Bab 16

626 22 0
                                    

Pujukan dan rayuan Raden Putra tidak diendahkan oleh Puteri Buih. Kemahuan Tuan Puteri itu untuk mempelajari Kitab suci Al -Quran lebih mendalam daripada perasaan cintanya kepada Raden Putra. Walau Cinta itu telah dipupuk sejak kecil, namun Cinta itu tidak dapat membawanya ke Langkasuka. Puteri Buih tidak menafikan bahawa dia memang mencintai Raden Putra yang berasal dari Kerajaan Phang itu. Cuma Puteri Buih ingin mendalami ilmu agama Islam di Pattani Raya.

"Betul....,memang Atuk yang minta Puteri pulang ke Langkasuka bersama Raden Putra. Atuk risaukan keselamatan Puteri" Jelas Datuk Bendahara Perak kepada Puteri Buih.

"Tapi Puteri tak mahu pulang ke Langkasuka!" Balas Puteri Buih merenung ke luar jendela. Kolam air Margajiwa itu memantulkan cahaya lalu mengenai wajahnya.

"Apa yang atuk katakan ini demi keselamatan Puteri. Puteri perlu pulang ke pangkuan keluarga....sudah cukup tempoh Puteri menjadi rakyat biasa dan panglima perang atuk..." Pujuk Datuk Bendahara Perak sambil tersenyum. Kata-kata Datuk Bendahara Perak itu penuh makna.

"Kenapa atuk tak boleh biarkan Puteri berada di sini bersama atuk? Sedangkan Puteri tak kisah menjadi rakyat biasa atau panglima perang.... Puteri mahu kita sekeluarga tetap bersama sampai bila-bila" kata Puteri Buih memegang tangan Datuk Bendahara Perak. Lelaki tua itu mengusap kepala Puteri Buih.

"Puteri semakin dewasa....atuk semakin tua...kita tak akan selamanya hidup di muka bumi ini" bisik Datuk Bendahara Perak perlahan.

"Tapi Puteri tak mahu kehilangan atuk. Sejak kecil atuk yang menjaga Puteri dan membesarkan Puteri, bagaimana tergamaknya Puteri meninggalkan atuk ketika atuk dalam kesusahan begini" Kata Puteri Buih sayu.

"Puteri, ini bukan soal atuk...atau keluarga atuk.....ini Soal janji atuk...janji Puteri dengan Raden Putra. Atuk tak mahu orang lain jadi mangsa...mereka Kerajaan paling besar ...paling kuat dan mereka orang-orang gunung kepulauan ini...kita telah bersetuju untuk meminta bantuan mereka menyingkirkan Belanda-Siam dari kepulauan kita" jelas Datuk Bendahara Perak.

"Puteri tao..tapi Puteri ingin belajar ilmu yang dimiliki oleh Syekh Abdullah dan kak Jamilah. Ilmu mereka cukup tinggi....dan Puteri tertanya-tanya dari manakah kuasa yang mereka dapat miliki sehingga ia dapat menundukkan ilmu kebatinan Raden Putra dan pakcik Tuah" Terang Puteri Buih.

"Atuk tak halang Puteri untuk tinggal di sini. Tapi Puteri kene fahamkan Raden Putra. Dia tidak bersetuju..." Balas Datuk Bendahara Perak.

"Puteri dah cuba. Tapi Raden Putra mengajak Puteri pulang ke Langkasuka untuk berkahwin...." Kata Puteri Buih sayu.

"Itulah sebabnya atuk minta Puteri mengikut Raden Putra. Demi kebaikan seluruh Kerajaan Nusantara ini. Dia akan bawa Puteri bertemu Sultan Mudzaffar Shah" Terang Datuk Bendahara Perak.

"Tidak, Puteri tak mahu pulang ke Langkasuka. Puteri tidak bersetuju!" Puteri Buih menunjukkan kedegilannya. Datuk Bendahara Perak menggeleng-gelengkan kepalanya. Lelaki tua itu bangun perlahan-lahan lalu melangkah pergi. Beliau meninggalkan Puteri Buih di bangunan yang mempunyai kubah itu. Datuk Bendahara Perak tidak berjaya memujuk anak gadis itu untuk pulang ke Langkasuka bersama Raden Putra.

Belum pun sempat Datuk Bendahara Perak menaiki pondok beliau, Raden Putra muncul bersama dua orang pengawalnya.

"Datuk Bendahara, sudahkah Datuk katakan kepada Puteri Buih, dia mesti mengikut beta ke Langkasuka!" Raden Putra menyapa Datuk Bendahara Perak ketika lelaki tua itu menaiki tangga pondok.

" Ampun Tuanku, Puteri Buih meminta tempoh agar dia dibenarkan tinggal disini untuk beberapa ketika" Jawab Datuk Bendahara Perak.

"Tapi beta tidak boleh tinggal disini! Ilmu kesaktian beta tumpul...Beta ingin membawa Puteri Buih bersama beta ke Langkasuka!" Balas Raden Putra.

"Tuanku pergilah ke Langkasuka dahulu. Nanti apabila tiba masanya Puteri Buih akan menyusul" pinta Datuk Bendahara Perak.

"Adakah Datuk cuba memungkiri janji? Datuk Bendahara sudah tahu kan... Puteri Buih itu milik beta...milik seluruh Kerajaan Raja Sakti!!! Bagaimana boleh beta tinggalkan Puteri Buih disini???" Tegas Raden Putra.

