Akid sedar sahaja, dia kini berada di sebuah perkampungan 'hantu'. Rumah-rumah kampung beratap ru tidak berpenghuni, hanya kesunyian yang memenuhi segenap tempat. Keadaan di dunia simulasi ini ternyata seperti berada di dunia yang sebenar cumanya langit tidak kelihatan biru sebaliknya yang menghiasi langit adalah corak pixel hitam dan putih. Tiada kelibat calon yang lain di sekitarnya. Di hujung kampung, dia mampu melihat sebuah bukit-bukau yang menghijau.
[AKid kamu boleh mendengar suara ku?]
tanya Ratu Irisa padanya.
"Ya. Saya tak faham, apa yang patut saya buat di dalam simulasi ini?"
Tiada balasan. Dalam hendak menapak ke depan. Satu sosok tubuh yang tegap berwarna agak gelap berdiri di hadapannya. Dua tangannya sampai ke lengan berbalut dengan tali. Rambutnya berinting, misainya agak tebal tanpa janggut. Pakaiannya kelihatan agak janggal, seluar panjang bawahnya lebar seperti penyapu. Lelaki itu berdiri melihat Akid. Bagai tiada emosi.
Akid tersengih. "Er abang siapa ya?"
Zup.
Lelaki itu terbang ke arahnya sambil menghala buku lima. Mujur refleks Akid pantas dia cuba menepis dengan tangan kanannya. Lengannya berlaga dengan buku lima lelaki itu, Sekelip mata, Akid melihat tangannya sudah hilang. Rasa tergugat, Akid melompat terbang mundur sambil itu matanya melirik ke arah tangan yang terdampar di tanah.
"Apa yang berlaku!?" tanyanya cemas. Tangan kiri menyentuh bahagian kanan yang hilang. "Earghhhh!!!" barulah bahagian kanannya terasa panas dan terasa seperti ditikam, dirobek pedang pada bahagian luka.
[Dengar sini Akid. Kesakitan yang kamu rasai adalah sama dengan kesakitan yang sebenar. Jika kamu di bakar, kamu terasa kamu benar-benar terbakar. Simulasi ini bukan lah benda yang main-main. Kamu akan merasai kengerian sebenar. Tapi jangan kuatir kekuatan dan magik yang kamu miliki di dunia simulasi ini sama saja dengan dunia sebenar. Itu lah kelebihan Argo Navis.]
"Oi nenek, jangan cakap banyak, kenapa tak terangkan daripada sebelum kami masuk ke Argo Navis ini? Sekarang apa yang patut saya buat?"
[Ini lah ujiannya.]
"Apa ujiannya!?" marah Akid.
[TEWASKAN LELAKI ITU]
"Nanti siapa lelaki tu? Kenapa kena lawan dia?"
<><><><><>
Xoranta bersama Birussar menyerang bertubi-tubi ke arah seorang wanita berseledang menutupi sebagian kepalanya. Serangan mereka langsung tidak dapat menyentuh wanita itu kerana setiap kali mereka cuba menyerang, tanah-tanah terangkat umpama cecair lembut melindungi tubuh wanita itu. Wanita itu menggunakan tanah sebagai perisainya.
Birussar cuba menyerang daripada atas, dia mengepak terbang setinggi mungkin.
"JAGA-JAGA RAMBUT BAWANG! AKU NAK SERANG!!"
Mulutnya menyala, satu bulatan cahaya magis muncul di hadapan mulutnya, sebelum dia menembak kuasa magik menembusi bulatan cahaya tersebut lalu serangannya itu menghentam ke tanah, letusan tanah dan api yang besar terus menjahanam kan kawasan di tujunya dan meledakkan dataran. Bunyi dentuman yang kuat boleh di dengari daripada jauh. Dataran terus menggegar, serpihan batu terus berselerakan. Api menjulang-julang naik ke angkasa. Seluruh kawasan menjadi kawah yang besar.
"WOO HOOO. INI CHAOS LAH!"
"!!"
Birussar tergamam kerana melihat terdapat sebuah istana tanah yang terbina di tengah-tengah kawah hasil serangannya. Kemudian daripada setiap penjuru istana itu muncul pula meriam-meriam tanah dan terus menembak bola batuan ke arah Birussar bertubi-tubi dalam keadaan laju. Birussar cuba mengelak di udara namun salah satu kepaknya telah terkena dan berlubang. Tidak dapat mengimbangi, dia terus jatuh ke darat.
Dia jatuh betul-betul bersebelahan dengan XOranta yang masih lagi terbaring.
"Celaka kau cicak! Kau serang tengok-tengok la orang dulu!" marah Xoranta.
"Heheh maaf."
"Jadi apakah semua ini!? Ini ujian yang kalian katakan!?" jerit Xoranta.
<><><><><>
Seorang lelaki berwajah kacak, memakai topi seumpama koboi, sambil menyeluk tangan ke kocek seluarnya beberapa kali mengelak daripada di tembak oleh Fatena, calon destiny yang buta namun mempunyai mata ketiga yang hebat. Magiknya berunsur clavoryance membolehkan dia membaca seluruh daerah sekitarnya seolah di bersatu dengan alam.
"Gila hebat awak ni. Boleh menembak dalam mata tertutup." puji Melati.
"Ini bukan masa puji seseorang, orang itu...ternyata bukan calang-calang, belum pernah orang membaca pergerakan peluru aku sebelum ini. Dan dia mampu mengelak tanpa menggunakan magik atau apapun." kata Fatena.
"Mungkin dia perlu tahu siapa kita!" Kidz merapatkan ibu jari bertembung ibu jari, telunjuk bertembung telunjuk. "Selow."
Segalanya kemudian menjadi lambat. Pergerakan masa telah di lambatkan oleh Kidz. Dia berjalan secara santai menuju ke arah lelaki bertopi itu.
Sap!
Lelaki bertopi itu tiba-tiba muncul di hadapannya. Betul-betul wajah mereka tidak jauh daripada beberapa inci. Kidz terkejut lalu dia tersungkur. "AHh."
Masa menjadi normal kembali.
Lily Valentine melompat bersama pedang rapier miliknya, ia memanjang terus ke arah lelaki bertopi itu. Dengan sengaja, lelaki itu membiarkan pedang itu menusuk terus ke telapak tangannya. Tindakan itu mengejutkan wanita gargantua tersebut.
Lalu lelaki bertopi tersebut merapatkan tanganya. Terus Lily Valentine menjerit akibat terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi.
Asrar yang tiada apa-apa kuasa hanya memerhati, tidak mahu ikut campur.
"Jadi maksud ujian ini adalah kami kena tewaskan dia?" tanya Asrar.
[Benar! 3 Seteru yang kalian sedang berdepan ini adalah orang yang pernah menjadi makhluk terpenting dalam lipatan sejarah dunia. Mereka ini lah yang pernah menewaskan ELvey satu ketika dulu..]
"Maksudnya!?" Melati sudah dapat menduga.
[Mereka ini lah Arcana yang terawal. Arcana yang sebenar! Chaos Order dan Destiny!]
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.