Bab

1.2K 135 5
                                    


Di sebuah perkampungan di kawasan tenggara daripada Kapitol Verlin, 

Wilayah SonneMond. Wilayah Jajahan Gargantua.

Beberapa penduduk kampung melangkah laju, dalam keadaan tercungap-cungap, wajah merah dan berpeluh. Mereka melarikan diri daripada sesuatu. Dalam keadaan cemas, dan mendebarkan itu,  salah seorang daripada mereka terjatuh. Teriak untuk dibantu, namun tiada siapa mahu memaling ke belakang lagi. Perempuan itu cuba bangun namun sepantas kilat kepalanya diterkam sesuatu terus kepala terbenam ke tanah. 

"KUAk!!" teriak satu makhluk seperti seekor burung. Ia besar dan bertubuh seperti Orc. Tangannya telah pegang sebatang lembing, kakinya tadi seperti kaki burung itu terus mencengkam wanita itu. Beberapa detik kemudian, beberapa makhluk sepertinya terbang melepasinya lalu terus menyerbu penduduk kampung yang cuba menyelamatkan diri itu.

Krtt..srtt. 

Bunyi kayu-kayan meletup dan patah dimakan api. Perkampungan telah diserang oleh makhluk-makhluk kegelapan. Jeritan hiruk pikuk penduduk kampung menjadi dendangan pada senja itu. 

Tidak jauh daripada perkampungan, beberapa pasukan tentera Gargantua telah tiba dengan kenderaan beroda yang dijana dengan kuasa teras magik. Mereka kelihatan terkejut kerana pertama kali melihat kewujudan makhluk aneh berupa burung campuran Orc itu.  

"Apa tu?" tanya salah seorang daripada mereka.

"Usah tanya. Kita kena hentikan mereka daripada terus mara." Mereka mengeluarkan laras senapang mereka. Dalam formasi mereka cuba mendekati musuh. Setelah mendapatkan jarak yang sesuai. Bertubi-tubi mereka melepaskan tembakan.

Makhluk burung itu terkulai jatuh apabila peluru magik menembusi daging mereka. Ada yang lain cuba menyerang kembali, namun tentera ini lebih terlatih. Mereka mampu menewaskan semua makhluk itu berbekalkan senjata yang ada.

"YES! Baru korang tahu kekuatan tentera Gargantua!" tentera Gargantua bersorak gembira. Namun kemudian tembakan rambang dilepaskan oleh salah seorang daripada mereka. 

Ktak! Ktak! Ktak! 

Semua tentera bertempiaran, ada yang tidak sempat mereka terlebih dulu jatuh menyembah bumi. YAng lain terpaksa menembak rakan mereka yang tiba-tiba berkelakuan aneh. 

"HAHAHAHAHAHAHAHAAH!" ketawa tentera yang sudah jadi gila itu. Peluru menembusi dirinya sehingga pecah tenggorokan, daging berserpih. 

Mereka ingat ia sudah selesai, beberapa detik kemudian, rakan yang lain pula menjadi aneh dan menembak kepala rakan disebelahnya sehingga bersepai. 

"Beritahu pada mereka, kami sudah datang! Kami sudah datang!!" akhirnya tentera itu juga ditembak jatuh dan tiada lagi rakan mereka yang dirasuk.

<><><><><><><>

Tidak berapa jauh daripada Bandar Kapitol Verlin.

Lelaki bertubuh tegap dan sentiasa tersenyum sehingga membariskan giginya yang putih telah tiba di kawasan bandar ini. Daripada puncak bukit dia melihat jelas kawasan bandar Kapitol Verlin. 

"Aku harap dia tak ambil masa yang lama untuk buat isyarat supaya aku dapat masuk." katanya.

Seekor burung gagak hinggap di pundaknya. "Bandar ini akan jatuh."

"Sebenarnya tanpa bantuan aku pun bandar ini akan jatuh jugak."

"Tak semudah itu, ramai calon Arcana di dalam. Kerana itu Master menyuruh kau ke sini."

Lelaki tegap itu duduk bersila. "Aku akan duduk disini sehingga aku nampak isyarat yang jelas. Dororororro."

"Kalau begitu, mungkin tidak lama saja lagi." burung gagak itu terus terbang pergi.


Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now