Perlayaran Kapal Mendam Berahi pulang ke Nusantara bukanlah mengambil masa yang singkat. Mereka terpaksa berlayar meredah lautan lebih daripada sepurnama. Panglima Awang sudah biasa dengan keadaan itu kerana dia adalah orang laut. Malah hatinya juga sudah sedikit lega apabila melihat Athur membawa Puteri Buih bersama golongan bangsawan yang lain. Walaupun puterinya telah dihias seperti gadis barat tetapi Panglima Awang tetap mengenali Puteri Buih.
"Di mana kita akan berlabuh selepas kepulauan Sri Lanka ini?" Tanya Athur di suatu hari apabila mereka berlayar di tengah lautan.
"Kita akan berlabuh di Pulau Batu" Jawab Hang Tuah sambil saling berpandangan dengan Raden Putra.
"Pulau Batu? Di manakah kedudukan pulau Batu itu?" Soal Athur sambil mengerutkan dahi. Dia hanya mengetahui perlabuhan Goa. Tetapi dia tidak pernah mendengar Perlabuhan Pulau Batu.
"Pulau Batu adalah di bawah jajahan Kerajaan Langkasuka. Ia adalah tempat untuk kita menempah bahan bahan untuk membuat kapal" Terang Hang Tuah.
Athur terdiam kerana dia sememangnya langsung tidak mengetahui selok belok kepulauan di situ. Tiba Tiba dia berasa asing dan fikirannya mula buntu selepas melihat keadaan sekeliling. Kepulauan itu kelihatan begitu banyak pulau pulau kecil ditumbuhi hutan yang tebal. Malah berhampiran pulau tersebut banyak batu batu besar di tersusun mengelilingi pesisir pantainya. Fikiran jahatnya mula menerawang, dia ingin meneruskan rancangannya untuk merampas kapal Mendam Berahi? Sedangkan dia tidak tahu langsung selok belok kepulauan itu. Tujuan jahatnya akan terhalang apabila dia tidak tahu bagaimana mereka akan keluar dari kepulauan Nusantara itu ekoran jalan lautnya di kelilingi dengan banyak pulau pulau kecil dan batu-batan.
Akhirnya kapal Mendam Berahi yang cukup gah membawa panglima Awang, Hang Tuah dan Raden Putra telah berlabuh di pulau batu. Sewaktu mereka tiba, kabus di malam hari masih menyelubungi pesisir pantai. Para penumpang kapal Mendam Berahi sedang lena diulit mimpi. Begitu juga dengan Puteri Buih.
"Kita telah berlabuh di Pulau Batu, jadi apakah rancangan kita untuk menyelamatkan Puteri Buih?" Soal Raden Putra sedikit berbisik dengan Hang Tuah. Laksamana Melaka itu begitu tenang duduk bersila di lantai bilik kemudi. Sedang Panglima Awang tidak bersama mereka. Raden Putra dan Hang Tuah juga tidak pasti ke mana perginya Panglima Awang.
"Kita berdua mestilah merancang dahulu. Arthur berada jauh dari tenteranya, barulah kita bertindak. Jika tidak bagaimana kita ingin mengalahkan Arthur dan tenteranya?" Jawab Hang Tuah lalu bangun menjenguk ke tingkap bilik kemudi. Dia memerhatikan kapal perang Arthur yang turut berlabuh di Pulau Batu.
"Tapi bagaimana kita ingin membawa Arthur jauh dari tenteranya? Sedangkan mereka semua ikut berlabuh di Pulau Batu juga" Balas Raden Putra sambil mengerutkan dahinya. Dia hampir hilang sabar dan ingin menyerang untuk menyelamatkan permaisuri hatinya Puteri Buih.
"Malam ini juga salah seorang daripada kita hendaklah membawa Arthur dan tenteranya meredah hutan untuk ke pondok Syekh Abdullah" Tiba tiba Hang Tuah bersuara. Jika Arthur dibawa jauh dari tenteranya barulah mereka dapat menyelamatkan Puteri Buih dari tangan Arthur.
"Siapakah yang akan membawa Arthur meredah hutan untuk ke pondok Syekh Abdullah? Dan...apa alasan kita untuk mengajak Arthur ke pondok Syekh Abdullah?" Soal Raden Putra saling berpandangan dengan orang orangnya.
"Katakan sahaja kepada Arthur, syarat untuk memasuki Pulau Batu ini perlulah berjumpa dengan Syekh Abdullah" jawab Hang Tuah bersahaja. Raden Putra tersenyum dan mengangguk- angguk tanda bersetuju dengan rancangan Hang Tuah.
"Baiklah, kalau begitu mari kita berjumpa Arthur sekarang juga" ajak Raden Putra sudah tidak sabar untuk menjalankan rancangan mereka.
