Bab 21

515 16 0
                                    

Pertembungan bala tentera Sultan Mahmud Shah dan tentera Monggol milik Maharaja Ong Maha Perita Deria telah berlaku di Persisiran Pantai Langkasuka. Kedua-dua barisan bala tentera itu telah mengancam Bumi Langkasuka. Adakah peperangan akan bisa meletus di antara dua kuasa itu? Mereka seolah-olah mahu mendapatkan Kerajaan Langkasuka. Langksuka telah menjadi rebutan selepas diamuk oleh dua ekor ular naga.

"Tentera Monggol telah turun ke Langkasuka...!"Beritahu Datuk Bentara Laksamana Kasturi kepada Lekir.

"Kita akan berperang dengan tentera Monggol kali ini!" Kata Lekir tegas.

Sultan Mahmud Shah muncul dari bilik kemudi kapal. Baginda turun ke pelantar kapal diikuti Nakhoda Ali dibelakangnya. Seluruh Panglima Perang dan Laksamananya telah berkumpul di atas kapal itu.

"Selepas diamuk ular naga... Langkasuka sepi tinggal bangkai. Sultan Mudzaffar Shah telah menghilangkan diri!!...sekarang orang-orang Monggol cuba merampas Langkasuka!!!!!Beta tidak akan berdiam diri" Titah Sultan Mahmud Shah.

"Panglima Perang Monggol telah dipimpin oleh Genghis Khan. Mereka semakin mara ke arah tentera kita" Beritahu Datuk Bentara Laksamana Lekir.

"Maharaja Ong Maha Perita Deria kembali lagi untuk merampas Bumi Langkasuka...."bisik Sultan Mahmud Shah kepada Panglima perangnya. Lelaki muda berbadan sasa itu berdiri di sisi baginda.

"Beta mahu Genghis Khan ditewaskan...Dia terlalu kejam di dalam peperangan..Langkasuka tidak akan jatuh ke tangan Maharaja Ong!!"Tegas Sultan Mahmud Shah.

"Ampun Tuanku, Genghis Khan adalah panglima perang paling hebat dalam Kerajaan Monggol. Panglima kesayangan Maharaja Ong Maha Perita Deria...sukar untuk kita menewaskan mereka kerana tentera kita yang naik ke daratan tidaklah ramai.." Beritahu Panglima Perang Sultan Mahmud Shah.

"Kerahkan tentera kita naik ke daratan semuanya!" Putus Sultan Mahmud Shah.

"Tapi Tuanku, jika seluruh tentera kita naik ke daratan..jalan kapal di lautan telah terbuka.....ia akan memberi kesempatan kepada Belanda dan Siam melaluinya... tentera dan kapal perang mereka akan menembusi Selat Melaka dengan lebih banyak lagi. Apabila banyak kapal mereka menembusi Selat Melaka, padahnya kita tak akan mampu melawan mereka!" Terang Panglima Perang Sultan Mahmud Shah.

"Kalau begitu tinggalkan beberapa buah kapal kita di sana...selebihnya naik ke daratan..kita harus menentang Genghis Khan!!!!" Tegas Sultan Mahmud Shah. Baginda terus berjalan meninggalkan tiga orang pahlawan hebatnya itu.

Kasturi, Lekir dan Panglima Perang Sultan Mahmud Shah saling berpandangan. Mereka terpaksa menurut titah yang diputuskan Sultan Mahmud Shah. Walau keputusan itu sebenarnya menggugat seluruh kepulauan Nusantara. Risiko yang di ambil Sultan Mahmud Shah tersangatlah besar jika kapal perang Belanda Siam berjaya menembusi Selat Melaka kembali. Barisan kapal perang mereka sentiasa bersedia di kepulauan Siam selama ini untuk masuk ke Selat Melaka. Tetapi disebabkan kawalan ketat tentera Sultan Mahmud Shah, mereka tidak berjaya memasuki Selat Melaka melainkan hanya sedikit sahaja daripada kumpulan Belanda Siam dapat berulang alik ke Melaka dengan alasan Perdagangan yang mereka jalankan.

Sementelah itu di Gunung Jerai, kumpulan Syekh Abdullah dan kumpulan Tuah serta Datuk Bendahara Perak telah menemui rombongan Sultan Mudzaffar Shah. Ramai yang telah tercedera di kalangan orang-orang Sultan Mudzaffar Shah sewaktu mereka cuba melarikan diri daripada dua ekor ular naga yang mengamuk itu.

"Ayahanda,...Sultan Mudzaffar Shah telah terkena bisa ular naga. Kita tidak banyak masa untuk menyelamatkan baginda...hanya geliga ular naga mampu menjadi penawar bisa itu" Beritahu Jamilah sebaik sahaja dia keluar dari khemah Sultan Mudzaffar Shah.

