"Kalau kalian risau membezakan antara fairy boneka dengan tidak jangan risau. Kelebihan magik aku adalah 'Perundangan.' Aku mampu mencipta undang-undang sendiri asalkan berada di ruang lingkup Surgania. Aku akan menandakan setiap fairy boneka akan muncul satu cahaya merah terapung di atas kepala mereka. Apa yang kalian perlu risaukan sekarang ialah ketuanya. Sepuluh Elders Fairy ini merupakan Sepuluh penjaga di Surgania yang memperoleh kekuatan luar banding. Kerana itu saya mahu kalian berhati-hati berdepan dengan mereka. Ingat, tersilap langkah walau satu kali akan menyebabkan nyawa kalian melayang." tegas Sorbet memberikan amarannya kepada pasukan Alamria di hadapannya.
"Untuk bertarung dengan mereka adalah penting kita mengetahui serba serbi kuasa dan siapa mereka. Elders Fairy pertama adalah Asagi. Memegang sabit besar berkepala merah dan bertongkat oren. Yang dirisaukan tentangnya ialah sabitnya. Sabitnya mampu memotong apa sahaja. Jika terkena walau sedikit pasti akan terputus, Mungkin cara bertarung dengannya adalah serangan jarak jauh."
"Kami mungkin boleh berlawan dengan mereka." sampuk Alexander sambil tersenyum megah dan bercekak pinggang. "Aku, dan abang-abang aku apabila bertukar menjadi beast boleh melakukan serangan daripada jauh."
Sorbet melihat ketiga adik beradik itu sambil mengangguk kepala, kemudian dia sambung perbicaraannya. "Yang kedua pula adalah Matsuba, untuk mengenalinya sangat mudah. Rupanya seperti patung perak yang berkilau dan berkepala botak. Wajahnya tanpa emosi. Ada satu roda besar yang berputar di belakang sayapnya. Roda itu dipanggil sebagai Roda Kehidupan. Magiknya aneh. Apabila roda telah diputarkan, serta merta kehidupan kamu berubah."
"Berubah macam mana?" tanya Ling Ling pula.
"Yang ketiga.." Sorbet tidak menjawab soalan Ling Ling , membuatkankan perempuan itu berputar matanya. Merah lihat daripada tepi ketawa kecil. "Kujaku." Sorbet terdiam sebentar seolah termenungkan sesuatu. "seorang rakan yang rapat dengan ku, rambut panjang menutupi wajahnya. Biar yang ini aku la menjadi lawannya."
"Keempat, Kumonryu. Corak kepaknya sentiasa berubah dari gelap dan cerah seperti dakwat yang dititik ke dalam air. Dia ini pemakan tenaga magis dan menukarkan menjadi kuasa kepada senjatanya. Jangan biar dia sentuh kalian."
"Kelima pula adalah, Soragoi. Perempuan fairy berambut kerinting tebal ini menggunakan tenaga semesta sebagai magiknya. Jika kaum jadian seperti antara kalian menggunakan bulan penuh untuk meningkatkan kuasa, Soragoi menggunakan berjuta planet di angkasa sebagai pembekal kuasanya. Aku tak tahu bagaimana mahu mengatasinya."
"Erk..." Maburok dan Mabilog saling berpandangan. "Kenapa kami dengar macam tak ada harapan je nak menang lawan dia ni." ucap gemuk ini.
"Kau takut ya gemok, hehee." sindir Maya si kecil.
"Diam lah budak kecik." marah dua gemok ini.
"Keenam dan ketujuh pula adalah kembar fairy yang berwajah tua dan berjanggut, Hi Utsuri dan Ki Utsuri. Magik mereka adalah mereka mengawal kiri dan kanan kamu. Memecahkan personaliti kamu kepada dua, memecah keseimbangan tubuh kamu, tempat kamu berpijak, objek yang kamu sentuh."
