40 Minit sebelum kemusnahan Surgania.
Di tengah bandar daerah Surgania. Sebahagian bangunan yang terbina semuanya telah hancur musnah. Kumpulan yang dipimpin oleh Adik Beradik Stomps ramai yang sudah tumbang. Mayat bergelimpangan sana-sini. Tidak kira lah yang datang daripada tentera Alamria. Mahu pun tentera-tentera fairy yang perlahan-lahan bertukar menjadi hablur emas. Di sana sini kelihatan tiang-tiang ais,kristal hijau, batuan bongkah meninggi ke langit, bara dan bakaran api di mana-mana.
Bunga kelihatan pucat. Rakan-rakan seakademi dengannya juga kelihatan seperti roh sedang ditarik keluar. Masing-masing terkedu melihat lawan mereka yang kuat. Mereka tidak pernah bertemu dengan musuh sekuat ini sebelum ini.
Bella dan Chibi sudah mengaktifkan tanda legendaris pada diri mereka. Mata mereka bersinar biru terang. Api biru menyala-menyala keluar daripada tubuh mereka. Rupa api yang kelihatan seperti tarian berlenggok lembut.
Adik beradik Stomp pula ketiga-tiga sudah bertukar kepada bentuk beast. Mereka kelihatan parah. Namun masih berdiri dengan gagah.
Tidak jauh daripada mereka. Di hadapan sebuah menara, satu makhluk fairy bersama sabit gergasinya berada di dalam mode menyerang.
"Bagaimana? Serangan dari jauh tak berkesan. Setiap kali sabitnya dilibas, ia akan terus memotong apa saja dalam jarak jauh. Impak kuasanya saja cukup menakutkan. Jika terkena mata sabit. Pasti terus terbelah kita." Kata Thibout dalam bentuk beast berbulu tebal.
"Kita hanya perlu musnahkan menara di belakang dia je. Alih kan perhatian dia. Kemudian yang lain ambil peluang untuk hancurkan menara itu." jawab Alexander.
Jonathan mengaum terus ke arah musuh. Tidak sabar untuk menyerang. Kemudian dia terus berlari.
Asagi, elder fairies yang memegang senjata sabit memutar-mutar bilah sabitnya sebelum dia melibas dari arah bawah. Tanah mula terbelah dua dan terus memanjang ke arah Jonathan. Sempat makhluk bertubuh raksasa itu melompat tinggi. Membuka mulut lalu menembak cahaya laser daripada mulutnya dari atas langit.
Pancuran kuasa itu di tempis mudah oleh Asagi. Namun dalam keadaan sekejap itu, dua adik beradik yang lain sudah menghampiri fairy tersebut. Thibout cuba menumbuk, Alexander cuba untuk mengeraskan musuh.
Namun refleks Asagi sangat laju. Terus dia menghentam lantai dan menyebabkan tempat mereka berpijak hancur dan huru hara.
Namun sedang dalam pertarungan itu, Bunga bersama Bella dan Chibi,dan rakan-rakan Bunga sudah pun melepasi Asagi.
Dengan jeritan yang kuat, bersama kuasa yang dikumpulkan terus mereka menghentam menara kon yang berdiri megah.
Menara itu akhirnya runtuh. Dan musnah.
Asagi akhirnya sedar dia telah dipermainkan. Perlahan-lahan bersama runtuhnya bangunan itu, tubuhnya bertukar menjadi patung boneka tidak bernyawa.
Thibout dan yang lain bertukar menjadi normal kembali. Terduduk dan melepaskan nafas lega.
"Kita dah berjaya ke?" Tanya Mutiara.
Sejurus pertanyaan itu diajukan. Bumi Surgania bergegar dengan kuat. Tanah merekah-rekah dan terus pecah dan menjalar ibarat sarang labah-labah. Lantai ada yang runtuh. Tanah-tanah telah menjadi jurang yang lebar.
Mereka semua mengelak relahan agar tidak terjerumus dalam gaung.
"Apa dah jadi?" Tanya Alexander.
"Aku percaya. Kita dah tak punya banyak masa." Jawab Jonathan dalam keadaan kelesuan.
30 minit sebelum kemusnahan Surgania.
YOU ARE READING
Alamria Magical World Book 2
FantasySambungan Daripada VOlume 1. Sila Baca Volume 1 terlebih dahulu.