Bandar Verlin telah pun jatuh. Kota dimana menjadi ibu kota bagi kerajaan Gargantua yang dikatakan satu rejim kuasa yang hebat kini telah pun tunduk di bawah Elvey. Di sebuah makmal bawah tanah. Gula dan Lechery meneliti para tentera buatan yang digelar sebagai Agma Diablo. Tentera yang dijanakuasakan menggunakan tenaga para makhluk intelek yang mempunyai magik.
"Lihat Gula, tiada siapa yang benar-benar suci dalam dunia ini. Ini lah rupa sebenar Seri Sang Nilam. Membangunkan teras daripada hidupan magik." kata Lechery, dia mengagumi dengan kepintaran Seri Sang Nilam menghasilkan kajian yang tidak boleh difikir oleh makhluk lain.
Gula hanya mendiam diri membiarkan Lechery berkata-kata.
"Dia boleh menyusahkan kita kalau dia menggunakan Agma Diablo. Kenapa dia tak gunakannya?" Melody muncul daripada bayangan gelap di hujung koridor.
"Ini kerana untuk membangunkan kesemua Agma Diablo ini memerlukan tenaga magik yang banyak dan fokus yang tinggi. Dia tidak mempunyai peluang itu kerana dia menghabiskan tenaganya menyelamatkan penduduk kota." Lechery terdiam satu jeda. Kemudian mengarah anak matanya kepada Melody. Gadis ini hampir saja menjadi korban ketika peristiwa di Surgania.
"Kita harus menghidupkan Agma Diablo ini. Tapi paling penting, dimana Magnolia?" lelaki bertubuh kurus panjang dan bertongkat itu mula bertanya-tanya. Sekali lihat Lechery tidak ubah seperti seorang orang-orang di sawah. Rupanya menakutkan, matanya bulat seperti guli yang besar. Gigi tajam. Mempunyai dua tanduk di dahinya dan berkulit jingga. Satu-satu kaum demon yang masih hidup sehingga kini.
"Mungkin Lily tahu mengenainya." kata Melody. "Dialah paling rapat dengan Nilam selama ini."
"Argo Navis telah dibawa pergi oleh mereka.Lily juga turut terperangkap di dalam simulasi itu. Jika dia tidak menemui 'itu' kita harus memberitahu Master agar kita cari jalan lain." ujar Lechery.
Lechery lantas menghilang bersama Gula meninggalkan Melody berseorangan di dalam ruang makmal yang besar. Melody hanya tersenyum melihat makhluk yang memiliki tabung berisi makhluk magik di belakangnya.
"Ini boleh menjadi boneka yang sempurna untuk aku kelak."
<><><><><><>
Dororo berada di runtuhan dewan yang pernah menempatkan Argo Navis. Ketika dia sedang melangkah, satu cahaya silau daripada lantai membuatkan dia berhenti. Lantas dua mencungkil bongkahan batuan dengan kakinya.
Sesuatu diambilnya. Seutas rantai bersama emblem kecil. Mulutnya tidak berkata apa-apa. Wajahnya tidak beremosi. Rantai itu disarungnya ke leher.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasíaSambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.