Bab 48

323 14 3
                                    


Alfonso telah tiba di pelabuhan Goa. Lewat sedikit dari kapal 'Mendam Berahi'. Wajahnya merah menyala menahan amarah. Duyung yang dijanjikan kepada Raja Mateus telah lesap!

Hati Alfonso bertambah panas apabila terlihat poster yang ditampal di pelabuhan. Poster seorang perempuan berbadan ikan dan dua ekor ular naga.

"Aku benci Goa!" Jerit Alfonso sambil mengoyak sehelai poster yang dilekatkan pada sebatang tiang di pelabuhan itu. Dia berjalan laju menuju ke sebuah khemah di tengah pelabuhan yang sangat sibuk. Para pedagang berlainan bangsa dan negara berkumpul sambil bertukar-tukar barang dagangan.

"Nak jumpa siapa?" Tanya seorang pengawal yang berkumpul di luar sebuah khemah.

"Aku Alfonso. Jeneral Belanda. Aku nak jumpa Raja Mateus" Jawab Alfonso berdiri tegak.

"Tunggu sebentar!" Balas pengawal itu meninggalkan Alfonso lalu memasuki khemah. Agak lama pengawal itu berada di dalam, kemudian dia keluar semula menemui Alfonso.

"Raja Mateus tidak mahu berjumpa sesiapa pada masa ini!"Beritahu pengawal itu. Alfonso sedikit mendengus.

"Katakan pada Tuanku, ada hal penting yang ingin saya sampaikan!" Tegas Alfonso. Pengawal itu ingin masuk semula ke dalam khemah, tetapi bahunya ditahan seseorang.

"Tak perlu! Kau telah dipecat!" Kata lelaki itu kepada Alfonso. Lopo adalah Jeneral kedua selepas Alfonso.

"Lopo! Kenapa kau di sini? Bukankah kau sepatutnya berada di Siam?" Soal Alfonso. Dia tidak tahu kenapa Lopo berada di Goa.

"Aku dihantar untuk menggantikan kau! Lebih baik kau pergi dari sini. Raja Mateus telah memecat kau!" Beritahu Lopo.

"Aku tidak akan pergi selagi tidak berjumpa Raja Mateus!"Tegas Alfonso.

"Kau hanya membuang masa. Cerita kau telah tersebar diseluruh Kepulauan Nusantara!"Ejek Lopo. Dia mencebikkan wajah sambil memandang ke arah Kapal Alfonso di pelabuhan.

"Aku sudah berjaya menangkap Duyung itu. Dia cucu kepada seorang bangsawan dari Melaka" Beritahu Alfonso bersungguh-sungguh.

"Ya, itu pada mulanya! Tapi kau telah terlepas gadis berbadan ikan itu. Dan kau juga telah membuat kekacauan di Sungai Ujung!!! Berita itu telah sampai ke sini!"Bidas Lopo. Alfonso berasa sungguh geram lalu menolak Lopo ke tiang khemah di situ.

"Kau cuba menjatuhkan aku!!"Jerit Alfonso geram. Dia menarik kolar baju Lopo. Lelaki itu tercekik.

"Lepaskan aku! Kau sudah tak berguna kepada Tuanku! Lebih baik kau berambus dari sini!" Kata Lopo meronta-ronta.

"Aku seorang Wizurai!!!Tidak semudah itu aku akan mengalah. Kau akan berterima kasih kepada aku kerana menjatuhkan seluruh bangsa Islam itu...!!!" Kata Alfonso dengan sombongnya. Lopo masih tercekik di tiang khemah kerana tengkuknya dicengkam Alfonso.

"Tapi kaulah Wizurai yang menyusahkan!!!" Jerit Lopo sekuat tenaga melawan Alfonso. Tangan Alfonso ditolak Lopo sehingga cengkaman tangan Alfonso pada tengkuknya semakin lemah.

"Kekecohan apakah yang berlaku ini?" Satu suara menyapa mereka berdua. Alfonso dan Lopo menoleh. Raja Mateus berdiri di belakang mereka. Alfonso dan Lopo sungguh terkejut. Mereka segera menjatuhkan diri melutut dihadapan Raja Mateus.

"Maafkan kami, Tuanku!" Pinta Alfonso tunduk memegang kepala tongkatnya. Begitu juga Lopo memberi tunduk hormat sambil menggenggam hulu pedangnya.

"Kalian boleh bangun! Jangan sesekali menunjukkan perangai kebudak-budakkan kalian. Sungguh Beta tidak suka!!! Sudah, ayuh!!, ikut Beta ke gelanggang Goa" Titah Raja Mateus meninggalkan Alfonso dan Lopo. Bukan dia tidak nampak pergelutan yang berlaku di antara dua Wizurai Belanda itu. Perebutan kuasa dan jawatan memang sejak azali telah berlaku dalam pemerintahan mereka. Ia memberi kesan kepada orang-orangnya kerana mereka saling menjatuhkan!

