Mata Lica celik. Pandangan pertamanya ialah siling dan bilah berpusing yang menghasilkan angin. Dia kehairanan dan bingung."Kau dah bangun." kata satu suara. Lica memalingkan kepalanya. Terlihat seorang lelaki berkumis, berkaca mata bulat seperti bulatnya roda. Matanya tidak melihatnya sebaliknya menatap buku ditangan. Lelaki ini seolah masih berusia 40 an.
Lica cuba bercakap, kemudian dia berdecih dan mengurut kepalanya. Terasa seperti ada batu berat menghentaknya.
"Jangan bergerak banyak. Kamu masih tak sihat tuh." kata lelaki itu.
"Er.. encik ni siapa ngaw?"
Lelaki itu ketawa. Tapi tak keterlaluan. "Nama saya Raikal. Saya dan isteri lah yang membantu awak dan Gambit daripada musuh."
Barulah Lica teringat pada Gambit bila disebut namanya. "Mana dia?" dia melihat keliling. Di bilik yang tidak besar itu.
"Dia sihat dan selamat. Dia bersama isteri saya. Kami dah lama tunggu kedatangan kalian ke Gargantua."
"Sekejap.. encik ialah.."
"Bagaimana dengan Akid dan Bunga? Mereka sihat? Mereka sudah ada disini?"
Tiba-tiba Lica pula menjadi sebak. Dia merengek. "Wuaaa...saya ingat mak ayah Akid dah mati.. wuaaa"
"Eh..ehh.."
"Abang!!!" tiba-tiba seorang perempuan masuk. Wajahnya tak kurang cantiknya. Memakai selendang biru. Rambutnya terikat kemas, ada bonjolan di belakang. "Abang buat apa kat dia sampai dia menangis?" perempuan itu mendapatkan Lica. "Awak okey? Suami saya dah buat apa?"
"Mana ada buat apa! Dia yang tiba-tiba menangis. Hei, bagitahu la pakcik tak buat apa kan"
Lica terus menangis merengek. Kemudian dia geleng kepalanya.
"See."
Lica mengesat air matanya. "Saya cuma gembira sebab tak sangka bertemu dengan ibu dan ayah Akid."
"Akid! Dia ada disini?" wanita itu terangkat tubuhnya ketika mendengar nama itu. Kemudian wajahnya menjadi sedih. " Tapi dia pasti tak mengenali kami. Kami tinggalkan dia sewaktu dia masih bayi. Pasti membenci kami."
Mata Lica juga menyorot ke bawah."Dia telah menempuh macam-macam. Dia banyak terseksa. Kalian kena berjumpa dengan Akid. Dia mungkin gembira bertemu kalian."
Wanita itu atau namanya Lydia melihat ke arah Raikal. Raikal turut terdiam.
"Kami tak boleh berjumpa dengan dia lagi." kata Lydia.
"Kenapa pula? Akid sudah ada disini. Begitu dekat dengan kalian.Ngaw."
"Kalau kami jumpa dia, kemungkinan kami berjumpa sebagai musuh."
"Apa maksud?--" belum sempat Lica menghabiskan ayatnya seluruh bilik kelihatan seperti melengkung dan berputar seperti disedut masuk ke dalam lohong hitam. Beberapa saat kemudian seluruh tempat sudah bertukar. Dia berada di sebuah lorong antara bangunan. Tiada lagi ibu bapa Akid.
Tiba-tiba Gambit muncul entah daripada mana. "Lica. Ayuh kita kena pergi ke dewan. Simulasi hendak bermula." Gambit menarik lengan Lica. Lica terikut dengan jejak lelaki itu dengan tersangkut-sangkut.
Dalam benaknya dia terfikir apa maksud ibu dan bapa Akid sebelum ini. Apa maksud mereka bertemu sebagai musuh?
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.