungguh terkejut apabila mendengar berita yang disampaikan Jamilah. Dia menjadi buruan Kompeni Belanda dan orang Inggeris! Perkara itu sungguh tidak masuk akal.... Puteri Buih tertanya-tanya di dalam hati, apakah yang di inginkan oleh bangsa asing itu daripada dirinya? Dan apakah kesalahan yang dia telah lakukan.

       "Tuanku akan membawa Puteri pulang ke Tanah Abang. Pakcik harap Puteri bersetuju dengan keputusan baginda" Beritahu Tuah.

        "Adakah kita melarikan diri dari Kompeni Belanda? Menjadi bangsa pengecut?" Jeling Puteri Buih. Datuk Bendahara Perak menggeleng-gelengkan kepalanya.

       "Janganlah Puteri bersangka begitu. Tuanku akan menemukan Puteri dengan Sultan Mahmud Shah...Nenda Puteri. Sudahkah Puteri lupa?" Kata Datuk Bendahara Perak mengukir senyuman ke arah gadis itu.

     "Adakah disebabkan atas titah perintah Sultan Mudzaffar Shah, Atuk akan pulangkan Puteri kepada Nenda?" Soal Puteri Buih agak tidak berpuas hati.

       "Ya itu juga atas taat setia atuk kepada Tuanku...Untuk pengetahuan Puteri, bukan Puteri seorang sahaja yang akan kembali kepada Sultan Mahmud Shah, Puteri Onang Sari dan Raja Ahmad juga akan dikembalikan kepada Sultan Mahmud Shah" Jelas Datuk Bendahara Perak. 

       "Sudah terlalu lama Puteri tidak ketemu dengan Nenda Sultan Mahmud Shah. Tapi khabar berita tentang kekejaman Nenda telah menjadi buah mulut semua orang... Puteri sedikit janggal untuk bertemu Nenda" Balas Puteri Buih perlahan. Mulutnya sedikit muncung.

        "Atuk telah tahu semua yang berlaku sehingga menyebabkan keluarga Datuk Sya'aban, Jebat dan anak atuk sendiri terkorban ....Tapi atuk tak akan mampu melawan Sultan Mahmud Shah..malah atuk tak akan mahu mendurhaka kepada baginda..." Jelas Datuk Bendahara Perak. Puteri Buih terdiam seketika mendengar jawapan daripada bekas Bendahara Istana Melaka itu.

    "Atuk, Puteri minta maaf bagi pihak keluarga Puteri kerana kematian Tun Besar.." Pinta Puteri Buih.

     "Tidak mengapalah, Puteri...atuk telah redha menerima ketentuan Ilahi...taat setia atuk kepada raja dan agama akan atuk genggam sehingga akhir usia" kata Datuk Bendahara Perak tenang.

       "Kalau begitu Puteri sedia mengikut Tuanku Sultan Mudzaffar Shah ke Tanah Abang..."Putus Puteri Buih. Dia terlupa akan janjinya dengan Raden Putra. Malah dia terlupa akan cintanya kepada kekasih hatinya itu demi kerana taat setia kepada keluarganya...

         "Baguslah kalau begitu. Kalau Puteri telah bersetuju, kita akan berangkat ke Tanah Abang secepat mungkin"Kata Tuah tersenyum.

       Pada malam itu Tuah telah mempersiapkan sebuah Lancang berwarna kuning milik Puteri Buih yang dihadiahkan Raden Putra sewaktu mereka berlayar ke Pattani Raya. Lancang kuning itu tidak dapat membawa ramai orang. Jadi terpaksalah separuh daripada orang-orang Sultan Mudzaffar Shah ditinggalkan bersama Syekh Abdullah. Mereka merancang untuk belayar pada waktu malam demi mengelakkan daripada di kesan oleh Tentera Monggol yang telah menguasai Langkasuka.

       "Pakcik yakin kita akan sampai dengan Lancang Kuning ni?" Soal Puteri Buih bercekak pinggang di tebing muara sungai Langkasuka.

       "Kita tak ada pilihan lain selain Lancang kuning ini. Jika kita mengikut jalan daratan ia akan mengambil masa lebih lama lagi"Jawab Tuah melilit tali tiang layar ke pinggangnya.

     "Pakcik sendiri tahu, ini adalah Lancang untuk mengisi pakaian dan barang-barang Puteri yang di hantar Raden Putra. Takkan ia boleh belayar ke Tanah Abang yang jauh tu" Rungut Puteri Buih memeriksa pakaian dan barang-barang yang berada di dalam Lancang itu.

