Bab 58

289 12 1
                                    

    Sungai Batu diselubungi kabus tebal. Asap pembakaran yang datangnya dari relung batu yang besar berkepul-kepul naik ke udara. Kabus dan asap bercampur aduk serta menggelapkan suasana pinggir sungai.

  Kelihatan beberapa buah sampan dan rakit berulang-alik menyeberangi sungai dengan membawa bahan bakar untuk diisi ke dalam relung batu tersebut. Perahu besar yang membawa rombongan Sultan Mudzaffar Shah, Maharaja Zhang Daeng dan Raja Arya berhenti di Pelabuhan Utama Sungai Batu. Perahu mereka ditambat pada tiang pelabuhan. Seorang lelaki Melayu yang memakai tanjak dan berbaju layang sedang memerhatikan beberapa orang hamba-hamba berbangsa Cina sedang menyusun guni-guni arang di pinggir Pelabuhan. Lelaki itu berbadan besar dan mempunyai otot yang sasa.

        "Maaf orang muda...." Sapa Sultan Mudzaffar Shah. Lelaki berbadan besar itu menoleh sambil merenung Tuanku Sultan Mudzaffar Shah. Dia tidak tahu langsung lelaki yang menyapanya itu adalah Sultan dari Kerajaan Langkasuka.

           "Ya, ada apa Tuan..." Balas lelaki berbadan besar dan tinggi itu.

            "Emmm....kami dari Langkasuka. Boleh tunjukkan kami di mana kami boleh berjumpa dengan Syekh Abdullah?" Pinta Sultan Mudzaffar Shah penuh sopan. Lelaki berbadan besar itu terus tersenyum apabila nama Syekh Abdullah di sebut.

           "Oh...tentu kalian semua ingin berjumpa dengan Syekh Abdullah. Tentu kalian semua berhajat ingin berguru dengan beliau. Mari...mari ...hamba tunjukkan tempatnya.." Ajak lelaki itu terus berjalan di hadapan Sultan Mudzaffar Shah. Zhang Daeng dan Raja Arya saling berpandangan.

      " Nama hamba Badang. Hamba dikenali sebagai orang kuat di Sungai Batu ini. Hamba adalah anak murid Syekh Abdullah selepas Sultan Mudzaffar Shah , pemerintah Kerajaan Langkasuka itu" Kata Badang memperkenalkan dirinya dengan ramah sekali. Sultan Mudzaffar Shah menjeling Zhang Daeng kerana sahabatnya itu kelihatan sedang menahan ketawa. Badang tidak tahu lelaki yang berjalan di belakangnya itulah Sultan Mudzaffar Shah.

        "Badang...hebat sekali nama itu" Puji Sultan Mudzaffar Shah.

        "Terima kasih atas pujian itu. Hamba tidaklah sehebat mana. Tetapi untuk mengangkat kepingan besi yang ada di dalam peti-peti kayu di pelabuhan tu memang mudah bagi hamba" Balas Badang dengan bangga sekali. Dia bersiul riang sambil tersenyum kepada Zhang Daeng dan Raja Arya.

          Badang membawa mereka menyusuri anak sungai yang kecil. Perjalanan mereka agak jauh juga dari pelabuhan Sungai Batu. Akhir sekali Badang membawa mereka ke perkampungan kecil yang tidak jauh dari Gunung Jerai.

       "Tempat ini sehingga ke Gunung Jerai di panggil Perkampungan Indera Sakti. Di belakang Gunung Jerai itu pula adalah Kerajaan Langkasuka. Jika kalian ingin berjumpa Syekh Abdullah, beliau tinggal di sana.." Terang Badang menunjukkan sebuah pondok yang dibina tidak jauh dari situ. Pondok itu di pagar rapi dengan buluh.

        "Ayuh kita ke sana" Ajak Sultan Mudzaffar Shah. Mereka berjalan pantas mengikuti Badang di belakang.

         Sebaik sahaja Sultan Mudzaffar Shah tiba di halaman rumah Syekh Abdullah, beberapa orang lelaki yang berbaju putih dan berserban turun dari tangga. Mereka sungguh terkejut apabila melihat kedatangan Sultan Mudzaffar Shah.

          "Tok..! Tok! " Panggil salah seorang lelaki itu lalu masuk semula ke dalam rumah. Tidak lama kemudian Syekh Abdullah muncul di muka pintu sambil memegang tongkatnya. Kelihatan lelaki tua itu semakin uzur.

            "Tuanku..." Terpacul panggilan itu di mulut Syekh Abdullah. Semua yang berada di situ sungguh terkejut sambil memandang ke arah Sultan Mudzaffar Shah dan dua orang rakannya. Lelaki-lelaki yang berada di tangga rumah Syekh Abdullah cepat cepat turun ke halaman dan duduk melutut memberi sembah hormat kepada Sultan Mudzaffar Shah.

           "Tuanku telah pulang..." Kata Syekh Abdullah lalu ingin melangkah turun ke halaman. Kaki beliau hampir terjelepuk di tangga serambi. Mujurlah di sambut Sultan Mudzaffar Shah dengan pantas. Hati Tuanku tersentuh apabila melihat keadaan Tok gurunya yang semakin uzur...