Syekh Abdullah menyelak sedikit pintu khemah. Kelihatan dua orang permaisuri baginda sedang duduk meratapi kesakitan baginda . Tangan baginda berwarna kebiruan disebabkan bisa ular naga yang menyerang baginda sewaktu baginda mempertahankan diri daripada dibunuh ular naga itu.

"Bagaimana kita ingin mendapatkan geliga ular itu? Ia sungguh mustahil....setahu saya ular naga jika diambil geliganya...ia pasti akan mati. Dan...bukan senang kita ingin mengalahkan ular naga setinggi awan.."kata Tuah.

"Hanya geliga ular naga itu sahaja yang dapat menjadi penawar kepada bisa di tubuh Tuanku Sultan Mudzaffar Shah..."Kata Syekh Abdullah perlahan.

"Kalau begitu apa yang harus kita lakukan?" Soal Jamilah.

"Tuah, kita akan ke Langkasuka untuk mendapatkan geliga ular naga itu" Kata Syekh Abdullah memegang bahu Tuah.

"Kalau itu yang Tuan Syekh putuskan saya mengikut sahaja" kata Tuah mengangguk-angguk.

Syekh Abdullah dan Tuah telah pergi ke Langkasuka untuk mendapatkan geliga ular naga. Mereka diiringi oleh beberapa orang pengikut Tuah dan anak-anak murid Syekh Abdullah. Sesungguhnya mereka tidak tahu perang mungkin akan meletus di Langkasuka. Pemergian mereka ke Langkasuka ibarat memasuki kandang harimau yang sedang lapar.

Sewaktu Syekh Abdullah dan Tuah tiba di Langkasuka, tentera Monggol telah mengepung seluruh Istana Langkasuka. Sementara itu tentera Sultan Mahmud Shah berbaris di persisiran pantai untuk menyerang tentera Monggol.

"Apakah yang telah terjadi di Langkasuka?" Soal Syekh Abdullah kerana melihat Istana Langkasuka dikawal ketat oleh tentera Monggol.

"Maafkan saya, Tuan Syekh. Saya tidak tahu mengapa Istana Langkasuka dikawal ketat oleh tentera asing itu" Jawab Tuah saling berpandangan dengan beberapa orang pengikutnya.

"Kalau begitu kita kene siasat hal ini...termasuk hal berkenaan tentera Sultan Mahmud Shah. Mengapa mereka berbaris di pesisir pantai Langkasuka?" Tegas Syekh Abdullah kepada Tuah. Mereka semua mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan cadangan Syekh Abdullah.

Malam itu beberapa orang pengikut Tuah telah kembali dari menemui beberapa orang kampung selepas bertanyakan hal tentera Monggol yang berada di Istana Langkasuka.

"Datuk, kami telah menyiasat hal tentera Monggol yang berada di Istana Langkasuka. Mereka ke Langkasuka atas jemputan Tuanku Raden Putra untuk mengadakan Majlis Perkahwinan baginda dan Puteri Buih" Terang salah seorang pengikut Tuah.

"Benarkah apa yang kamu katakan ini?" Soal Tuah seperti tidak percaya.

"Benar Datuk. Orang kampung juga turut dijemput dalam Majlis keramaian mereka" Jawab salah seorang pemuda yang diarahkan oleh Tuah untuk menyiasat hal itu.

"Jika perkahwinan yang akan berlangsung..mengapa tentera mereka memenuhi Langkasuka.." Kata Syekh Abdullah perlahan. Tuah terdiam sambil memandang jauh ke Istana Langkasuka yang dikawal ketat oleh tentera Monggol. Hatinya sedikit terusik. Belum pun Belanda-Siam pergi, kini Tentera Monggol pula datang.

"Tuan Syekh, saya akan pergi mencari Puteri Buih dan Raden Putra. Kita akan bertanya hal ini kepada mereka...saya akan cuba meminta pertolongan Raden Putra untuk menyelamatkan Tuanku Sultan Mudzaffar Shah" Putus Tuah.

"Bolehkah Datuk masuk ke sana? Tentera Monggol telah mengawal ketat laluan masuk ke Istana.." Kata salah seorang pengikutnya.

"Ini Tuah!!!..demi menyelamat kan Sultan Mudzaffar Shah taat setia Tuah akan membawa diri ini masuk ke Istana Langkasuka..." Balas Tuah lalu meninggalkan pengikutnya. Tuah akan menggunakan ilmu kebatinannya untuk masuk ke Istana Langkasuka. Tetapi dia terpaksa menjauhkan dirinya dari Syekh Abdullah. Jika Syekh Abdullah berada hampir dengannya, segala ilmu kebatinan dan kesaktiannya tidak berkesan.

Tuah terus berjalan pantas memasuki hutan belukar tidak jauh dari pesisir pantai itu. Dia mesti menemui Puteri Buih dan Raden Putra secepat mungkin. Nyawa Sultan Mudzaffar Shah dalam bahaya.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now