    Rombongan Laksamana Tuah dan Raja Mateus bertembung di gelanggang Goa. Mereka saling berbalas pandangan apabila Alfonso turut berada di belakang Raja Mateus.

"Siapa mereka?" Soal Raja Mateus apabila melihat Sultan Mahmud Shah dan Sultan Mudzaffar Shah di sambut dengan penuh hormat oleh orang-orang Goa. Malah Raden Putra diberi tempat duduk bersama pemerintah empayar Goa! Ia menambah perasaan tanda tanya kepada Raja Mateus untuk mengenali rombongan itu.

"Mereka dari Melaka" Beritahu Lopo.

"Jadi merekalah orang-orang Melayu itu?" Soal Raja Mateus tertarik.

"Ya Tuanku!" Jawab Lopo.

"Tapi, Alfonso dan Belanda telah menakluki Melaka... bagaimana mereka dan Goa begitu baik..." Kata Raja Mateus berasa hairan apabila melihat rombongan itu sangat berpengaruh dengan semua pemimpin di Goa.

"Cuba Tuanku lihat dua lelaki itu" Kata Lopo mengerling Alfonso. Dia tidak akan memberi peluang Alfonso membela dirinya setelah kegagalan misi Wizurai Belanda itu mempertahankan kuasanya di Melaka.

"Siapa mereka?" Tanya Raja Mateus semakin berminat.

"Mereka adalah anak kepada bekas Pentakluk empayar Barat itu..."Bisik Lopo.

"Siapa? Beta tidak kenal mereka!" Kata Raja Mateus mengerutkan dahi.

"The Black Mekong!" Bisik Alfonso. Raja Mateus membulatkan mata memandang Sultan Mahmud Shah.

"Merong Mahawangsa!" Sambung Lopo sambil dia mengerling Sultan Mudzaffar Shah. Raja Mateus sekali lagi terkejut. Dia tidak menyangka akan berjumpa dengan dua orang yang menjadi sebutan di Laut Barat itu. Kemudian mata Raja Mateus menangkap orang-orang di belakang Mekong dan Merong Mahawangsa. Pakaian mereka tidak seperti orang-orang Melayu.

"Siapa di belakang dua orang lelaki itu?" Soal Raja Mateus igin tahu.

"Mereka dari Timur..." Jawab Alfonso dengan pantas. Riak wajahnya seperti menyembunyikan sesuatu. Lopo tersenyum sinis.

"Aku kenal Lelaki bermata sepet dan misai melintang itu. Begitu juga lima orang Putera mereka!" Sindir Lopo kepada Alfonso.

"Jika kau bersuara lagi, aku akan pastikan lidah kau dipotong!" Ugut Alfonso. Raja Mateus pura-pura terbatuk kerana dia sudah tahu akan pertelingkahan dua orang Wizurai di belakangnya itu.

Kemudian gelanggang Goa mula di banjiri seluruh pedagang dan orang ramai. Suasana riuh dan hingar-bingar mulai menenggelamkan peperangan mulut diantara Alfonso dan Lopo.

Seekor seladang dilepaskan masuk ke gelanggang Goa. Seladang itu berwarna hitam dan bertanduk panjang. Ia sebuah gelanggang perjudian bagi abad itu. Semua orang ternama berada di tempat paling tinggi dengan kedudukan yang selesa. Malah mereka dilayan oleh wanita-wanita yang menggoda dan cantik. Makan minum disediakan dan mereka tidak henti-henti dikipas oleh wanita-wanita yang memakai pakaian pendek dan menggiurkan.

Tiba-tiba sebuah pintu terbuka diikuti oleh sorakan para penonton yang kegilaan mempertaruhkan kemenangan bagi lelaki yang berlari keluar dari pintu itu. Seorang lelaki yang mengikat kepalanya dengan sehelai kain berwarna merah berdiri ditengah gelanggang. Sorakan bertambah menggila apabila lelaki itu membuka ikatan kepalanya sambil melambai-lambai kain merah itu. Sementara itu seladang besar yang dilepaskan tadi mula menguis-nguis kakinya ingin menyerang lelaki itu.

Sultan Mudzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah saling berpandangan. Mereka sungguh terkejut melihat lelaki di tengah gelanggang itu.

"Kanda masih ingat siapa lelaki itu?" Soal Sultan Mudzaffar Shah.

"Masakan kanda boleh lupa. Syukurlah dia masih selamat dan hidup!" Jawab Sultan Mahmud Shah. Sultan Mudzaffar Shah tersenyum dan dia tidak sabar untuk bertemu lelaki ditengah gelanggang itu.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now