Bab 55

295 11 2
                                    


      Rombongan Sultan Mudzaffar Shah yang dinantikan seluruh Inderapura tidak kunjung tiba. Hari - hari yang berlalu seolah-olah tiada petanda akan kedatangan Kapal layar milik Sultan Berdaulat itu ke Tanah Phang.

           Malah Sultan Abdullah juga berasa sungguh hairan. Jika menurut perkiraan hari perlayaran, sepatutnya Sultan Mudzaffar Shah bersama rombongan baginda telah tiba di Kota Inderapura. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Sultan Mudzaffar Shah tidak kunjung tiba di Kota Inderapura. Walaupun Sultan Abdullah berasa berbesar hati jika Sultan Mudzaffar Shah datang ke Kota Inderapura, namun baginda tidaklah begitu berharap akan kedatangan Sultan dari Kerajaan Langkasuka itu. Berbeza dengan Raja Ahmad. Putera Kecil itu sungguh-sungguh berharap akan kepulangan Ayahanda baginda. Malah Raja Ahmad tidak sabar untuk bertemu Sultan Mahmud Shah. Anak kecil itu hari-hari menantikan kedatangan rombongan Sultan Mudzaffar Shah dengan penuh harapan dan semangat. Setiap hari baginda Raja Ahmad menantikan Ayahandanya di pelabuhan. Sehingga Puteri Onang Sari berasa jemu melayan kerenah Raja Ahmad.

           "Sudah waktunya Adinda Raja Ahmad beradu . Kakanda sudah letih sehari suntuk membawa adinda ke pelabuhan Kota Inderapura" pujuk Puteri Onang Sari kepada Raja Ahmad. Putera Kecil itu duduk bersila di atas katil beradu sambil berpeluk tubuh.

     "Adinda mahu ayahanda pulang...mengapa ayahanda tak pulang-pulang lagi!" Jerit Raja Ahmad dengan kuat. Puteri Onang Sari sungguh terkejut dengan tindakan Raja Ahmad. Dengan pantas dia menekup mulut Raja Ahmad dengan tangan.

         "Mengapa adinda biadap?! Tak malukah jika Tuanku Sultan Abdullah melihat perangai adinda" Marah Puteri Onang Sari.

      "Mengapa Ayahanda berbohong?!! Ayahanda tidak pulang pulang!" Jerit Raja Ahmad. Dia membidas kata-kata Puteri Onang Sari dengan satu pertanyaan yang tidak mampu untuk di Jawab oleh Puteri dari Kerajaan Cermin itu.

       "Ayahanda tak akan berbohong....cuma kita belum tahu lagi bila Ayahanda dan Sultan Mudzaffar Shah akan tiba di sini. Adinda pergilah tidur, esok kita tunggu Ayahanda lagi" Pujuk Puteri Onang Sari kepada adiknya. Raja Ahmad menanggalkan tanjak yang dipakai beserta rantai dan gelang emas yang berada di tubuh badannya. Puteri Onang Sari meletakkan barang adiknya di atas Kotak kayu dipinggir katil beradu Raja Ahmad. Beberapa orang dayang Istana menyalakan lampu di anjung bilik. Kemudian mereka meletakkan sepasang pakaian tidur Raja Ahmad di atas katil sambil tunduk memberi sembah hormat kepada dua orang Putera dan Puteri itu.

        Raja Ahmad berdiri di tengah katil sambil menanggalkan baju layang beserta dastar dan seluar. Putera Kecil itu menyarung pakaian yang ditinggalkan para Dayang Istana tadi. Raja Ahmad kelihatan mendengar kata Puteri Onang Sari. Dia tidak mengamuk lagi seperti di awal tadi.

       "Haa...macamtulah baru bagus. Kakanda tak mahu adinda Raja Ahmad merajuk lagi. Adinda janganlah sedih memikirkan Ayahanda lagi. Pergilah adinda beradu" Kata Puteri Onang Sari bingkas bangun dari katil apabila melihat Raja Ahmad menarik kain Suteranya untuk dibuat selimut. 

         "Kakanda..." Panggil Raja Ahmad sambil matanya terkebil kebil memandang Puteri Onang Sari. Gadis itu menoleh seketika melihat adiknya yang telah merebahkan badan di katil beradunya.

            "Ya, adinda..." Sahut Puteri     Onang Sari.

    "Benarkah Ayahanda akan pulang?" Soal Raja Ahmad perlahan. Puteri Onang Sari memandang adiknya sayu. Setitis air matanya hampir tumpah saat itu. Siapa kata dia tidak merindui Ayahandanya? Perasaan itu begitu berat untuk di tanggung dan lebih berat lagi untuk diluahkan. Sebagai seorang Puteri Raja dia terpaksa menyimpan banyak perasaan dan keinginannya demi kepentingan maruah keluarga DiRaja. Lebih lebih lagi maruah Ayahandanya sebagai Ketua Raja Raja Melayu di negeri itu.