"Ampun Tuanku. Bukan begitu maksud patik. Patik dan seluruh angkatan perang Negeri Perak yang bersatu di Belum dan Janin tak akan memungkiri janji... Puteri Buih memang milik Tuanku! Tapi berilah baginda Puteri sedikit masa berada di sini" Pujuk Datuk Bendahara Perak. Raden Putra mundar mandir di hadapan Datuk Bendahara Perak.

"Baiklah. Beta akan ke Langkasuka bersama seluruh angkatan perang beta. Tapi ingat, Beta tinggalkan Puteri Buih di Pattani Raya ini hanya seketika...baginda Puteri mesti tunaikan janjinya!!!" Pesan Raden Putra dengan tegas.

"Ampun Tuanku. Menjunjung titah! Puteri Buih tak akan mugkiri janji. Patik sendiri akan menasihatinya" Jawab Datuk Bendahara Perak tunduk.

"Jika Datuk Bendahara Perak memungkiri janji, patik akan mengambil semula Negeri Perak dibawah jajahan Datuk, faham!!!!!" Ugut Raden Putra. Datuk Bendahara Perak sungguh terkejut. Beliau tidak menyangka Raden Putra sanggup mengugut dirinya kerana Puteri Buih.

Raden Putra telah meninggalkan Datuk Bendahara Perak di pondok mengaji beliau. Laksamana Tuah baru sahaja tiba disitu. Dia terpandang akan wajah sugul Datuk Bendahara Perak.

"Mengapa Datuk Bendahara berjanji dengan mereka? Ini akan membawa padah kepada negeri kita!!" Marah Tuah menggeleng-gelengkan kepala.

"Saya tiada pilihan lain, Tuah.......waktu itu saya dan Datuk Sya'aban ingin menyingkirkan Belanda-Siam. Kami tidak percaya Sultan Mahmud Shah bersengkokol dengan Belanda-Siam..." Terang Datuk Bendahara Perak.

"Sultan Mahmud Shah tak pernah menandatangani VOC bersama Belanda-Siam. Itu hanya tipu helah mereka..!!!" Kata Tuah tegas. Datuk Bendahara Perak menghela nafasnya.

"Tapi ketika itu kami semua tidak tahu. Kami telah memutuskan untuk mencari Sang Sapurba dengan mendaki dan menuruni Gunung demi meminta pertolongan Sang Sapurba yang terkenal di Nusantara akan kehebatan baginda bersama angkatan perang mereka sewaktu di Monggol. Akhirnya kami menemui baginda dan Sang Sapurba sanggup turun dari gunung untuk membantu kami. Sang Sapurba memberi jalan untuk meminta bantuan Raja Sakti di sebuah gua...maka sebab itulah kami semua telah bersetuju Raden Putra ataupun Raja Sakti itu dikahwinkan dengan Puteri Buih walau mereka masih kecil lagi ketika itu" Cerita Datuk Bendahara Perak.

"Huh!!!! pertolongan sepatutnya tidak bersyarat!!! Datuk lihatlah sekarang, Puteri Buih menjadi mangsanya. Bagaimana jika baginda Puteri tidak bersetuju dengan perkahwinan ini?!!" Tegas Tuah merenung Datuk Bendahara Perak dengan tajam.

"Jika baginda Puteri tidak bersetuju, buruk padahnya. Kerajaan di negeri kita ini akan di ancam oleh dua kuasa besar.....iaitu Belanda-Siam dan Raja Sakti!" Jawab Datuk Bendahara Perak bersama fikirannya yang buntu.

"Itulah Datuk, sekarang segalanya bergantung kepada baginda Puteri. Datuk juga sedang diburu Sultan Mahmud Shah!!! Berita ini telah tersebar di seluruh Siam...Datuk tidak boleh keluar lagi dari Pattani Raya!! Selagi Datuk tidak keluar dari sini, Datuk akan selamat!" Jelas Tuah kepada Datuk Bendahara Perak.

"Saya pun telah tua, jika mereka ingin membunuh saya, dipersilakan. Saya sedia berkorban demi tanah Melayu ini" Balas Datuk Bendahara Perak sayu. Dia bangun dari tangga pondok mengaji itu. Perlahan-lahan dia menaiki pondok itu dan hilang di balik pintu. Tuah menoleh kepada pengawalnya yang berbaris di hadapan pondok itu.

"Ayuh, kita ke Istana Kubah..." Ajak Tuah berjalan laju. Dia ingin bertemu Puteri Buih, anak saudaranya. Kemelut kedegilan Puteri Buih mengancam seluruh kepulauan Nusantara. Raden Putra tidak bisa melepaskan Puteri Buih yang dianggap telah menjadi miliknya. Malah perbezaan agama diantara Raden Putra dan Puteri Buih membuat mereka semakin dipisahkan. Tuah sudah melihat dilema itu, dan dia tahu Raden Putra bisa memerangi Langkasuka sekiranya Puteri Buih tidak mahu berkahwin dengan baginda. Sultan Mudzaffar Shah pasti akan menjadi mangsanya. Kerajaan Langkasuka pasti akan runtuh jika diserang Raja Sakti kerana mereka menguasai tentera dari kerajaan Monggol. Beberapa wilayah Siam juga turut dikuasai Raja Sakti. Malah Maharaja Ong Maha Perita Deria adalah seorang Raja yang mempunyai ilmu kesaktian tinggi. Khabarnya baginda sungguh kuat dalam ilmu sihir dan ghaib. Tuah terus melangkah laju menaiki bukit yang terletaknya Istana Kubah itu. Dia pasti berdepan dengan Puteri Buih. Dia berharap anak saudaranya itu telah cukup dewasa untuk memutuskan sesuatu dengan lebih matang. Bukan kerana kehendak hati.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now