"Nanti dulu" sampuk seseorang di muka pintu bilik kemudi. Hang Tuah dan Raden Putra terkejut sambil menoleh ke pintu bilik kemudi. Panglima Awang berdiri di situ. Sudah lama dia mencuri dengar perbuatan Hang Tuah dan Raden Putra. Sambil merenung lautan dia juga berfikir tentang rancang dua orang pahlawan hebat itu.
"Mengapa tuanku? Adakah yang salah daripada rancangan kami?" Soal Hang Tuah mengerutkan dahi.
"Rancangan itu bagus..cuma kalian berdua tidak boleh pergi bersama sama untuk membawa Arthur. Salah seorang perlu tinggal di kapal ini untuk menyelamatkan Puteri Buih" Jawab Panglima Awang.
Hang Tuah dan Raden Putra saling berpandangan dan mengangguk angguk setuju dengan titah perintah Panglima Awang."Saya yang akan tinggal di sini untuk menyelamatkan Puteri Buih" balas Raden Putra penuh yakin. Matanya bersinar penuh harapan. Rasa cinta dan rindunya pada Puteri Buih sudah tidak tertahan lagi.
"Baiklah kalau begitu patik yang akan membawa Arthur ke hutan Tuanku" kata Hang Tuah tegas. Mereka bertiga saling menggenggam tangan dengan tekad untuk menyelamatkan satu satunya waris kerajaan Melayu Melaka yang masih tinggal. Paling penting kandungan Puteri Buih haruslah diselamatkan dahulu kerana ia adalah waris takhta Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang berdaulat dan payung yang menaungi seluruh jajahan Kerajaan Nusantara.
Malam itu juga Hang Tuah menjalankan rancangan mereka bersama beberapa orang pengikutnya membawa atur dan beberapa orang tenteranya meredah hutan untuk ke pondok Syekh Abdullah. Alasan yang diberikan Hang Tuah cukup bijak. Mereka perlu mendapat persetujuan Syekh Abdullah untuk membuat kapal yang semisal Mendam Berahi yang diinginkan Arthur. Malah Arthur juga ingin melihat pokok pokok kayu yang digunakan untuk membuat kapal semisal Mendam Berahi.
Ketika Hang Tuah dan Arthur mula menjejakkan kaki ke dalam hutan untuk menemui Syekh Abdullah, niat yang tersimpan di hati masing masing telah diketahui lelaki tua itu. Dia memanggil anaknya Jamilah.
"Jamilah, ayah perlukan pertolonganmu" bisik Syekh Abdullah.
"Pertolongan apakah yang ayah perlukan?Katakanlah, Jamilah pasti akan menolong ayah" kata Jamilah dengan lembut dan sopan santun kepada ayahandanya.
"Tuah akan datang ke pondok kita .." ujar syekh Abdullah merenung tepat ke wajah Jamilah. Anak gadisnya itu tersentak. Dadanya mula berdegup kencang. Telah lama dia memendam rasa itu sehingga rasa itu sudah mati. Tetapi hari ini ayahnya membuka kembali sebuah harapan yang telah lama terkubur.
"Maksud ayah, Zainal Abidin akan datang ke sini?" Jamilah inginkan kepastian walaupun hatinya telah meyakini Tuah yang pernah datang kepondok mereka sewaktu di Pattani itu adalah orang yang sama dan akan datang lagi bertemu ayahnya.
"Ya anakku. Zainal Abidin akan datang. Ayah mahu kau sediakan air Margajiwa untuknya. Wajah dan umurnya sudah tidak seperti dahulu. Jika kau bersetuju untuk berkahwin dengan Tuah ayah izinkan untuk kali ini, tetapi dengan syarat Tuah bersetuju untuk meminum air dari kolam Margajiwa"
Terang Syekh Abdullah. Jamilah terdiam. Dia mula terfikir bahawa mereka berdua dari dua alam yang berbeza. Sanggupkah Tuah untuk terus hidup bersamanya dan ayahandanya di dunia mereka?, sedangkan Tuah adalah manusia biasa. Dia juga sedar Tuah sudah pasti semakin tua dan berumur sedangkan dirinya masih seperti gadis gadis muda yang lain. Begitu juga ayahnya Syekh Abdullah yang sentiasa kekal pada umur yang di ingininya."Jamilah tidak mahu memaksa Tuah ayah.." kata Jamilah perlahan tapi sungguh lirih.
"Ayah tidak akan selamanya bersamamu nak,...sebelum ayah pergi Tuah adalah calon yang layak untuk menjagamu" Kata Syekh Abdullah perlahan sambil memegang kepala Jamilah dan mengusapnya. Jamilah semakin sayu. Siapakah yang dapat merasakan kesakitan hati yang ditanggungnya bertahun tahun kerana tidak dapat bersama Tuah...? Ia tidak terungkap. Hanya tuhan yang satu mengetahui isihatinya.
YOU ARE READING
Puteri Buih 2
FantasySebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...