Bab 37

1.5K 173 21
                                    

Semua warga fairy dan para tentera Alamria berkumpul di sebuah padang yang luas. Pesta besar di langsung kan di padang tersebut menyambut kemenangan mereka ke atas Raja Gelap Melodi. Acara makan, persembahan tarian oleh fairy-fairy yang cantik menjadi hiburan pada hari itu.

Sorbet dan ahli pasukannya sangat berterima kasih kepada warga Alamria yang bersama-sama menentang kejahatan. Mereka juga bersimpati dengan kehilangan nyawa para tentera dari Surgania dan Alamria. Serta penduduk Alamria yang mengalami pengorbanan ketika Rosetta membuka pintu bulan. Mujur lah ia tak terbuka terlalu lama. Jika tidak pasti seluruh isi Alamria menjadi korban nyawa.

"Akid, Asrar. Kalian kata bahwa kalian merupakan calon Roda Arcana bukan? Menjadi Roda Arcana memerlukan pengorbanan yang besar." ucap Sorbet kepada Akid dam Asrar yang berada di dalam sebuah dewan emas yang luas. Tempat para fairy tertinggi.

"Aku tak kisah!"jawab Asrar. Akid menyiku lengan lelaki bodoh itu kerana percakapannya kedengaran biadap.

"Kau apahal budak?" Marah Asrar.

"Tak boleh jaga elok-elok perangai kau tu ke bodoh?"

"Dah kenapa?"

"Depan kita ni sekarang sudah menjadi penguasa tertinggi Surgania. Hormat sikit." Tegur Akid.

Sorbet ketawa. "Sudah. Ada lebih mustahak berbanding adab ketika ini."

"See." Asrar kerling ke arah Akid. Akid mencebik.

"Tahu kenapa Rosetta pergi ke Alamria?" Tanya Sorbet.

"Mencari calon Arcana la kan.?" Ujar Akid ragu-ragu.

"Ya. Dia ditugaskan untuk menghidupkan kembali tradisi itu. Semata-mata untuk menentang Elvey. Itula tugas Ratu Fairy. Namun jika kamu nak tahu. Rosetta bukan satu-satunya Ratu Fairy di muka bumi ini. Jika kamu jelas dengan adat fairy, setiap kelahiran puteri baru akan menyingkirkan Ratu Fairy yang lama. Ratu-ratu ini kemudian akan berkelana keluar. Seperti yang aku katakan tadi misi khas Ratu Fairy adalah mencari calon-calon sesuai untuk menjadi Arcana. Maka.."

"Ya Akid! Ini lah aku nak bagitahu kau masa dalam kapal hari itu! Calon Arcana ada banyak!! Aku nak cerita apa yang aku.." Celah Asrar. Tiba-tiba mulutnya terkunci. "Humphh"

Sorbet menutup mulutnya yang bising.

"Kau orang berdua harus bersaing dengan para Calon ini untuk menjadi truly Arcana. Ketahui la pemuda Alamria, bahawa Roda Destiny, Order dan Chaos terdapat pelbagai calon yang amat hebat dan berpotensi untuk menewaskan Elvey dan Raja Gelap. Kamu dan mereka ini lah yang dikata roda yang bakal menjadi penyelamat kepada dunia ini. Harapan seluruh isi dunia.

Akid berdiri tegak. Tanggungjawab besar sudah diletakkan dibahunya. Namun dia tak kisah. Kepercayaan Cahaya kepadanya, dia tidak akan persiakan.

"Jadi diluar ada orang yang macam kami" Akid bermonolog. Tidak sabar menemui semua calon Arcana.

<><><>

"Khabar mengatakan salah satu Raja Gelap sudah tewas ditangan calon lain." Ujar wanita tua bongkok berkerudung.

"Ya." Jawab seorang lelaki berikat kepalanya.

"Xoranta. Nampaknya selaku calon Roda Destiny. Kamu sudah ketinggalan" ujar wanita tua itu.

Xoranta menggigit bibir. Dia teringat pertembungannya dengan salah satu Raja Gelap sebelum ini. Dia tewas dengan teruk. Raja Gelap Kapten Dororo. Mempunyai kekuatan luar biasa, tiada makhluk mampu mencapainya.

"Kali ini aku bakal menang."

"Tampak seperti Calon lain juga sudah bergerak. Kelak di bandar besar Gargantua. Kalian berhimpun la di sana. Para Calon Arcana."

Di tengah-tengah bandar utama Gargantua,Capitol. Penduduk dikejutkan dengan kehadiran seekor naga besar. Mereka semua menjadi cemas.

"Kau telah menyebabkan huru hara, Chaos" ucap makhluk kecil berupa arnab di atas pundak naga tersebut. Arnab itu memegang tongkat kayu di hujungnya mempunyai kristal berwarna merah.

"Haahahaha betul kah betul kah!? Tak pernah ke mereka melihat seekor naga sebelum ini?" Jawab sang naga.

Naga diketuk kepalanya. "Ke mana kau pergi pasti menyebabkan masalah! Mendarat di kawasan tumpuan ramai menyebabkan perempuan itu ke mari!"

"Jika macam tu biarkan! Hahahaha." Gelak naga itu bergema-gema.

Seorang gadis buta bersenjata kan laras senapang baru sahaja tiba di Capitol. Bersamanya seorang lelaki seluruh badannya berwarna perak.

Di satu tempat sekitar bandar kapitol, seseorang berkerudung penuh melalui sebuah kawasan, perjalanannya telah membeku penduduk sekitarnya, seolah dia memberhentikan masa. Selepas dia melewati kawasan tersebut, segala aktiviti berjalan seperti biasa. Ini bermakna tiada siapa perasan atau ketahui dia pernah melalui di kawasan itu.

Melati, Lica dan Gambit berada di dalam sebuah bilik yang serba serbi berwarna merah. Cat, perabot dam sebagainya.

"Lica..beritahula pada Melati" Gambit memaksa.

"Er beritahu apa?" Tanya Melati.

Lica menarik nafas kemudian dia melepaskannya, akhirnya dia mengalah pada Gambit.

"Sebagai seorang Permaisuri Fenix, malah mempunyai darah fairy. Aku memilih kau sebagai calon Arcana, Melati. Calon Order."

Melati terkejut dan kebingungan.

"Apa??"

TAMAT VOLUME 6

Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now