        "Ia memang tak akan sampai ke Tanah Abang dengan satu tiang layar, .tapi jika ia di tambah lagi dengan dua tiang layar, kita pasti akan sampai ke sana" Kata Tuah tersenyum. Puteri Buih duduk di atas peti pakaiannya sambil melihat Tuah mengarahkan orang-orangnya menaikkan lagi dua batang tiang layar di atas Lancang itu. Mereka bersorak beramai-ramai apabila telah berjaya mengikat tali tiang layar masing- masing ke pelantar kapal. Lancang Kuning itu terumbang- ambing di bayangi awan malam.

      "Semua peti peti ni terpaksa kita buang. Bedok!!!!campakkan semua peti dan pakaian Tuan Puteri ke sungai. Ruang peti itu kita boleh persiapkan untuk Tuanku duduk" Arah Tuah. Puteri Buih sungguh terkejut.

       "Pakcik!!!pakaian dan barang-barang itu hadiah dari Raden Putra...tolonglah jangan dibuang" Rayu Puteri Buih. Tuah tidak mengendahkan permintaan anak saudaranya itu. Segalanya telah di campakkan ke air.

        "Puteri akan dapat yang baru dari Tuanku Sultan Mahmud Shah.."Balas Tuah tidak mengendahkan permintaan gadis itu. Puteri Buih menarik sebuah peti dan duduk bersila di atas peti itu. Dia tidak mahu Tuah membuang peti yang didudukinya itu ke Laut. Cukuplah yang lain telah dicampakkan ke dalam air begitu sahaja.

      "Datuk, semua peti dan pakaian Tuan Puteri kami telah campakkan ke air. Hanya tinggal satu peti dan sebuah barang berkilat itu sahaja" Beritahu Bedok menundingkan jarinya ke arah peti yang diduduki Puteri Buih. Gadis itu memeluk sebuah cermin yang dihadiahkan oleh  Raden Putra dengan erat. Dia tidak mahu Tuah mengambil peti dan cermin itu.

       "Puteri, berikan kepada pakcik peti dan cermin tu..jangan berdegil! Sebentar lagi Tuanku akan ke mari!" Marah Tuah cuba merampas cermin yang di peluk erat oleh Puteri Buih.

      "Tidak!!!Ayuh...!!Jika pakcik berani menyentuh cermin ini, Puteri akan kerat tangan pakcik!" Gertak Puteri Buih menarik pedang panjang yang dihadiahkan Syekh Abdullah kepadanya. Dia telah bersedia berdiri di atas peti kayu itu sambil menghunus pedang ke arah Tuah.

        "Puteri! Pakcik tak mahu kita berlawan sekarang...kita tak punya banyak masa. Tuanku akan sampai ke mari bersama Datuk Bendahara Perak"Tegas Tuah. Kekecohan berlaku  di atas Lancang itu apabila Tuah mula mengelak libasan pedang Puteri Buih. Mereka melompat -lompat saling berbalas-balas serangan. Puteri Buih ketawa melihat wajah cemas Tuah yang cuba menolak untuk berlawan dengannya. Dia bergayut di tali tiang layar apabila Tuah cuba menerkam ke arah nya. Tuah akan pastikan dia dapat merampas pedang Puteri Buih dan memberhentikan perlawanan mereka berdua.

       " Pakcik tak dapat menangkap Puteri...pakcik kalah!!"Tawa Puteri Buih ketawa sambil berdiri di atas tiang rusuk layar.

      "'Cis!!!Cucu lanun!!! Turun ke sini! Pengecut!" Jerit Tuah mencapai tali ikatan tiang layar. Dia akan membuka tali ikatan itu untuk menjatuhkan tiang layar tempat Puteri Buih berdiri. Sepantas kilat Tuah membuka ikatan tiang layar itu...

       Puteri Buih sungguh terkejut apabila tiang rusuk tempat dia berdiri  mula condong dan menjunam jatuh. Suasana di Lancang Kuning menjadi kacau bilau apabila Puteri Buih mencapai kain layar kapal dan bergayut di atasnya. Tuah menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Puteri Buih. Beberapa orang pengikut Tuah cuba menurunkan Puteri Buih dari kain tiang layar.

       Tanpa mereka sedari, rombongan Tuanku dan Datuk Bendahara Perak telah tiba di tebing sungai tempat Lancang Kuning berlabuh.

        "Mengapa Lancang ini tidak siap lagi???Apa yang terjadi di sini?" Soal Datuk Bendahara Perak. Tuah dan Puteri Buih terkedu melihat Tuanku Sultan Mudzaffar Shah telah berdiri di atas Lancang Kuning itu...Baginda merenung tajam ke arah Tuah dan Puteri Buih.

        

        

       

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now