Bab 8

834 23 0
                                    

Kapal Sultan Mahmud Shah telah berlabuh di Perairan Langkasuka diikuti oleh beberapa buah anak kapal baginda.

"Mengapa adinda Beta tidak membalas perutusan beta?" Soal Sultan Mahmud Shah.

"Ampun Tuanku, Perutusan Tuanku telah kami hantar kepada Kerajaan Langkasuka, tetapi mereka masih belum membalasnya lagi" Jawab Datuk Bendahara Maharaja DiRaja.

"Bila mereka akan membalasnya?Mengapa adinda Beta berdiam diri?" Soal Sultan Mahmud Shah merenung ke arah Tembok Istana Kerajaan Langkasuka.

"Patik kurang periksa akan hal itu, Tuanku" Jawab Datuk Bendahara Maharaja DiRaja.

"Kalau begitu persiapkan sampan untuk beta naik ke daratan. Beta ingin bertemu Sultan Mudzaffar Shah" Perintah Sultan Mahmud Shah.

"Baiklah Tuanku" Datuk Bendahara Maharaja DiRaja akur dengan titah perintah Tuanku. Dia berundur ke belakang beberapa langkah sebelum meninggalkan Tuanku Sultan Mahmud Shah.

      Sedang Sultan Mudzaffar Shah mundar mandir di bilik beradu baginda, Datuk Shahbandar Paduka Indera datang mengadap.

       "Ampun Tuanku, patik Datuk Shahbandar Paduka Indera datang mengadap"

       "Ada apa Datuk Shahbandar...bukankah beta sudah bertitah, beta tak mahu berjumpa sesiapa pun buat masa ini" Kata Tuanku sambil memandang ke luar tembok Istana Langkasuka. Baginda merenung jauh ke arah kapal abangnya, Mekong.

        " Ampun Tuanku, patik ingin menyampaikan khabar dari pelabuhan. Orang-orang Sultan Mahmud Shah menyampaikan pesanan, baginda akan naik ke daratan hari ini untuk bertemu dengan Tuanku" Jelas Datuk Shahbandar Paduka Indera.

     "Kekanda beta ingin datang ke Istana ini?? Hmm...persiapkan tandu untuk baginda" Arah Tuanku Sultan Mudzaffar Shah.

       "Persiapkan apa yang patut untuk menyambut kedatangan kakanda beta" Titah baginda lagi.

      "Menjunjung titah, Tuanku" Jawab Datuk Shahbandar Paduka Indera.

      Selepas pemergian Datuk Shahbandar Paduka Indera, Tuanku terus menemui Tun Merah dan Permaisuri Terung di bilik beradunya. Baginda meminta Permaisuri Terung membawa isteri keduanya itu ke Istana Kemuning Kekal. Baginda tidak mahu kekandanya tahu Tun Merah itu adalah isteri baginda.

      "Kanda, dinda takut...Kanda Sultan Mahmud pasti akan membunuh dinda!" Tangis Tun Merah sambil memeluk suaminya dari belakang. Sultan Mudzaffar Shah memusingkan badannya lalu memegang bahu Tun Merah.

      "Dinda bersembunyilah di Istana Kemuning Kekal. Bawa ke semua dayang-dayang istana menemani dinda" Pujuk Tuanku dengan lemah lembut. Walaupun baginda seorang Sultan, baginda tetap berlemah lembut melayan isterinya.

     "Dinda juga tak mahu kanda bertelagah dengan Kanda Sultan Mahmud. Dinda tidak mahu pergaduhan dan kucar-kacir berlaku di Istana ini. Apa yang harus dinda lakukan" Sungut Tun Merah.

       " Usahlah dinda bimbang. Ini semua hal lelaki, kami akan menyelesaikannya dengan cara lelaki" Ujar Tuanku tersenyum pahit menatap wajah isterinya.

        " Kalau kerana dinda merosak seluruh Kerajaan Langkasuka...biarlah dinda mati di tangan Kanda Sultan Mahmud" Tangis Tun Merah menghempaskan badannya di katil beradu. Dia teresak-esak.

     " Cukuplah Tun Merah. Kakak tak mahu Tun Merah dibunuh Kanda Sultan Mahmud. Ayuh kita bersembunyi di Istana Kemuning Kekal...." Pujuk Permaisuri Terung menarik tangan Tun Merah. Tuanku tersenyum memberi isyarat mata kepada isteri pertamanya, Permaisuri Terung. Baginda terus beredar meninggalkan kedua orang Permaisurinya itu.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now