         "Ayahanda pasti akan pulang. Sudahlah, adinda pejamkan mata" Jawab Puteri Onang Sari mengusap kepala Raja Ahmad. Anak kecil itu memejamkan matanya rapat-rapat. Perlahan-lahan Puteri Onang Sari melangkah keluar dari bilik beradu Raja Ahmad sambil membawa pelita di tangan. Dia berjalan menysuri serambi Istana yang dipenuhi pelita-pelita kecil di tiang Istana. Beberapa hulubalang Istana sedang berkawal di bawah Istana sambil memegang tombak. Puteri Onang Sari membelok memasuki bahagian tengah istana untuk melintas ke bilik beradunya. Tidak jauh dari situ kedengaran suara riuh rendah pemuda pemudii sedang berlatih bermain senjata. Puteri Onang Sari terus berjalan sambil memerhatikan gelanggang silat di hujung Istana yang Terang berderang dikelilingi demang buluh.

     "Eh, Tuan Puteri... Ampun Tuan Puteri!" Sapa satu suara. Puteri Onang Sari berhenti daripada melangkah apabila terpandang dua orang perempuan berpakaian silat berdiri dihadapannya.

          "Tun Teja dan Tun Lela...terkejut saya. Dari mana hendak ke mana kalian berdua?" Soal Puteri Onang Sari mesra. Bibirnya mengukir senyuman melihat dua orang anak gadis Pemangku Bendahara, Datuk Amar Seri Maharaja .Siapa yang tidak kenal Datuk Amar Seri Maharaja. Beliau adalah anak menantu kepada Tun Seri Nara Bija DiRaja. Manakala Tun Teja dan Tun Lela adalah cucu Datuk Bendahara Kerajaan Phang itu.

       "Ampun Tuan Puteri, kami berdua dari gelanggang silat di hujung Istana" Jawab Tun Teja.

       "Oh kalau begitu kalian berdualah Srikandi Kerajaan Phang yang disebut-sebutkan tu.." Puji Puteri Onang Sari tersenyum melihat penampilan Tun Teja dan Tun Lela.

     "Tak adalah sampai disebut-sebutkan orang, Tuan Puteri. Kami cuma mengikut latihan silat pada setiap malam. Mana tahu ilmu silat yang kami pelajari ini berguna satu hari nanti" Kata Tun Teja sambil berpandangan dengan Tun Lela.

       "Kalau begitu belajar lah elok elok. Semoga kalian menjadi pahlawan wanita yang dapat membela nusa dan agama..." Pesan Puteri Onang Sari.

         "Kami pergi dulu Tuan Puteri" Tun Teja dan Tun Lela berlalu pergi. Puteri Onang Sari meneruskan langkahnya untuk ke kamar beradu. Mereka bertiga berpisah di simpang pertengahan Istana. Belum sempat kaki Tun Teja dan Tun Lela menjejak Tanah, bunyi dentuman kuat kedengaran di tengah lautan. Istana dipinggir pantai itu bergoyang seketika. Di ikuti bunyi dengan kali kedua menyebabkan Tanah Istana bergegar kuat. Ia agak lama. Beberapa hulubalang berlari turun dari Istana di ikuti oleh dayang dayang istana. Puteri Onang Sari terduduk di pintu bilik beradunya. Dia bergayut kuat pada pintu bilik sambil melihat bola api yang banyak berterbangan di tengah Laut. Ada pertempuran dasyat berlaku di Laut......

         "Apa yang berlaku Datuk Bendahara!!!! Di mana Datuk Bendahara?!!!" Jerit Sultan Abdullah yang muncul entah dari mana sambil berjalan di serambi Istana. Puteri Onang Sari teringat akan Raja Ahmad. Dia bergegas ke bilik beradu adiknya itu. Sementara itu Tun Seri Nara Bija DiRaja sedang mengumpulkan seluruh pahlawan Kerajaan Phang untuk bersedia dan mara menghadapi musuh andai mereka di serang.

            "Ampun Tuanku! Menurut perkhabaran dari panglima Laut kita, Perang besar sedang meletus di Selat Melaka diantara Kerajaan Monggol dan Belanda! Jambi ikut turut serta dalam peperangan itu kerana tentera Belanda mula berundur ke Johor-Riau selepas Melaka dibom teruk oleh tentera Monggol!" Terang Tun Seri Nara Bija DiRaja. Sultan Abdullah sungguh terkejut mendengar cerita itu.

        "Bagaimana jika Belanda berundur ke Phang? "Soal Datuk Amar Seri Maharaja. Sultan Abdullah memegang tiang serambi sambil melihat muara sungai Phang yang akan mudik ke hilir.

          "Datuk Bendahara, persiapkan sampan. Kita akan pergi dari sini dengan segera" Titah Sultan Abdullah. Mereka akan berundur ke tengah negeri dan menjauhi kawasan pinggir  pantai demi menyelamatkan diri.

          Puteri Onang Sari dan Raja Ahmad turut ikut serta. Begitu juga permaisuri Ratna Gumilah Sari dan Raja Husien. Beberapa Buah sampan telah membawa Sultan Abdullah beserta keluarga DiRaja yang lain demi mengundurkan diri dari kawasan pantai. Sedang perang yang hebat terus meletus di bumi Melaka dan Johor-Riau!!!!!

         

        

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now