Bab 80

64 2 1
                                        

            Angin subuh menyentuh wajah-wajah pejuang yang telah keletihan. Di puncak Gunung Ledang, di hadapan pintu rahsia yang baru dibuka, suasana hening menyelubungi seluruh yang ada. Di kaki langit Selat Melaka, ribuan kapal perang Belanda bagaikan barisan hitam yang tiada penghujung semakin mendekati pantai tanah air dengan niat menakluki.

Hang Tuah berdiri tegak, wajahnya tidak menunjukkan gentar, tetapi riak kecewa jelas terpancar. Puteri Buih memandang geliga di tangannya yang kini mulai redup. Jamilah, kembali dalam bentuk manusia, hanya mampu memeluk dirinya sendiri, menyedari bahawa kemenangan yang baru digapai hanyalah nafas terakhir sebelum badai besar melanda.

  "Tuanku..." Hang Tuah berpaling kepada Sultan Mahmud Shah yang duduk bersandar pada dinding batu. "Beta mohon izin bersuara."

   "Berbicaralah, Tuah," lemah suara baginda.

   "Kita telah mencapai apa yang selama ini disembunyikan oleh  warisan ilmu dan kekayaan bangsa. Tetapi Melaka kini bukan lagi tempat yang dapat kita pertahankan dengan kekuatan yang ada. Ribuan kapal itu... bukan untuk berunding. Mereka datang untuk membakar segalanya."

       Sultan Muzaffar Shah menyambung dengan suara berat, "Beta setuju. Perjanjian Warisan ini bukan untuk dilenyapkan oleh api penjajah. Ia perlu diselamatkan untuk masa depan."

    "Tuanku," Sayyid Ali bangun, membawa manuskrip dan bendera lama Langkasuka. "Izinkan beta bawa naskhah ini ke tanah jauh. Jika kita tidak dapat selamatkan bumi ini sekarang, biarlah roh bangsa disemai di tanah baharu. Satu hari nanti, anak cucu kita akan kembali menuntut hak."

    Puteri Buih menoleh ke arah Hang Tuah. "Apakah ini maksud Tok Ma... bahawa Langkasuka akan bangkit semula bukan di bumi yang sama, tetapi dari darah dan warisan yang dibawa pergi?"

   Hang Tuah mengangguk. "Benar, Puteri. Hari ini kita undur, bukan kerana kalah. Kita undur kerana warisan ini terlalu suci untuk dikorbankan."

    Raden Putra menunduk, wajahnya sayu. "Beta akan pimpin rombongan pelarian ke tanah seberang. Ke utara, ke bumi Kedah dan Patani. Di sana kita tanam semula benih perjuangan."

      Puteri Buih berdiri, lalu mengangkat bendera Langkasuka. "Kita akan bawa bendera ini bersama. Kita akan hilang dari pandangan sejarah, tetapi bukan dari ingatan langit dan bumi."

      Sultan Mahmud Shah akhirnya bangkit. Baginda mengangkat tangan tinggi lalu melaungkan dengan suara penuh azam:

      "Wahai semua pewaris bumi ini! Hari ini beta isytiharkan pengunduran demi masa depan. Jangan berputus asa. Bangsa kita tidak akan hilang! Kita akan kembali, apabila masa tiba!"

     Tangisan tertahan kedengaran. Panglima Awang dan pendekar Langkasuka mula mengatur susunan orang-orang istana. Barang-barang penting, manuskrip, geliga, dan senjata warisan dimasukkan ke dalam peti rahsia. Naga Nagasari menjelma semula, sedia membawa rombongan ke tempat jauh. Harimau Putih sebagai jelmaan Jamilah akan menjadi pelindung jalan hutan yang akan mereka lalui.

     Dari jauh, bunyi meriam mula kedengaran beserta gegaran kecil di kaki gunung. Belanda sudah menawan pelabuhan.

     "Sudah tiba masa," bisik Hang Tuah. "Melaka yang kita kenal… akan musnah buat sementara. Tapi roh Melaka akan hidup dalam darah kita semua."

      Mereka memandang ke arah Kota Melaka yang mula diselubungi asap dan api dari kejauhan. Dengan hati yang berat, rombongan terakhir warisan Melayu mula bergerak menyusur laluan rahsia Gunung Ledang dan meninggalkan tanah air dengan satu tekad iaitu

Untuk kembali.

    Melaka Dan seluruh Negeri Negeri Melayu di Tanah Melayu mulai dijajahl oleh Belanda. Mereka mudah datang Dan memasuki tanah Melayu kerana ada pengkhianatan yang berlaku di kalangan orang Melayu sendiri seperti Orang Besar Paduka Tua.

    Sejak itu kapan mereka akan kembali di Gunung Ledang dan Melaka, mereka tidak pasti tetapi segala harta Kerajaan Melayu Melaka di tinggal menjadi misteri. Hanya waris yang sebenar iaitu waris Raja Perang yang dapat membuka semula mantera yang menutupi harta harta tersebut.

     Raden Putra Dan Puteri Buih telah berpindah ke utara Tanah Melayu sebagai orang biasa yang tidak dikenali lagi sebagai orang orang istana. Mereka tidak pasti adakah mereka mampu untuk berlawan dengan Belanda. Tetapi anak kecil mereka yang Masih bayi haruslah dilindungi kerana dia adalah pewaris Raja Perang yang dapat membuka kunci pintu perlindungan harta Kerajaan Melaka.

    Pemerintah Belanda cukup kejam sehingga begitu ramai orang orang Melayu yang dibunuh dan disiksa. Setengah Abad itu cukup lama bagi orang orang Melayu tetapi sudah cukup bagi orang orang Belanda mengumpul segala hasil dan keuntungan menawan bumi emas di Timur.

Tamat

(Bagaimana pemerintahan zaman Belanda Dan kehidupan orang Melayu pembaca kisah ini boleh menyambung bacaan dalam Buku Novel  kisah "Tengku Alang Iskandar Story." )

Maafkan penulis jika ada Salah dan siap. Kisah ini adalah rekaan hasil ilham dari hati penulis. Ia adalah fantasy yang cuba membawa pembaca menyelami hidup di Abad ke 14, 15 Dan 16. Terima kasih kerana membaca dan vote Novel saya. Siapalah saya tanpa sokongan anda. Alhamdulillah.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 31, 2025 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Puteri Buih 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang