Bab 23

509 15 0
                                    

Raden Putra menggenggam kuat tangan Puteri Buih. Dia tidak mahu melepaskan gadis itu pergi. Dia tak mahu kehilangan gadis yang dicintainya.

"Puteri kena pergi...."Pinta Puteri Buih meleraikan genggaman tangan Raden Putra.

"Tolonglah...kembali ke Istana Langkasuka" Rayu Raden Putra.

"Puteri ingin menyelamatkan Sultan Mudzaffar Shah...."Balas Puteri Buih sambil membetulkan tali tambatan kudanya.

"Maafkan kami Puteri.."Pinta Raden Putra bagi pihak ayahandanya.

"Puteri tak akan benarkan Kerajaan Monggol mengambil Langkasuka!!!Tidak sama sekali! Puteri akan pertahankan biar perang meletus!!"Tegas Puteri Buih menaiki kudanya. Raden Putra terdiam. Baginda tahu sikap degil gadis itu. Sejak kecil lagi mereka telah berkawan.

"Tapi tolonglah kembali ke sini.."Rayu Raden Putra.

"Puteri akan kembali, tapi bersama Sultan Mudzaffar Shah!" Balas Puteri Buih. Raden Putra menghela nafasnya.

"Maafkan aku tak dapat menolongmu mencari Syekh Abdullah.. ayahanda perlukan aku!" Kata Raden Putra lagi. Dia masih memaut tangan Puteri Buih dari sisi kuda.

"Tuanku mengkhianati Puteri.."Balas Puteri Buih kesal. Dia memalingkan wajahnya dari Raden Putra.

"Tidak..cinta dan hati ini hanya untuk Puteri seorang, percayalah" Raden Putra menggenggam kuat tangan gadis itu.

"Kalau begitu jangan ambil Langkasuka" Pinta Puteri Buih.

"Aku mentaati perintah ayahanda... Puteri tahukan, Ayahanda seorang Maharaja.. jangan buat aku terus serba salah" Rayu Raden Putra. Puteri Buih terdiam lalu dia menarik tangannya daripada genggaman Raden Putra.

"Puteri..!!" Jerit Raden Putra. Panggilan Raden Putra tidak dihiraukan oleh gadis itu. Kudanya terus memecut laju meninggalkan Raden Putra. Pemuda itu menggeleng-gelengkan kepalanya kehampaan.

Raden Putra kembali ke Istana Langkasuka dengan perasaan yang berbelah bahagi. Antara cinta dan perintah Maharaja Ong.

"Anakanda!" Panggil Maharaja Ong. Raden Putra menyusun sembahnya di hadapan Maharaja Ong dan para pembesar Kerajaan Monggol.

"Di manakah anakanda Puteri Mani Kemenyan?" Soal Maharaja Ong mencari Puteri Buih.

Raden Putra terdiam. Baginda berfikir sejenak. Jika dikatakan Puteri Buih mencari Syekh Abdullah, tentu ayahandanya Maharaja Ong akan memerintahkan tentera memburu gadis yang dicintainya itu. Raden Putra terdiam daripada menjawab soalan Maharaja Ong.

"Mengapa anakanda diam? Di manakah Puteri Mani Kemenyan?" Soal Maharaja Ong kehairanan.

"Sebenarnya hubungan kami ada sedikit masalah Ayahanda. Puteri telah merajuk hati dengan anakanda" Terang Raden Putra tanpa segan silu. Seisi balairong seri hangar bingar mendengar jawapan Raden Putra.

"Hahaha!!!!Kerana itu sahaja sampai dua orang tentera kita cedera. Sudahlah anakanda.....Ayahanda tak mahu perkara begini diulang lagi...sebagai lelaki anakanda harus pandai menjaga hati Puteri Mani Kemenyan. Sejak kecil lagi kalian berkawan.."Nasihat Maharaja Ong sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Raden Putra hanya mendengar dan menerima nasihat Maharaja Ong.

"Biarkan tentang kisah Putera Mahkota dan Puteri Mani Kemenyan seketika. Apa yang penting sekarang, Beta mahu kita menyerang Tentera Sultan Mahmud Shah. Sebelum ini....mereka telah menghalang laluan kapal kita ke Selat Melaka dan Goa. Jadi inilah peluang kita mengambil alih Langkasuka selepas diamuk ular naga Indera Sakti. Apa pandanganmu Genghis Khan? Bagaimanakah persediaan tentera kita?" Tanya Maharaja Ong.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now