       "Mari masuk Tuanku " Ajak Syekh Abdullah lalu mempersilakan Sultan Mudzaffar Shah duduk. Ketiga-tiga orang pemerintah sebuah kerajaan itu menurut permintaan Syekh Abdullah. Mereka bersila di hadapan lelaki tua berjanggut putih itu. Badang yang sejak tadi tercengang melihat keadaan yang berlaku di hadapannya. Tiba-tiba dia berasa malu dengan Sultan Mudzaffar Shah. Rupanya lelaki yang berpakaian seperti rakyat biasa itu seorang Sultan!.

        Sultan Mudzaffar Shah dan Zhang Daeng saling berpandangan. Mereka sudah tidak sabar untuk menyampaikan hajat mereka datang ke situ. Lalu sebaik sahaja Sultan Mudzaffar Shah ingin membuka mulut, tangannya di sentuh lembut oleh Syekh Abdullah.

     "Bersabarlah.....Jamilah akan sediakan makan dan minum kalian. Berehatlah seketika di sini.." ucap Syekh Abdullah memegang bahu Sultan Mudzaffar Shah.

        "Tapi kami mahu cepat....." Raja Arya menyampuk. Kata-katanya terhenti apabila terpandang Jamilah keluar dari dapur membawa minuman di dalam bejana emas.

        " Tapi mengapa orang muda? Ada masalahkah?" Soal Syekh Abdullah menguji Raja Arya. Mata lelaki itu tertancap ke arah Jamilah. Gadis berkerudung kuning itu menutup keseluruhan kepala dan tubuhnya. Hanya kelihatan mata yang hitam pekat merenung tajam ke arah Raja Arya. Lelaki beragama Hindhu itu terdiam kelu. Lidahnya agak keras kerana terpandang renungan Jamilah. Tangan Jamilah yang putih mulus itu menghulur minuman kepada Raja Arya. Bejana itu tidak disambut oleh Raja Arya. Mujurlah dengan pantas Zhang Daeng mencapai minuman itu lalu tersenyum memandang Jamilah.

        "Jemputlah makan dan minum" Pelawa beberapa orang wanita yang sedang mengatur makanan di hadapan Sultan Mudzaffar Shah dan Syekh Abdullah. Raja Arya memandang Sultan Mudzaffar Shah dengan seribu persoalan. Baginda tidak menyangka lelaki Tua itu mempunyai seorang anak gadis yang sungguh cantik menawan. Raja Arya memegang dadanya sambil meneguk air di dalam bejana emas. Kelihatan Sultan Mudzaffar Shah sungguh mesra berbual dengan Syeikh Abdullah. Lelaki Tua itu tidak henti henti bertanya tentang Puteri Buih kepada Sultan Mudzaffar Shah. Bual bicara mereka tidak difahami langsung oleh Raja Arya akan hujung pangkal kisahnya. Namun Raja Arya terus mengunyah makanan yang diberikan kepadanya. Sesekali matanya mencari Jamilah di sebalik dinding buluh yang memisahkan ruang hadapan dan dapur. Kelibat gadis itu membuat Raja Arya berasa gementar. Baginda tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut siapakah sebenarnya gadis berkerudung kuning itu.

       "Jika senjata yang kalian butuhkan, Badang akan membantu kalian untuk mendapatkannya!" Kata Syeikh Abdullah sambil memegang bahu Badang.

         "Betulkah begitu Badang? Beta sangat berbesar hati jika ia dapat dicepatkan daripada waktu kebiasaan" Ucap Sultan Mudzaffar Shah merenung Badang. Lelaki berbadan sasa itu tersenyum.

         "Jika itu permintaan Tuanku, patik akan cuba tunaikan. Kalau begitu izinkan patik pulang ke pelabuhan untuk mempersiapkan apa yang patut" Pinta Badang lalu bangun. 

         "Baiklah. Kami juga akan menurut ke pelabuhan selepas selesai urusan di sini" Titah Sultan Mudzaffar Shah mengangguk-angguk. Badang pun berlalu pergi dengan pantas. Dia mempunyai tugas yang sangat penting untuk Sultan Berdaulat itu.

         "Boleh saya bertanya?" Tiba tiba Raja Arya bersuara. Sultan Mudzaffar Shah dan Zhang Daeng saling berpandangan.

            "Ya anak muda. Tanyalah.." Jawab Syekh Abdullah tersenyum mengusap hulu tongkatnya.

            "Siapakah gadis yang membawa minuman tadi?" Soal Raja Arya. Sultan Mudzaffar Shah hampir tersedak mendengar pertanyaan Raja Arya. Syekh Abdullah hanya membalas dengan senyuman sambil memandang lelaki muda yang menganuti agama Hindhu itu. Walaupun kulitnya agak gelap tetapi wajahnya kelihatan sungguh manis bersama deretan gigi yang putih bersih.

  

     

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now