Datuk Bendahara Perak bersiap-siap untuk pulang ke Kerajaan Gangga Negara. Puteri Buih dan Raden Putra turut sama dalam rombongan kepulangan Datuk Bendahara Perak ke rumah Datuk Sya'aban. Mereka telah membawa pulang ke semua gajah-gajah Puteri Buih. Anak kecil itu kelihatan sungguh gembira bersama Datuk Bendahara Perak. Dia juga tidak sabar untuk bertemu dengan ke tiga-tiga orang anak perempuan Datuk Sya'aban. Dia ingin bercerita pengalamannya dalam Perang Klang. Mereka telah berjaya menguasai Klang.
Puteri Buih menunggang seekor gajah bersama Raden Putra. Kemesraan Puteri Buih dan Raden Putra seperti tidak dapat dipisahkan lagi. Tangan Raden Putra melingkari pinggang Puteri Buih sambil dia memacu tali gajah yang ditunggangi mereka. Anak gadis sunti itu terlalu gembira kerana dapat pulang ke Gangga Negara.
"Ampun Tuanku, kita telah sampai di Gangga Negara" Beritahu Datuk Bendahara Perak kepada Raden Putra.
"Oh, inilah Gangga Negara. Sungguh indah kerajaannya..."Puji Raden Putra.
"Di persilakan masuk, Tuanku. Inilah rumah Datuk Sya'aban, adik saya" Pelawa Datuk Bendahara Perak kepada Raden Putra. Puteri Buih melompat turun setelah gajah yang dinaikinya dan Raden Putra merendahkan badan.
"Kakak!!!Kakak!!!" Jerit Puteri Buih keriangan. Dia telah berlari naik meninggalkan Raden Putra dan Datuk Bendahara Perak.
"Semua hulubalang, bolehlah berehat dan mengambil angin. Kita akan tinggal di kampung ini buat beberapa hari" Kata Datuk Bendahara Perak kepada panglima perang mereka.
Berita kepulangan Datuk Bendahara Perak telah tersebar ke seluruh negeri. Malah semua orang gembira apabila mendapat tahu Datuk Bendahara Perak telah menang dalam Perang Klang. Bermakna Datuk Bendahara Perak telah meluaskan empayar orang Melayu. Dari Langkasuka turun ke Kg Temong di Belum, dari Pattani hingga ke Janin dan dari Gangga Negara sampai ke Klang.
"Kakak!!!" Puteri Buih terhenti langkah. Dia terkejut melihat Tun Dalap menangis-nangis di pembaringan Datuk Sya'aban. Orang tua yang gagah perkasa sebelum itu telah lemah dan terlantar sakit.
"Atuk! Atuk!' Jerit Puteri Buih. Dia merapati Tun Dalap.
"Ada apa, Prabhu...."Datuk Bendahara Perak terhenti langkah di muka pintu. Dia sungguh terkejut melihat adiknya Datuk Sya'aban terlantar di pembaringan.
"Pakcik...tengoklah ayahanda...sudah berapa hari dia tak mahu makan. Badannya semakin lemah" Tangis Tun Dalap memeluk Datuk Bendahara Perak.
" Mengapa dengan ayahmu, Dalap? Rasanya baru sahaja kami berdua berjumpa. Ayahmu sungguh sihat dan bersemangat ketika itu" Kata Datuk Bendahara Perak.
"Selepas ayah kembali ke Gangga Negara ayah telah bertarung dengan Jebat di Pulau Singgah! Ayah telah dikalahkan Jebat!!!" Cerita Tun Dalap.
"Jebat???"Datuk Bendahara Perak mengerutkan dahi.
" Benar, pakcik.... Jebat...dia juga adalah Megat Terawis yang sangat kita percayai. Suami kepada Tun Bongsu" Terang Tun Dalap.
" Oh....apa yang berlaku sebenarnya, nak. Ceritakan kepada pakcik" Pinta Datuk Bendahara Perak.
Tun Dalap telah menceritakan segalanya kepada Datuk Bendahara Perak sambil didengari oleh Puteri Buih dan Raden Putra. Walau mereka berdua masih kecil, tetapi mereka mempunyai fikiran yang matang dan memahami apa yang diceritakan oleh Tun Dalap.
".....Mayat Jebat telah dibuang ke laut, pakcik. Kapal Tuanku Sultan Mahmud Shah telah lama berlabuh di perairan Gangga Negara...." Cerita Tun Dalap.
"Apa yang harus kita lakukan lagi, Dalap.....kita semua akan menjadi korban kerana perbuatan Jebat.." Suara Datuk Bendahara Perak sungguh sayu.
"Apa maksud, pakcik?" Soal Tun Dalap.
YOU ARE READING
Puteri Buih 2
FantasySebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...