"MAcam mana tuh?" tanya Badik.
"Kamu lawan dengan dia baru kamu tahu. Kelapan dan kesembilan juga berkerja secara duo. Tancho dan Taisho. Tancho adalah fairy yang buta. Sering duduk bersila dan terapung. Sisinya adalah fairy tiada rupa, hanya cahaya orb. Bernama Taisho. Tancho mampu melenyapkan magik dari tubuh kamu terus. Taisho pula mampu menukar kalian kepada kotak."
"Dan yang terakhir pula adalah..."
Semua orang menunggu apa yang ingin disebutkan oleh Sorbet.
"Aku sendiri."
"HAH!? Kau? Apa maksud kau??" semua orang terus menjadi cuak dan pucat.
"Sabar korang, biar Puan Sorbet terangkan." Souffle menenangkan semua orang.
"Jangan risau aku yang original. Disebabkan aku mampu mencipta sebuah perundangan sendiri di tanah Surgania maka, aku telah pecahkan diri aku kepada dua. Ini untuk memudahkan urusan aku sebagai Ketua Pengawal di Surgania dan tugas aku sebagai Elders Fairy. Namun begitu untuk mengekalkan jasad aku yang satu itu memerlukan sebuah tenaga yang besar. Akibatnya, aku tak mampu membuat sesuka hati aku. Dan tubuh ku yang satu itu pun tak mampu membuat sesuka hatinya. Kami perlu bersatu untuk mendapatkan kuasa mutlak ke atas Surgania. Jadi kerana itu, untuk memenangi peperangan ini adalah, tewaskan diri aku yang satu itu. Supaya aku dapat bergabung kembali berdua dan aku akan buatkan kemenangan menjadi milik kita."
"Mereka semua ini adalah hebat-hebat tapi bagaimana Melodi mampu menewaskan kalian dan mengawal kalian? Dengan hanya dia seorang?" tanya Jebat.
"Itu aku tak tahu. Aku juga jujurnya tak mengenali Melodi. Tapi kuasanya...kuasanya telah mengatasi setiap seorang daripada kami. Mengawal kami semua sebagai bonekanya dengan mudah itu sangat-sangat luar biasa. Pantas saja dia digelar antara raja yang bernaung bawah Elvey." jawab Sorbet.
"Jika kekuatannya saja mampu melakukan semua ini, bagaimana pula dengan 6 yang lain? Aku tak dapat bayangkan bagaimana kekuatan mereka yang lain. Belum masuk ketuanya sendiri." Jebat menelan air liurnya.
"Sebenarnya tidak lama dulu kami pernah bertarung dengan salah seorang konconya di tanah Gargantua. Aku, Kujaku dan Soragoi bersama ke sana kerana terdengar khabar bahawa Azazil telah bangkit. Namun apa yang kami jumpa ialah seorang lelaki muda bertubuh besar berpakaian lusuh. Dia yang tidak mengetahui siapa kami lantas mencabar untuk berduel dengannya. Kami ketawakannya pada mulanya. Namun setelah dia mengugut untuk memusnahkan sebuah perkampungan berdekatan membuatkan kami murka. Lalu Soragoi menawarkan diri untuk mengajarnya, Namun, tanpa aku sedar, bukan saja Soragoi saja yang kalah di tangannya, Kojaku juga turut terbaring dalam nyawa-nyawa ikan. Kemudian barulah dia katakan bahawa dia salah seorang 7 Tangan Gelap. Lelaki itu adalah raksasa. Kekuatannya tiada limit. Masih terngiang-ngiang namanya di telinga ku. Kapten Dororo. Nama yang lucu namun kekuatan yang sangat menakutkan...Kalau kau tanya bagaimana kekuatan mereka, begitu lah kekuatan mereka." ucap Sorbet dalam keadaan pucat dan matanya kosong. Membayangkan kengerian hari itu.
Yang lain semuanya terdiam bisu.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.