Bab 60

305 12 7
                                    

Berita Pelabuhan Melaka runtuh ke dasar lautan telah tersebar ke seluruh Kepulauan Nusantara. Malah semua pedagang telah menerima perkhabaran itu. Terutamanya pusat pelabuhan Goa. Mereka bersorak gembira apabila mendengar berita kemenangan besar bagi pihak Merong Mahawangsa dan Raja Arya.

Kini Melaka telah jatuh semula ke tangan Sultan Berdaulat!

Selat Melaka dibanjiri tentera Perang Sultan Mudzaffar Shah yang bergabung bersama Raja Arya dan Maharaja Zhang Daeng. Pihak Belanda pula telah berundur dari Pulau Ujung apabila Raja Arya mengambil alih Pulau Ujung dan baginda di bantu oleh tentera Sang Sapurba yang bersembunyi di Pulau Besar selama ini akibat pengambilalihan Pulau Ujung dibawah kuasa Belanda. Pihak Belanda tidak dapat membalas serangan tentera Raja Arya ekoran mereka tidak mempunyai kelengkapan Perang yang hebat di Pulau Ujung. Senjata dan kelengkapan perang pihak Belanda telah ditinggalkan di Melaka sewaktu mereka melarikan diri dari serangan Kerajaan Monggol dan Siam. Namun Belanda mempunyai tentera dan kelengkapan perang yang banyak sekali di Kepulauan Jawa dan Sumatera. Mereka telah menguasai Kepulauan Jawa dan Sumatera semenjak zaman pemerintah Alfonso lagi.

"Mereka telah berjaya menawan Melaka!" Beritahu seorang tentera Siam kepada Jeneralnya.

"Ong Perita tak boleh di harap!" Marah Jeneral Siam sambil meludah ke tanah. Dia baru sahaja lepas membunuh Raja Kecil yang memerintah di bawah jajahan kecil Melaka. Mayat-mayat orang-orang Melayu bergelimpangan di sekitar Istana kecil di situ.

"Ong Perita berjaya melarikan diri!" Beritahu tentera Siam itu lagi.

"Tak guna! Kita perlu keluar dari sini. Mudzaffar akan ke sini!" Pekik Jeneral Siam itu sambil memberi isyarat kepada tentera-tenteranya untuk berkumpul. Istana Kecil itu akan ditinggalkan dengan penuh tragis selepas Siam membunuh dan meruntuhkan keseluruhan jajahan kecil Melaka.

"Kita akan ikut Sungai Phang untuk kembali ke Siam!" Perintah Jeneral Siam kepada tenteranya. Mereka tidak jadi kembali ke Melaka setelah mendapat perkhabaran tentang runtuhnya pelabuhan Melaka.

"Kami telah mengumpulkan ke semua harta dan barang berharga dari jajahan kecil Melaka yang kita rampas. Bagaimana kita akan membawa kesemua harta dan emas ini? Kapal kita berada di Selat Melaka!" Soal seorang tentera Siam. Mereka terpinga-pinga melihat barang rampasan yang mereka ambil dari kesemua Istana kecil di bawah jajahan Melaka.

"Barang rampasan ini terlalu banyak... mustahil kita dapat membawanya" Jawab Jeneral Siam.

"Kalau begitu apa yang perlu kita lakukan, Tuan Jeneral?" Soal tentera Siam itu lagi. Jeneral Siam itu mengurut-urut misainya yang panjang ke bawah sambil berfikir. Matanya tidak lepas memandang ke arah perahu yang mereka naiki. Jika mereka membawa harta dan emas itu sudah tentu perahu itu akan tenggelam. Malah kesemua tenteranya tidak dapat menaiki perahu itu ekoran muatan harta dan emas itu sudah cukup menyingkirkan muatan lain di dalam perahu itu.

"Kita terpaksa menaikkan kesemua harta dan emas ini ke dalam perahu. Semua tentera kita akan berjalan kaki sepanjang sungai ini. Hanya pendayung yang dapat naik ke sana" putus Jeneral Siam itu. Para tentera Siam saling berpandangan dengan keputusan Jeneral mereka. Namun tidak ada seorang pun yang berani membantah. Mereka akur dengan keputusan Jeneral Siam.

"Perjalanan kita ke Siam sungguh jauh, Tuan. Kami takut sesuatu terjadi kepada harta dan emas yang kita rampas ini" adu salah seorang tentera Siam yang berada di situ.

"Kita akan singgah di Istana Permaisuri Maharaja Dewa Suro untuk meminta bantuan daripada mereka" Beritahu Jeneral Siam apabila dia teringatkan Maharaja Kerajaan Phang yang selalu menjadi wakil Istana Melaka untuk menghantar ufti bunga emas kepada Siam. Hubungan mereka begitu baik sebelum ini. Tetapi telah lama Istana Melaka tidak menghantar ufti bunga emas lagi semenjak cucu Sultan Mahmud Shah telah hilang diculik.

Kesemua Tentera Siam akur dengan keputusan Jeneral Siam. Lalu mereka meneruskan perjalanan untuk menuju ke Istana Permaisuri Maharaja Dewa Suro.

