Argo Navis kini di pasang semula, seluruh wayar-wayar besar yang berselirat telah pun disambung pada kapsul-kapsul yang menidurkan para calon Arcana. Para guardian fairy masing-masing berada di sebelah calon mereka.
"Jadi? Boleh kah mereka bangun? Ngaw." tanya Lica. Dia berkerut dahi. Risau sekali rakan-rakannya tidak akan kembali.
"Hanya mereka menyelesaikan ujian maka mereka boleh keluar daripada sini." balas Ratu Irisa
Tidak lama kemudian, mesin besar itu mengeluarkan bunyi nyaring dan berdenyut-denyut. Cahaya berkelip-kelip sampai ke puncak mesin tersebut. Kemudian cahaya pada mesin itu terus melonjak keluar sehingga meletus di udara. Ledakan cahaya besar terjadi kelihatan seperti bunga api.
"Mereka berjaya!" teriak Ratu Dwiyana kegembiraan.
Para calon mula membuka mata mereka.
Masing-masing para fairy tersenyum gembira. Inilah kali pertama calon arcana pulang dengan selamat setelah melakukan ujian simulasi.
Harmony salah satu guardian fairy yang mengiringi Asrar dan Akid melihat ke arah Asrar yang masih tidak berjaga. Padahal yang lain sudah melangkah keluar. Masing-masing berwajah seperti seorang yang masih mamai dan mabuk.
"Dia tidak bangun." kata Harmony pada Alunania. Alunania menghampiri tubuh Asrar. Dia meletakkan tangannya ke dahi lelaki bunian tersebut. Memeriksa keadaan lelaki tersebut.
''Dia sudah tiada." balas Alunania.
Harmony terdiam.
Akid berjalan ke arah kapsul yang menempatkan tubuh Asrar. Diperhati lama wajah rakan yang pernah menjadi musuh ketatnya. "Harap kau gembira di sana Asrar."
"Apa yang dah berlaku di dalam sana?" Tanya Harmony.
"Dia korbankan dirinya untuk hantar kami pulang." jawab Akid. Masing-masing para calon arcana yang lain mendekati kapsul Asrar. Wajah masing-masing kelihatan muram saja. Melati menghasilkan sejambak bunga di tangan lalu dia meletakkan di atas dada Asrar.
"Kau adalah seorang Arcana sekarang Asrar. Aku tersalah sangka dengan kau. Kau benar-benar seorang wira. Terima kasih kerana bawa kami keluar." kata Akid.
Roda Chaos. Kini tinggal satu.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasiSambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.