Gadis kecil berambut keperangan membuka matanya. Melihatkan beberapa orang yang asing di matanya. Lantas dia bertanya. "Siapakah kalian? Bagaimana aku berada disini?"
Gambit dan Raikal saling berpandangan. Manakala Lydia mengukir sebuah senyuman. Senyumannya kelihatan begitu keras. Dia telah memaksa senyumannya di hadapan kanak-kanak perempuan ini. Magnolia. Gadis rambut perang ini bukan sesuatu yang biasa. Dia amat luar biasa sekali. Sehinggakan semua raja gelap mencarinya kerana inginkan apa yang dimilikinya. Sebuah tenaga yang besar sehingga dikatakan boleh menghancurkan terus bumi tempat mereka berpijak.
Jadi sudah tentulah bagi Lydia, Gambit mahupun Raikal begitu berhati-hati dengan gadis ini. Mereka tidak mengenalinya. Bahkan tidak tahu apa yang akan terjadi kelak jika gadis di hadapan mereka ini tidak terkawal kuasanya. Mereka telah melepaskan raksasa.
"Kamu selamat di tangan kami, sesuatu telah mencari kamu untuk mempergunakan kamu." kata Lydia.
Magnolia diam sejeda. Melihat setiap satu wajah-wajah asing di hadapannya. "Bagaimana saya hendak percaya bahwa kalian sendiri tidak ingin mempergunakan saya? Di mana Sang Nilam?" Gadis bernama Magnolia ini, jelas sekali seorang gadis yang pintar. Walaupun keliahtan seperti seorang gadis berumur 10 tahun namun akalnya sudah lebih jauh daripada usianya.
Gambit bersuara. "Dia sudah mati. Dibunuh oleh raja-raja gelap."
"Begitukah." Magnolia membalas tanpa perasaan.
"Kamu tidak gembira? Bukankah dia mengurung kau untuk dijadikan bahan kuasa kepada Bandar Verlin?" tanya Lydia.
Magnolia tersenyum. "Ada banyak benda yang kamu tidak tahu. Kamu menculik saya tetapi tidak mengetahui kaitan saya dan Sang Nilam. Kamu sangka dia mempergunakan saya?"
Gambit, Lydia dan Raikal berkerut dahi. Tidak faham dengan apa yang di maksudkan oleh Magnolia.
"Apa kaitannya?" tanya Raikal.
"Saya merupakan anaknya."
"Bagaimana mungkin, dia tak mempunyai isteri." kata Raikal. Mereka bertiga terkejut dengan kenyataan itu.
"Itu sebab saya merupakan klon dia. Dibesarkan di dalam tabung uji. Apabila membesar, Sang Nilam merasakan kekuatan saya bakal menarik perhatian Raja Gelap. Untuk melengahkan usaha Raja Gelap mencari saya, maka saya sendiri menyatakan hasrat saya untuk dijadikan teras magik kepada Bandar Verlin. Saya fikir, ketika para Arcana sudah dipilih kelak, maka saya dibebaskan semula. Sesuai dengan perjanjian saya dengan Sang Nilam. Tapi nampaknya si tua itu mati dulu sebelum sempat bebaskan saya. Jika dia bebaskan saya lebih awal pasti dia tidak mati."
"Kamu sendiri yang merancang?" tanya Raikal.
Magnolia ketawa. "Kamu melihatkan tubuh kecil ini seperti seorang yang kurang pengetahuan, seperti anak kecil kah? Saya mungkin hidup lebih lama daripada yang awak semua sangka. Menempatkan diri di dalam kristal telah membantu saya untuk tidak menua. Pada ketika ini, saya telah menyatu diri dengan seluruh bandar Verlin. Saya melihat, belajar semuanya yang berlaku di Bandar asalkan mereka semua menggunakan teras magik."
"Jika begitu, bantu kami untuk melawan Elvey, wahai Magnolia. Kami perlukan kekuatan kamu." kata Lydia, lantas dia melutut sebelah kaki. Diikuti dengan Raikal dan Gambit.
"Sang Nilam mungkin telah tewas. Tetapi tidak aku." ucap Magnolia dengan yakin.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.