Dalam masa yang sama, rombongan Sultan Abdullah juga turut meninggalkan Sungai Pelang untuk ke Istana Permaisuri baginda. Istana Permaisuri baginda berada di pinggir kaki bukit dan berdekatan sungai. Ia adalah sempadan Kerajaan Phang dan Negeri Chermin yang dibawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah dan ditadbir oleh para Sunan yang di amanahkan oleh baginda Sultan iaitu saudara-saudara lelaki Permaisuri Ratna Gumilah Sari Permaisuri Melaka.

Beberapa hari perjalanan diantara dua rombongan itu berperahu akhirnya rombongan Diraja Sultan Abdullah yang telah tiba dahulu di Istana Teratai, istana milik Permaisuri baginda yang cantik Jelita. Sultan Abdullah berasa sungguh gembira kerana mereka telah selamat tiba di Istana Teratai.

"Syukurlah kanda telah selamat tiba ke Istana Teratai" ucap Permaisuri Cik Siti Wan Kembang apabila terpandang sahaja wajah Sultan Abdullah. Sultan Abdullah menyambut salam Permaisuri baginda dengan mesra sekali. Beberapa Dayang Istana berserta para hulubalang di Raja berbaris di sepanjang Jalan masuk ke Istana Teratai demi menyambut kedatangan Sultan Abdullah bersama kaum kerabat Diraja yang lain.

"Bagaimanakah keadaan adinda di sini?" Soal Sultan Abdullah kepada Permaisuri baginda. Cik Siti Wan Kembang tersenyum memandang wajah Sultan Abdullah.

"Adinda dan seisi Istana berada dalam keadaan baik-baik sahaja, kanda. Adinda sungguh risau keadaan kanda apabila mengetahui peperangan telah meletus di Selat Melaka" Jawab Cik Siti Wan Kembang memegang tangan suaminya.

"Peperangan kali ini begitu dasyat. Banyak kuasa besar yang terlibat. Apalah daya kanda untuk membalas serangan mereka, kita hanya kerajaan kecil. Mujurlah kanda dan seluruh kaum kerabat di dalam Istana sempat melarikan diri" cerita Sultan Abdullah. Mereka berjalan beriringan menuju balairong seri. Kelihatan kesemua para pengikut baginda Sultan berasa letih. Permaisuri Cik Siti Wan Kembang sungguh bersimpati apabila melihat keadaan para pengikut baginda Sultan, terutamanya Datuk Bendahara Seri Nara Bija Diraja, Permaisuri Ratna Gumilah Sari, Puteri Onang Sari, Raja Ahmad dan Raja Hussein anak kecil yang masih tidak tahu apa-apa , lagi lagi tentang peperangan yang sedang meletus.

"Tidak mengapalah kanda. Janji kanda selamat. Pergilah kanda beristirahat di kamar beradu, nanti dinda datang" pujuk Permaisuri Cik Siti Wan Kembang. Sultan Abdullah berlalu pergi meninggalkan kesemua yang berada di situ.

"Dayang-dayang Istana! Beta mahu kalian semua membantu rombongan yang baru sampai ini. Berikan mereka pakaian bersih dan tempat beristirehat" Arah Cik Siti Wan Kembang.

"Baik, Tuanku Permaisuri" Jawab Ketua Dayang Istana lalu menjunjung perintah Permaisuri mereka.

"Permaisuri Melaka, Tuanku Ratna Gumilah Sari, Puteri Onang Sari, Raja Ahmad dan Raja Hussein ...mari kita ke kamar beradu. Kita akan menunjukkan jalan ke sana" Ajak Cik Siti Wan Kembang menarik tangan Raja Ahmad. Anak kecil itu mendongak melihat wajah Cik Siti Wan Kembang yang sungguh jelita itu.

"Terima kasih, Tuanku Permaisuri kerana tumpangkan kami di sini" ucap Puteri Onang Sari dengan sopan. Cik Siti Wan Kembang mengusap bahu Puteri Onang Sari sambil tersenyum. " Sama-sama anakanda. Kita bukanlah orang lain, kaum kerabat yang sama juga" balas Cik Siti Wan Kembang.

Semasa Permaisuri turun dari susur gajah di hadapan bilik beradu Puteri Onang Sari dan Raja Ahmad, baginda Permaisuri terpandang akan Tun Teja dan Tun Lela. Barulah baginda teringat yang dua orang gadis pahlawan itu masih belum diberikan bilik beradu. Cik Siti Wan Kembang tersenyum merapati Tun Teja dan Tun Lela. Dua gadis itu tunduk memberi sembah hormat demi terpandang Permaisuri Cik Siti Wan Kembang.

Sebelum Cik Siti Wan Kembang memberi kamar beradu kepada dua orang Pahlawan wanita itu, baginda Permaisuri telah tahu, akan ada satu lagi rombongan pasti tiba di Istana Teratai pada keesokan harinya. Ilmu kepandaian Cik Siti Wan Kembang sangat tinggi. Baginda mempunyai kenderaan hikmat yang dapat bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan cepat. Namun tiada siapa yang tahu apakah kenderaan hikmat Permaisuri Cik Siti Wan Kembang. Namun kenderaan Cik Siti Wan Kembang itu mampu memindahkan harta atau emas dengan banyak sekali dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa dapat dilihat oleh mana-mana manusia pun. Jadi, pada malam itu Permaisuri Cik Siti Wan Kembang pun telah membawa Tun Teja dan Tun Lela bersama baginda untuk menyiasat rombongan siapakah yang sedang menuju ke Istana Teratai miliknya....

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now